Monday, March 14, 2016

O'briens KLCC

Assalamualaikum..

Ni kejadiah last week on Friday. I nak makan dekat O’Briens sebab bertepatan dengan program diet yang seminggu jaga makan turun 500 gram je ni ha. Hahaha. Tapi I takkan putus asa walaupon Sazli cakap ‘Good luck’ tapi kening dia angkat-angkat rasa macam nak cucuk je bijik mata dia. I pon ada la bunyi macam nak merajuk sebab I rasa dia macam tak support tapi Sazli twist and cakap jadikkan itu sebagai pembakar semangat so I ok balik (senang nak pujuk I ni). Cita-cita nak jaga makan sampai bulan 11 (Wow) and nak turun at least 1.5kg sebulan. Kira sendiri la berapa banyak plan nak turun tu. 1.5x8 = 12kg tuuuuu. Jadiklaaaa. Taknak la menaruh harapan yang tinggi and bercita-cita tinggi sangat sebab I tau I tak mampu untuk cut my sugar level intake banyak-banyak. Berkadar je la. So kalau turun 500 gram je pon walaupon dah nak mampos rasa minggu lepas makan tumbuh-tumbuhan, I redhaa. Hahaha.

Pagi Jumaat tu Boss I bagi Nasi Lemak. Kata dia, ‘Saya belikan Su and your friends’ so I bagi la pada Intan, Dyba, Kak Ani, Sarah semua. I punya portion I bagi Kak Ani jugak. So I tak makan. Intan kata dia diet (cecece), tapi dia terpaksa makan Nasi Lemak yang boss I bagi sebab dia apreset (appreciate) pemberian boss I. So sepatutnya dia dah kenyang and tak payah makan tengahari tu dah. Bila I cakap nak makan dekat O’Briens, dia sebok tanya Dyba nak makan apapa yang lain tak? I cakap pada Intan, ‘Kalau taknak ikut Kaksu, pergi je la tempat lain. Tak payah la nak hasut Dyba makan menda lain’. Si Intan pon menjawab, ‘Yerlaaaaaaaaaaa Intan ikut, tapi Intan tengok je Kaksu makan’. Sebab dia tau, I memang tak boleh kalau I makan, orang tengok. Kena makan jugak at least cake ke apa. Akhirnya, Intan stressed tengok I makan sandwich, so dia pon taknak kalah. Order la salad. Sebab dia pon diet jugak *rolling eyes. Haha.


Dyba dah kenyang sebab pagi dia dah makan Nasi Goreng, lepas tu makan pulak Nasi Lemak Boss I bagi so dia dah kenyang. Suruh makan Salad dia taknak sebab bagi dia salad punya dressing kena thousand island jer. Kalau lain dia tak boleh accept. Taknak sudah nama ko bedah tetek ko sebelah. (Dyba menjawab : tetek ko la sebelah) Haha



Kitorang makan sharing. Ni Sarah order. Dia ni order apa pon sedap. Macam Greek salad ni. Sedap. Dalam dia ada feta cheese and crouton selain dari tumbuh-tumbuhan macam salad, olive, tomatoes and onion. Dressing dia pulak made from oregano, lemon juice, black pepper and olive oil. Simple tapi sedap. RM18.40 satu mangkok sebesar besen ni.


Intan taknak kalah. Nak jugak order Salad. So dia order Nicoise Salad (Sebut dia Nisoi Salad). Kata Intan, Nicoise Salad ni dah macam laksa takde kuah pon ada. Hahahaha. Dalam dia ada salad, telur, olive, tomatoes, onion, pine nuts and tuna chunk. Tapi memang ada rasa laksa. Lawak nak mampos rasa. Sebab dia RM18.40 so kena la telan jugak. Dressing dia lebih kurang macam Greek Salad je. I tak sure. Tak penting pon kan korang nak tau? Korang ni bukan minat salad pon. Aku tau dah.


As always, I order Triple Decker. RM18.20 harga dia. Roti I tukar dengan wholemeal bread. Cukup protein and carbs dalam ni. Satu hidangan ni bersamaan dengan 1,178calories tapi I ambik half so 589 calories. Banyak jugak tu sebenarnya.

I kira calories intake I setiap hari. Sebolehnya I nak ambik less than 1,000 calories sehari. Lagi bagus kalau dapat ambik 500-600 calories je. Makan gua tadek hal, tapi air mesti minum manis jugak. Now I dah avoid minum air manis process and banyak minum air kosong sebab air kosong 0 calories, I prefer ambik air dari fruit juice tapi I paranoid, I takot jugak dengan sugar walaupon dari fresh fruits. Pagi I ambik Hot Chocolate CO Collagen Plus. Sedap! 1 sachet bersamaan dengan 109 calories and snack I ambik YoGood Muesli Bars perisa Strawberry which is 1 bar bersamaan dengan 100 cal. So patut I ada balance 391 calories je boleh ambik kalau I nak ambik 600 calories/days. 

Dulu I rasa sehari I punya calories ada la 2,500-3,000 calories sehari. Mak seram. Macam cake, sebenarnya I boleh makan tapi lepas tu kena minum 500 ml air kosong tapi so far, selagi tak menggigil meroyan nak mampos sebab tak dapat makan cake, I akan bertahan. Nasi pon I akan avoid. Ada banyak jadual calories dekat internet. Korang boleh Google sendiri. Ikutkan sebungkus nasi lemak kecik tu calories dia sama dengan half portion Triple Decker ni, tapi I nak elak nasik selagi mampu and I know I can do it. Chaiyok!


Sarah order Blueberry Pie ni. RM9.40 1 slice. 360 calories for satu slice ni. Takotnya la nak makan. So sesudu pon I tak raa. I terasa hebat masa hari tu. Hahahaha.


Ni la dia budak yang ambik at least 3,000 calories/day. Boleh makan nasik 3 kali sehari. Dessert ikut suka hati. Meal 3 hari complete with snack yet berat 43 kg. Adil ke?? Adil ke????????


Intan with her Nicoise Salad (Laksa Kering) Hahaha. Muka nampak macam suka je kan? Tunggu. Tengok gambar bawah.


Ni muka sebenar waktu makan salad. Hahaha. Orang diet, sebok nak diet jugak. Semalam masa I teman Intan buat treatment rambut, confident dia cakap dah lama tak makan nasik. Dia ingat I lupa yang dia makan Nasik Lemak Jumaat lepas? Haha.


Pipi melayut, kau tunggu lagi 8 bulan. Tengok apa jadi. Tssk tssssk.

Masa Sabtu bebaru ni, I makan telur half cook dengan roti. Tapi I dah kembang tekak. Sian I.. Nak masak sendiri clean food dekat rumah macam malas, so takpe la. I redha. I makan je la apa yang I rasa ok base on calories. Kena la rajin sikit. Intan dah start menyampah bila I count my calories. I nak la diet smart, tanak la semberono. Walaupon Apai cakap, ‘Maksu, takyah la menipu readers Maksu sebab diet ni Apai dengar dari tahun 2009 lagi. Sampai sekarang tadek apa pon. Readers baru ko boleh la tipu, readers lama takkan tertipu’. Hahahaha. Diam la ko Apaiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Ko apa tau??? Tunggu Maksu kurus macam Nina nanti, siap ko. Hahaha.

O'Briens irish Sandwich Cafe
Lot c 15E Concourse Floor
Suria KLCC
KL City Centre
Tel : 0321669288

-eNd-

3 comments:

Zarina said...

Su, jgn la amik kalori below 1200 kcal..dia akan turun kan su punya metabolisma...nanti su lagi susah nk turun kg n fat..

just my 2 cent.

DiyanaDi said...

caiyok Su I know u can do it!! try la boost juice tu Su..sedap tau & kenyang jugak..healthy pulak tu

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Klu diet tak tahap nak makan org, untung la :)
ni tahap angina, migraine nk produce susu lagi... :'(
dr 40kg lepas maternity,ni dah nak dekat 70kg da
:'(