Tuesday, June 14, 2016

Scan Masa Mengandung Pulak Dah Dikatanya Merbahaya

Assalamualaikum..

Harini dah ramai dah share Article dekat FB pasal Ibu Mengandung tak perlu pergi scan kandungan masa dalam pregnancy period especially 3D 4D ni sebab bahaya dan tak der keperluan. Tengoklah 2 3 hari lagi, mesti viral ni and lepas tu mesti ada la community yang sokong pasal ni sama macam Home-Birth, Lotus Birth and Vaccination. Katanya zaman dulu, Tok Nenet kita takde pon scan-scan ni semua tapi survive jer sampai bersalin. Takde pulak masalah apa. Yeeeeeer ker takde masalah? Dah check the facts right before share cerita tak? Ada tak dorang cerita masa zaman dulu ramai Ibu meninggal semasa melahirkan anak sebab anak bersalin sonsang atau uri kebawah? Ada? Betul ke zaman dulu semua Ibu mudah bersalin, tak macam Ibu zaman sekarang yang dikatanya terlalu paranoid? Sebab tu sebelum share, buat la kajian dulu. Jangan main share je lepas tu bagi orang confuse. Awak dah la bukan doktor, share pulak cerita nampak bagus pendapat awak sorang je. Acane?



Dapat pulak yang jenis baca lepas tu terus suka and sokong. Percaya pada personal person yang katanya pakar Home-Birth, Lotus Birth, Vaccination and sekarang pasal scan masa mengandung ni pulak. Hadoi. Sebal la baca menda-menda macam ni. Semua nak percaya pada Google. Kalau dah macam tu semua orang la boleh jadik Doktor. Tak payah belajar susah-susah. Nak tau pasal bersalin kat rumah zaaaappppp guna Google, pasal Vaccine ponnnn guna Google. Lepas tu buat community. Lepas tu kalau ada yang tak setuju bash ramai-ramai orang yang tak sokong. Tu yang dulu I pernah kena label ‘mediocre mind’ sebab tak menyokong home-birth dalam entry ni. Habes diajaknya kawan dia semua komen kat blog kita lepas tu dikatanya kawan-kawan kita semua mediocre mind jugak. Dia taktau kawan-kawan I ada Doctor, Lawyer, Engineer, Architect, Lecturer semua. Semua pon entahnya lagi pandai dari yang cakap I mediocre mind tu.

Yang share pasal Ibu mengandung tak perlu scan ni sebab Mak dia cakap, masa zaman dulu Ibu-Ibu tak paranoid macam Ibu zaman sekarang. Jaga je diri sendiri. Jaga makan, banyak berehat. Banyak baca Al-Quran and jaga kesihatan. Cukup. InsyaAllah nanti bersalin takde apa masalah apa. Boleh eh macam tu? Dah tu kalau baby tu ada masalah jantung, yang takde tengkorak, kepala besar, uri kebawah, sonsang semua so tak perlu tau la? Macam tu? So biar je bersalin normal sebab nak surprise and nak tolak technology sebab taknak tergolong dalam kalangan Ibu yang paranoid? So kalau ada any complication pada Ibu yang membahayakan Ibu masa bersalin pon takper la? Cukup dengan berdoa dan jaga kesihatan jer ker? OMG I cannot brain this. Kalau macam tu baik I berdoa je untuk kurus. Mana tau dengan berdoa jer boleh kurus kan? Kalau dah semua menda boleh berdoa dah setel best jugak. Padahal Allah sendiri cakap, USAHA dulu baru TAWAKKAL dan akhir sekali BERDOA. Bukan terus berdoa lepas tu takde usaha apa-apa.

Agak-agak la wei kot yer pon nak menolak scan masa mengandung ni. Paling tidak pon kalau Ibu tu ada kencing manis and baby besar, boleh fikir tak betapa risikonya untuk bersalin normal? Korang yang baca entry ni tolong lah jangan menerima bulat-bulat apa yang di share di FB. Jangan terus percaya. Pergi tanya pada yang lebih pakar. Buat kajian sendiri lepas tu baaaaaaaru la share. Jangan terus sokong membabi buta. Bulan puasa takper kan cakap Babi? Hehe.

Penting sangat-sangat ye untuk Ibu pergi monthy check-up scan semua ni for both baby and mommy. Kita taktau kalau-kalau ada masalah if tak scan. Kalau scan tu bahaya, takkan la satu doniaaaaaaaaaaaaa ada offer service ni? Ke nak cakap sebab soal politic jugak. Come on people please? Nak tolak technology jangan la sampai macam ni. Jangan bagi orang keliru and jangan terus terima bulat-bulat semua ni. OK? Yang penting jangan sampai membahayakan diri sendiri. Kalau takde masalah takpe, tapi kalau ada masalah takkan la nak stick pada pendapat sendiri just to avoid untuk berada dalam kategori ‘paranoid mom’. Isu panas macam Home birth, Lotus Birth and Vaccination ni sebenarnya kalau dibincangkan memang boleh jadi mala petaka. Tak lagi soal Susu Ibu vs Susu Lembu. Hoih! Mati la sebab masing-masing nak menegakkan pendapat masing-masing. Taknak mengalah. Apa-apa pun bagi I simple. Dalam dunia ni masing-masing ada kepakaran. Doktor tugasnya untuk kesihatan, Architect tugasnya mereka bentuk rumah and so on. Mintak la pendapat pada saluran yang betul dan berilmu. Jangan main taram jer. Kalau tanya Doktor macam mana nak design rumah, memang la dia tak tau.

Anyway sebelum ada yang bash I pasal entry ni. (Dah Maksu pon tak serik nak up pasal entry panas macam ni eh Mira, but couldn’t help it sebab geram) Sila baca disclaimer dibawah and dibulan puasa ni jangan la kekanda semua marah-marah komen pada adinda lepas tu suruh dinda share citer pasal makan jer sebab maklumlaaaaah mediocre mind. Ye dak? Buat apa nak beria lontar pendapat yang macam ni. Kurang bernas. TAPI since this is FREE country, biar la kalau I nak speaks my mind. Kalau nak berbincang, guna bahasa elok-elok. Jangan sindir menyindir, jangan marah-marah sebab nanti tipis pahala puasa. Mana komen cari gaduh I takkan approve.

See no evil, speak no evil, and hear no evil. Assalamualaikum.

Disclaimer : surayasulatin.blogspot is intended to be a super enjoy, fun and easy reading for its readers. All the articles posted are solely coming from her beautiful minds and bouncing souls at the particular time. Hence, the articles does not portraying the whole idea of any particular issues and might change accordingly subject to her crazy minds (lol). surayasulatin.blogspot is not responsible for any misinterpretations by the readers in any of the articles and comment follows from it.


-eNd-

6 comments:

monstorious wife said...

my godddd... ada jugak mcm ni? mana la diorg belajar. Yg antivac tu pon satu menyusahkan orang. Bila sakit tau pulak pegi spital. Yang homebirth tu pon satu hal jugak. Peningla hakak semua orang nak jadi doctor zaman skrg nih, mcm dia pulak belajar medic 5 tahun pastu grad.

Aqilah Azmi said...

tah pape nyaaaa sekarang ni T_T sigh!

cikel said...

Salam..kaksu..terbalik la.. lepas kita usaha pastu doa last skali baru tawakal..hahahhs..gurau je..jgn marah haaa.. :)..
Btw..selamat berpuasa :)

Suria Amanda said...

Don't be an idiot devil...ehhhh....setuju 200%...Jap viral la Ni...tungguuuuuuu....m

Cici said...

setuju kaksu. ramai yang tunjuk pakar and cuba pengaruhi orang. konon lagi hebat drpd doc padahal sendiri pun belajar kat google.

Atie said...

Kebanyakan orang kita suka dengar dan ikut pendapat dari orang lain yg bukan kepakaran mereka..tu MASALAH PALING BESAR:(