Friday, May 6, 2016

Pasal Shein Iskandar and Firash Amsyar di Kampung

Assalamualaikum

Sabtu sampai Isnin bebaru ni kitorang balik Jengka. I dengan De je ada. Kaklong dia baru balik dari Langkawi berpoya-poya dengan kawan-kawan dia so tak cukup quorum la kitorang 3 beradik. Dekat kampung kalau Shein dengan Amsyar ada, memang riuh la rumah. Dua orang tu kalau berjumpa, main beria. Rumah Mak kan luas? Sekejap main basikal, sekejap kang main dekat tanah keliling rumah kejar ayam or sapu sampah (la sangat), mandi berdua, makan sama, tido sama. Kejap baik, kejap berebut barang. Kejap ok, kejap sentap. Tapi Shein, dia ikut je apa yang Amsyar buat. Orang tu naik basikal dia ikut, orang tu pakai beg dia ikut, orang tu minum dia pon nak minum. 3 hari dekat kampung, Shein dah boleh kayuh basikal 360 darjah dah. Biasa dia kayuh sekerat-sekerat je. Makan pon banyak sebab makan berdua kan selera? Rumah riuhhhh giler sampai I cakap, ‘Diammmmmmmmmmmmmmmmmm!!’ Lepas tu kena marah dengan GF. Kata Mak biarlah bebudak tu bising. Nanti dah balik semua, Mak sunyi. Iyerlaaaa. Masalahnya main tak henti. Langsung tak kisahkan tido ye? Nap siang semua takde. Kehulu-kehilir dua orang tu.


Alolo omelnya you both minum Milo Kotak tepi longkang macam ni. Berpeluh-peluh memasing.


I agak Shein kalau duduk kampung sebulan dengan Amsyar, memang banyak la vocab dia. Tapi Bahasa Melayu la. Masa kat kampung dia ikut Amsyar cakap, ‘Apa ni?’, Atokkkkkk, Jangan, Tak Boleh’ and many more. Comel dengar  Shein sebut Atok. Tapi dia cakap Atok bunyi Ato je. Shein memang susah nak sebut huruf belakang. WhitE jadik Why, ReD jadi ray, Blue jadik Uuu, Yellow jadik Yewo, Habis jadi habey hahahah. So kalau Atok jadik Ato la. Kakak jadik kaka. Jadiklaaaaaa walaupon bunyik macam Bangladesh jual carpet punya bahasa. Dekat kampung, memang I biarkan apa Shein nak buat. Apa Mak bagi dia, although banyak sugar, biarkan lah. Itu yang buat Mak happy. After all, duduk kampung pon 3 hari je dalam sebulan. Biarlah Atok dia happy bagi jajan dekat cucu-cucu dia. Orang-orang tua kan memang macam tu, suka tengok cucu-cucu tak berenti makan. Bukan dorang kisahkan pon makanan tu sihat ke tak.

Masa hari Ahad, Mak nak pergi beli ikan dekat Lori Jaydi. Shein and Amsyar nak ikut. Amsyar dah lepas kedepan ikut belakang Mak sebab dia otai, Shein kedek-kedek follow dari belakang. I macam tak harap Shein nak jalan 100 meter dari rumah ke simpang yang lori tu parking. Entahkan ada motor kereta ke apa, so I ikut sekali. Seronok la Shein tengok banyak Sheeeee (Fish). Dia banyak mumbling. Amsyar dah tak heran dengan ikan mati. Sementara Atok pilih ikan dan sayur, Atok bagi upah Milo kotak. Dorang dua beradik tu duduk dekat tembok tepi longkang, I perhatikan ajer. Seronok tengok. The best view ever. Rasa macam syukur sangat dengan Allah punya perancangan. Ditakdirkan Amsyar dengan Shein beza cuma 5 bulan so memang nampak sebaya and sangat berkawan rapat.



Basikal nasib la ada 2. Tu Abang Amsyar punya. Shein punya color biru.


Sorang satu basikal so tak berebut (^_^)
Thank you Atok belikan


Seronok Shein sesekali dapat ikut Atok pergi lowweeee


Sheeeeee (Fish)


Tengok Atok sebok pilih Ikan


Makan keropok dekat kerusi bulat Atok


Precious Shein and Amsyar


Petang-petang main lari-lari dekat laman luas Atok

Shein pon kenal sangat Amsyar although tak selalu jumpa. Bila berjumpa sesekali macam tak boleh nak berpisah. Shein tu, tido pon taknak dengan I. Berkepit dengan Abang Amsyar dia. Amsyar pun, banyak mengalah dengan Shein. Berebut bola ke apa semua dia mengalah je and let Adik Shein dia win. Shein tarik baju Amsyar sampai la dia dapat bola tu. Amsyar baaaanyak mengalah dalam banyak menda. Shein pulak dia tau tu abang sepupu dia, so dia buli la. Biasa kalau dengan orang lain macam peer dekat sekolah or kawan-kawan anonymous dekat apartment, Shein mengalah. Sampai I pulak geram bila tengok mata dia terkebil-kebil tengok mainan dia kena ambik dengan budak lain. Dekat kampung kau jadik hero eh?


Abang Amsyar dengan bag, dia pon nak jugak.


Minum ABC. Shein tak suka sweet drinks. Dia suka air kosong. So ABC ni dia kacau-kacau jer. Main sampai tumpah lepas tu tinggal. Takper Shein, ada Mak Tiri ko tukang kemas.


Ikut je apa Abang Amsyar dia buat


Climbing up the grill. Shein lambat sikit la sebab badan debab. Tak larat nak bawak badan. Haha.

Ahad petang, Amsyar dengan Abang Aiman and Kak Sha nak balik Jengka 20 rumah Kok Mek (Tok Mek). Shein ingat dia ikut sekali. Sebok Amsyar bawak beg, dia pon sama. Siap bye-bye I. Bila ambik gambar sama, semua happy. Shein tak tau dia bakal kena tinggal. Bila Abang Amsyar naik kereta, Shein dah sebik. I explain pada dia, he cannot follow. Abang Amsyar sleep over at Kok Mek place. Mama stay here and will not follow them, so you need to stay. Some other time, you play again with Abang Amsyar ok? Lepas explain, Shein pon berundur sikit-sikit and finally berdiri tengok Amsyar dalam kereta. Play with his finger. Mata dia sayu jer… I sebak sangat tengok muka dia macam tu. I can’t stand. Sesekali I kesa air mata yang tumpah setitis di pipi (tetiba macam novel). Haha.


Buat peace!


SHein punya peace memang macam tu pon.


I tak boleh tengok gambar ni. Kesian sangat-sangat.


Those eyes :(

Lepas Abang Amsyar dah hilang dari pandangan mata dia, then he slowly walk into the house. Terus I rasa empty. Dia ambik blanket dia, suck his finger and baring depan TV. He must be rasa incomplete and missing. Dari riuh bermain now dia sorang-sorang. I peluk je Shein. Kesian sangat pada dia. Lepas mandikan Shein, I tidokan dia. Tengok dia perut erat blanket rasa macam sebak sangat. Takper ‘Shayang’, InsyaAllah ada rezeki nanti kita jumpa Abang Amsyar lagi ok? Nanti grow up together and jadik orang baik-baik. Buat Mama and Ibu bahagia. OK? Mama doakan. Love you both Shein and Amsyar!

-eNd-

4 comments:

Taty Hasbi said...

Alaaahhh kak sue...tacing plak baca part yg last tu psl shein..hehe..tringat anak buah dekat kampong...

Cici said...

ala sedihnyaa part last tu . yelah dah sonok main sama tup tup kena tinggal pulak kan. anak I pun macam tu, kalau cakap dia tak sebut huruf belakang. atok-atu. makan-baka , gatal-gata. kelaka je. kekadang kena dengar bebetul baru paham. tapi paling win sekali "ayah basuh muka" dia sebut "ayah basuh puki" -____-, nasib baik now dah boleh sebut muka as 'buka'. okaylah sikit

syieda... said...

benci kak sue..da best2 baca skali part last buat org nanges..opss,hai..im silent reader.hehe

dyba said...

touching part last tu :(