Tuesday, July 19, 2016

Jamuan Hari Raya Office 2016

Assalamualaikum…

Hari Jumaat lepas ada Jamuan Hari Raya ‘Pot Luck’ untuk office I. Geram je boss I degil taknak pakai Baju Melayu tau? Padahal ni Jamuan Raya kena la semangat Raya sikit. Kan? Walaupon I dah cakap dia nampak hensem pakai Baju Melayu TETAP tak jalan. Taknak sudah. Kalau I pandai pulak dia komplen. ‘Su tak pernah eh pakai baju kurung pergi office?’ Lepas tu I cakap, ‘Baju kurung mahal la… Sepasang dah berapa ratus. Sebab tu I tak pakai’. (Alasan). ‘Kalau macam tu, pakai la Kebaya. Kebaya kan kain dia sikit. Probably lebih murah’. T___T Comel sangat ni Boss I, sapa la yang ajar dia Kebaya lagi murah. Hahahaha. Tapi fikir balik, memang boleh kira berapa kali je I pakai Baju Kurung pergi office. Kalau pakai Baju Kurung rasa macam nak pergi kenduri je. Sebab tu tak pakai. Hehe. Lagipon now kan trend Jubah yang ala-ala dress tu. Hari Raya now pon ramai dah tak pakai Baju Kurung. Apa nak jadik la Orang Malaysia sekarang ni. *Petir sabung menyabung. Dah jom tengok gambar-gambar yang I ambik masa Jamuan Hari Raya kitorang tu. Tengok balik makanan, boleh tahan merana jiwa raga.


Satay Ayam and Satay Daging



Roti Jala, Rendang Ayam, Kuah Kacang, Nasi Himpit and Lemang


Laksam pon ada. Tak nampak dalam gambar is Lontong and Mee Hoon Goreng Seafood. Tapi kaler hitam. I kalau Mee Hoon suka kaler merah.


Brownies ada, sandwich and many more


Kek Secret Recipe je, Ada Turkish Indulgence (Fav Boss I) Cream Brule Cheese dengan Tiramisu. Tiramisu tu Intan la pilih. Takde taste langsung.


Sedap ke tak eh Sandwich ni? I tak sempat nak makan.

Untuk Jamuah Hari Raya tahun ni kitorang buat kelainan. Seorang spend RM20.00 minimum untuk exchange hadiah dengan yang lain. Sapa bagi hadiah, dia dapat hadiah. Konsep dia macam tu. Macam bosses, ada yang bagi barangan Ikea and Power Bank. Semua berebut nak yang tu je. Ada yang bagi bekas Tuppaware. Eeee Ongtue sangat ok? I beli chocolate dekat KLCC. Memula nak wrap cantik-cantik tapi sebab busuk hati takot dapat kat orang yang I TAK suka, letak dalam paper bag recycle je. Hahahaha. Intan pon bagi chocolate jugak. Sebok nak tiru.


Ni semua hadiah. Intan punya paper bag Mac kemain. Paper bag nak gempak je. 


Abang Reen la menang best dress kalau ada sebab dia siap pakai songkok lagi. Tinggal nak nikah je. Hahaha.


Robyn you suppose to wear baju kurung as well. Next time ok?


Dari kiri belakang : Izzah, Fieza, Budak Praktikal (Selalu lupa nama. Tiap kali nak tanya dia apapa I tanya, 'U nama apa?" Hahaha), Kak Ros, Izzy, Syida and Siti Nurhaliza
Depan dari kiri : Kak Jue, Neelofa, Along and Kak Siti


Tetamu jemputan khas dari Group Procurement : Kaklong! 


Yang pakai blazer tu is kami punya Group President. I punya ex-boss dulu. Tak sangka now dia dah naik sampai macam ni. Boss, I harap you tak lupa susah senang kita buat PT Indo punya BOD Paper yang U tinggal I dari pukul 8.30pm - 11.00pm dekat office sorang-sorang sebab you pergi dinner dekat Cozy House Ampang Park dengan En Aziz. Naseb bali tu dapat bekal Nasi Goreng Ikan Masin. Sejuk sikit hati. All the best for you boss! Kalau la I ikut boss I, I dah secretary Group President dah sekarang. Jalan pon pakai lubang hidung la. Sebab riak. Hahahaha.



Samsul, Siti Nurhaliza, BB Baizuri and Neelofa ambik gambar kenang-kenangan bersama.


Part paling lawak. Kak Ani, duduk belakang meja I. Dia kan boleh tahan busuk hati. Hahahah. Dia cakap, dia taknak dapat hadiah dari Mr B (Semua orang pon taknak for some reason) Lepas tu kan biasa la orang ngek, yang taknak yang tu la mendapat. Masa cabut undi, sekali dia dapat Mr B punya number, Kak Ani terus baling ok kertas tu? Hahaha. Seharian kena bahan. Tu yang Izzy pegang tu ialah hadiah yang dia dapat. I agak tak sampai RM20.00 kot harga?

Seronok tau buat exchange hadiah macam ni? Cuma yang tak best, bila ada yang main tipu. Budget RM20.00 beli la harga RM20.00 and jangan la beli kat kedai RM2.00, tak elok la macam tu kan? Padahal orang lain boleh je guna rules and harga yang ditetapkan. Tapi usually orang yang kedeks ni, dia end up takkan kaya pooooon. Eeee I paling tak suka yang jenis berkira ni. Seriously.. Anyway, we had so much fun masa Jamuan Hari Raya ni. Tetamu pon ramai yang datang. I semenjak dua menjak ni dah retired jadik Mak Pengantin. Dulu beria benau kemas sampai usung penyapu siap. Dah setarap cleaner dah. Sekarang konsep I : Ambik tau sikit-sikit ajer. Hahahahahha

-eNd-

4 comments:

FadMN said...

sue,mmg nampak slim sangat ni.jeles...nanti nak riki2 gak la korset.tp nak jugak tau,bab p toilet tu konsep nya macam mana bila kata takyah bukak suar tu.konfius sat.hehehe.

Cici said...

meriahnya . dessert semua yummy.

haah tak suka kalau dah ditetapkan bajet pastu ada yang main tipu. kalau takde duit, inform je lah organizer tak nak join. bukan jadi kesalahan pun.

Ibu Ilyanie(s) said...

meriahnya raya!!! makanan tu looks delicious!! nyum...nyummm
selamat hari raya..BW di sini, jemput ke 'rumah' tqvm...

Suria Amanda said...

Meriah sambutan raya opis u yunk..ada keje kosong x?