Assalamualaikum..
Harini dah ramai dah share Article dekat FB pasal
Ibu Mengandung tak perlu pergi scan kandungan masa dalam pregnancy period especially
3D 4D ni sebab bahaya dan tak der keperluan. Tengoklah 2 3 hari lagi, mesti
viral ni and lepas tu mesti ada la community yang sokong pasal ni sama macam
Home-Birth, Lotus Birth and Vaccination. Katanya zaman dulu, Tok Nenet kita
takde pon scan-scan ni semua tapi survive jer sampai bersalin. Takde pulak
masalah apa. Yeeeeeer ker takde masalah? Dah check the facts right before share
cerita tak? Ada tak dorang cerita masa zaman dulu ramai Ibu meninggal semasa
melahirkan anak sebab anak bersalin sonsang atau uri kebawah? Ada? Betul ke
zaman dulu semua Ibu mudah bersalin, tak macam Ibu zaman sekarang yang
dikatanya terlalu paranoid? Sebab tu sebelum share, buat la kajian dulu. Jangan
main share je lepas tu bagi orang confuse. Awak dah la bukan doktor, share
pulak cerita nampak bagus pendapat awak sorang je. Acane?
Dapat pulak yang jenis baca lepas tu terus suka and
sokong. Percaya pada personal person yang katanya pakar Home-Birth, Lotus Birth,
Vaccination and sekarang pasal scan masa mengandung ni pulak. Hadoi. Sebal la
baca menda-menda macam ni. Semua nak percaya pada Google. Kalau dah macam tu
semua orang la boleh jadik Doktor. Tak payah belajar susah-susah. Nak tau pasal
bersalin kat rumah zaaaappppp guna Google, pasal Vaccine ponnnn guna Google.
Lepas tu buat community. Lepas tu kalau ada yang tak setuju bash ramai-ramai orang
yang tak sokong. Tu yang dulu I pernah kena label ‘mediocre mind’ sebab tak menyokong home-birth dalam entry ni. Habes diajaknya
kawan dia semua komen kat blog kita lepas tu dikatanya kawan-kawan kita semua mediocre mind jugak. Dia taktau
kawan-kawan I ada Doctor, Lawyer, Engineer, Architect, Lecturer semua. Semua
pon entahnya lagi pandai dari yang cakap I mediocre mind tu.
Yang share pasal Ibu mengandung tak perlu scan ni
sebab Mak dia cakap, masa zaman dulu Ibu-Ibu tak paranoid macam Ibu zaman
sekarang. Jaga je diri sendiri. Jaga makan, banyak berehat. Banyak baca
Al-Quran and jaga kesihatan. Cukup. InsyaAllah nanti bersalin takde apa masalah
apa. Boleh eh macam tu? Dah tu kalau baby tu ada masalah jantung, yang takde
tengkorak, kepala besar, uri kebawah, sonsang semua so tak perlu tau la? Macam
tu? So biar je bersalin normal sebab nak surprise and nak tolak technology sebab
taknak tergolong dalam kalangan Ibu yang paranoid? So kalau ada any
complication pada Ibu yang membahayakan Ibu masa bersalin pon takper la? Cukup
dengan berdoa dan jaga kesihatan jer ker? OMG I cannot brain this. Kalau macam
tu baik I berdoa je untuk kurus. Mana tau dengan berdoa jer boleh kurus kan?
Kalau dah semua menda boleh berdoa dah setel best jugak. Padahal Allah sendiri
cakap, USAHA dulu baru TAWAKKAL dan akhir sekali BERDOA. Bukan terus berdoa
lepas tu takde usaha apa-apa.
Agak-agak la wei kot yer pon nak menolak scan masa
mengandung ni. Paling tidak pon kalau Ibu tu ada kencing manis and baby besar,
boleh fikir tak betapa risikonya untuk bersalin normal? Korang yang baca entry
ni tolong lah jangan menerima bulat-bulat apa yang di share di FB. Jangan terus
percaya. Pergi tanya pada yang lebih pakar. Buat kajian sendiri lepas tu
baaaaaaaru la share. Jangan terus sokong membabi buta. Bulan puasa takper kan
cakap Babi? Hehe.
Penting sangat-sangat ye untuk Ibu pergi monthy
check-up scan semua ni for both baby and mommy. Kita taktau kalau-kalau ada
masalah if tak scan. Kalau scan tu bahaya, takkan la satu doniaaaaaaaaaaaaa ada
offer service ni? Ke nak cakap sebab soal politic jugak. Come on people please?
Nak tolak technology jangan la sampai macam ni. Jangan bagi orang keliru and
jangan terus terima bulat-bulat semua ni. OK? Yang penting jangan sampai
membahayakan diri sendiri. Kalau takde masalah takpe, tapi kalau ada masalah
takkan la nak stick pada pendapat sendiri just to avoid untuk berada dalam
kategori ‘paranoid mom’. Isu panas
macam Home birth, Lotus Birth and Vaccination ni sebenarnya kalau dibincangkan
memang boleh jadi mala petaka. Tak lagi soal Susu Ibu vs Susu Lembu. Hoih! Mati
la sebab masing-masing nak menegakkan pendapat masing-masing. Taknak mengalah.
Apa-apa pun bagi I simple. Dalam dunia ni masing-masing ada kepakaran. Doktor
tugasnya untuk kesihatan, Architect tugasnya mereka bentuk rumah and so on.
Mintak la pendapat pada saluran yang betul dan berilmu. Jangan main taram jer.
Kalau tanya Doktor macam mana nak design rumah, memang la dia tak tau.
Anyway sebelum ada yang bash I pasal entry ni. (Dah Maksu pon tak serik nak up pasal entry
panas macam ni eh Mira, but couldn’t help it sebab geram) Sila baca
disclaimer dibawah and dibulan puasa ni jangan la kekanda semua marah-marah
komen pada adinda lepas tu suruh dinda share citer pasal makan jer sebab
maklumlaaaaah mediocre mind. Ye dak? Buat apa nak beria lontar pendapat yang
macam ni. Kurang bernas. TAPI since this is FREE country, biar la kalau I nak
speaks my mind. Kalau nak berbincang, guna bahasa elok-elok. Jangan sindir
menyindir, jangan marah-marah sebab nanti tipis pahala puasa. Mana komen cari
gaduh I takkan approve.
See no evil, speak no evil, and hear no evil.
Assalamualaikum.
Disclaimer : surayasulatin.blogspot
is intended to be a super enjoy, fun and easy reading for its readers. All the
articles posted are solely coming from her beautiful minds and bouncing souls
at the particular time. Hence, the articles does not portraying the whole idea
of any particular issues and might change accordingly subject to her crazy
minds (lol). surayasulatin.blogspot is not responsible for any
misinterpretations by the readers in any of the articles and comment follows
from it.
-eNd-
6 comments:
my godddd... ada jugak mcm ni? mana la diorg belajar. Yg antivac tu pon satu menyusahkan orang. Bila sakit tau pulak pegi spital. Yang homebirth tu pon satu hal jugak. Peningla hakak semua orang nak jadi doctor zaman skrg nih, mcm dia pulak belajar medic 5 tahun pastu grad.
tah pape nyaaaa sekarang ni T_T sigh!
Salam..kaksu..terbalik la.. lepas kita usaha pastu doa last skali baru tawakal..hahahhs..gurau je..jgn marah haaa.. :)..
Btw..selamat berpuasa :)
Don't be an idiot devil...ehhhh....setuju 200%...Jap viral la Ni...tungguuuuuuu....m
setuju kaksu. ramai yang tunjuk pakar and cuba pengaruhi orang. konon lagi hebat drpd doc padahal sendiri pun belajar kat google.
Kebanyakan orang kita suka dengar dan ikut pendapat dari orang lain yg bukan kepakaran mereka..tu MASALAH PALING BESAR:(
Post a Comment