Thursday, February 11, 2016

Shein, Ubat and Hospital

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Shein dah recover 100% dari Influenza B yang sampai dia admitted dekat ward last week. Shein punya antibiotic Rochepine complete dekat hospital tapi antibiotic Klacid yang superbly pahit tu and ubat Tamiflu (for Influenza B), Shein kena ambik 4 more times at home. Memang agak huru-hara la I dengan Sazli nak mengumpan dia suruh makan sebab dia dah taknak. It was ok at first, tapi masa ada satu malam tu, I dengan Sazli takde dekat hospital lepas tu Baba and Maktok jaga sekejap so nurses yang take over untuk bagi ubat pada Shein. Dah la tengah on-drip, lepas tu nurse pegi paksa makan ubat jenis one shot tu, maka muntah la Shein and ever since that, Shein dah phobia nak makan ubat dah. Imagine dengan tangan berdrip, badan Shein habes kena muntah lepas tu lantai, cadar semua pon kena muntah and nurses take more than 20 minutes untuk tukar bed sheet and all.

Alasan, housekeeping ends at 7.00pm, boleh? Itu pon they only come and change the bed sheet lepas Bapak datang tanya balik dekat kaunter. Kalau tak, memang taknak bersihkan ke apa and expect us untuk duduk dalam muntah ni sampai housekeeping available esok pagi? Grrrrrrr.


Shein and Edelene last day before dia discharge 


Gleneagles ye? Bukan HKL yang I cakap ni. How irresponsible of them. Whatever alasan yang dorang bagi is unacceptable sebab I expect 5 star services since we talking about 5 star hospital but yet, poor service. Bukan 5 hari masuk tu bil RM700.00 tapi RM7,000 plus. Cenggini punya menda pon boleh jadik ke? I cool je masa Bapak cerita, taknak la menambah kebengangan dia. Cucu dia sorang tu jer, and kena treat a bit rough memang la dia marah. Sazli pon esoknya come and see that particular nurse and tanya dia what happen. Dia pon explain and dah mintak maaf so I pon sejuk la sikit hati. Baru ingat nak complain dengan Management. I bukan tak appreciate kerja nurse, I sangat hargai. I pon cakap pada Sazli, yang silap sorang nurse je, jangan la marah semua. Sebab yang lain-lain tu semua ok, InsyaAllah.

I also paham yang the nurses maybe tak cukup masa nak handle ramai patient but attitude yang I tak suka. Let say dah nampak Shein muntah macam tu, bagitau dekat Bapak, ‘Uncle, we are so sorry about this, and I will ask someone to clean this asap’. Cukup. Bukan nak lebih. Tapi kata Bapak, the nurse terus walk away langsung tak cakap apa. Body language tu agak cocky. Maybe bengang kot sebab Bapak ada tegur dia tu be gentler with Shein. Kira macam takde budi bahasa and tak responsive bila Bapak communicate dengan dia. Buat-buat pekak. I pretty sure kalau nurse tu cakap simple sorry pon Bapak dah ok. Bukan susah pon kan? Basic thing yang semuaaaaaaaa orang kena belajar ialah 2 patah perkataan ni sahaja. TERIMA KASIH and MINTAK MAAF. Guna la dua perkataan ni dalam any situation yang tengah tegang, I jamin keadaan akan reda.

Hospital ni tak kisah la 10 bintang pon, sangat susah kita nak dapat service yang memuaskan hati. Dengan berejam nak tunggu dekat kaunter sebelum dapat bilik sebab urusan insurance, sabar aje la. Since Shein dah 4 kali admitted since dia lahir, I dah tak kalut nak handle. Let say Doktor cakap admitted, so Shein kena pergi A&E Dept untuk pasang IV dekat tangan and lepas tu baru pergi admission counter. I memang cakap I nak balik and only come back lepas dapat bilik. Ask them to call. Sebab kadang-kadang memang makan 3 4 jam sebelum dapat bilik. Katanya sebab urusan insurance. Imagine dekat kaunter tu penuh dengan orang sakit berdrip, duduk atas wheelchair memang kesian sangat-sangat.

Tu tak kira lagi case yang dapat doktor jenis taknak explain and masuk bilik untuk check tak sampai 5 minutes. Takde explain apa and bila tanya jawab nak taknak. Nasib baik, Dr Adrian baik and take care of Shein dengan baik sekali. Dia promise to take care of Shein sampai la Shein besar. Alhamdulillah. Nurses dekat klinik dia pon semua baik-baik, InsyaAllah. Dulu ada sorang ni nama Siti, now dah resign. She’s my favorite. Kalau datang klinik, ada je dia nak bagi. Ada sekali dia bagi paper beg, dalam tu ada air kotak, wet tissue and chocolate. Kata Sazli, Siti ni have a big heart. Ikhlas orangnya. Kadang-kadang kita bukan nak tengok apa yang kita dapat but the thought that counts. Kan?

Orang-orang yang macam ni I sayang and memang stay at my heart forever. Bagi I, harta benda, kerja hebat atau tak semua ni doesn’t count. Yang penting, hati yang baik and how dia treat people show manusia jenis apa mereka ni. Kalau pandai dan kaya tapi eksyen tak tentu hala pon tak guna. Sebab tu la Sazli always remind I, treat semua orang dengan baik. Jangan pandang rendah pada less fortunate people and selalu cakap maaf dan terima kasih sebab tu la, dengan Makcik cleaner pon I akan cakap terima kasih setiap kali dorang kutip sampah. Cecece. Citer macam good-good je. Hahahaha. Eh tapi betul ni I cakap, kena selalu senyum pada Pakcik-pakcik cleaner, bagi depa syok and rasa dihargai. Nanti Allah balas yang baik-baik tanpa kita sedar.


Hari Jumaat ada CNY Celebration dekat sekolah, so Shein pakai baju ni. Dah senteng dah. Tak sempat pakai lagi. Nampak sangat Shein membesar cepat. Ni Baba belikan masa dia pi China last time.


Shein dengan sebahagian dari classmate dia. 

Panjang pulak bebel. Alang-alang tu I nak share macam mana cara nak bagi toddler yang susah nak makan ubat. Yang paling penting kena sabar, take time and jangan push. Sebab kalau tak, lagi dorang taknak makan ubat dah. If ubat yang pahit, jangan bagi one shot. Guna 2 syringe. 1 letak ubat, 1 letak air biasa. Or dalam case Shein, I letak Vitagen. Mula-mula bagi dekat mulut dia Vitagen dulu, lepas tu dia dah suka, selang dengan ubat sampai la habes. Sebab Shein pandai, cara ni cuma berkesan 2 kali je. Lepas tu dia dah taknak and tak tertipu dah. What we did is selang dengan eskrem pulak. Cara ni memang 4 kali tu always sukses. Hahahaha.  Yang penting, ubat semua masuk mulut. Kan?


-eNd-

5 comments:

Buddy Bard said...

Itu lah Kak Su kan kita tak mengharapkan 1ST CLASS LAYANAN.. tp cukup lah kalau berbudi bahasa & saling membantu.. itu adalah yg terbaik..

semoga Shein cepat sembuh..:)

ease elias said...

kak sue..anak say pun susah mkn ubat..siap nenek dia buat taktik orang lama iaitu tutup hidung..lama2 sendiri redha buka mulut..tapi kena yg biasa je..karang silap2 tutup hidung lansung lemas..btw..alhamdulillah..budak comei shein dah sihat..yehoo..

Chooyaya! said...

buddy bard : ye awak... betul tu... budi bahasa :)
kaksu pon now tengah cuba2 nak buat muka manis all the time.
sebab takot orang salah faham kata kaksu menyombong. hehe

ease elias : kalau dengan shein, tektik mcm tu tak berjaya. bahahahahha

cikel said...

Salam kaksu..betul kadang disbbkan sorg nurse..semua kena..setakat ni sy alhamdulillah tak pernah jumpa lagi..selalu masuk ward peads kat ppum..nurse kat sne terbaik
Dulu kat sekolah sy belajar 3 magic words: please, sorry and thankyou ;)

norwani sulikin said...

betul kak su, boleh tak nak menambah sikit.
tp terkena dekat suami, masa anak masuk alhamdulillah insurance smua ok and dpt bilik cepat. tp masa suami kena tunggu more than 4 hours konon ckp insurance tak lepas tp sebenarnya takde bilik. boleh?????
bila call insurance org insurance ckp dah lamaaaaaaaa dah approve.
masuk bilik pulak nurse sombong gile, boleh tinggalkan suami lepas mri gitu je terkontang kanting.
geram kalau cite. dah la parking mahal kat hospital tu. hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...