Tuesday, September 13, 2016

Kisah Raya Haji Saya dan Keluarga Saya

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aildiladha semua! Haritu masa on the way balik ke Jengka dari KL on Saturday, I tanya Sazli, ‘Papa, Raya Haji orang biasa bagi duit raya tak?’ Sazli cakap takde. Lepas tu I cakap pada dia, I ada baca dalam Facebook, kalau suami suka belanja isteri nanti dia murah rezeki. Nanti papa bagi Bubu duit raya, Papa lagi murah rezeki. Lepas tu Sazli cakap, ‘Ok Bubu, nanti Papa bagi duit raya ok?’  Yayyy!! Maka bergembiralah diri ini. Haha. Kitorang balik Pahang on Sabtu tengahari lepas zohor around 1.30pm dari rumah Baba and Maktok. Sampai Jengka pukul 5.30pm macam tu. Kematu vontot. Dah la Sazli tak bagi tido. Dia suruh teman dia drive. Dari KL ke Tol Karak tu je yang ambik masa terlalu lama. Dalam 2 jam lebih kot? Very slow movement, tapi bergerak la. Takde berenti terus. Shein masa dalam kereta dekat KL lagi dah selamat. I marah dia sebab gurau kasar sangat. Dah pesan banyak kali, ‘Shein, Mama kan girl? Mana boleh kasar-kasar bergurau?’ Terus nanges meleleh air mata sorok kepala dekat bontot I. Hahahaha. I pulak, lepas je Tol Karak, terus tido. Konsep dia, teman Sazli drive masa jalan jem je. Lepas dah tak jem, I cakap pada Sazli I nak tido tapi by the time nak lelap, Shein pulak dah jaga. So berkuntau la dalam kereta. Kata Sazli, ‘Bubu ni macam budak kecik, duduk tak diam dalam kereta’. HAHAHA. Yer la Shein tuuuuuuu! Dia yang suka ajak alih-alih tempat duduk. (Shein jugak yang salah)


Tengok, banyak kan kereta? Tapi still ada movement. Oooo dekat sini la I punya getah rambut! Sazli cakap each time cuci kereta mesti jumpa getah rambut I. Hehe. Syok pulak tengok getah rambut I dalam kereta Sazli. Kata dia, each time masuk kereta nampak getah rambut, teringat la dekat Bubu. Heeeeee.


Masa hari Ahad tu, berkuntau la I, Kaklong, De, Kakyang and Mak memang all the time dekat dapur untuk masak. Menu kali ni ialah rendang daging, rendang ayam pencen + pucuk ubi, kari ayam pencen, ayam masak kicap + suhun dengan masak lodeh. Kata Mak, dia dah standby 20 biji kelapa. Kalau tak cukup jugak taktau la. Tapi memang tak cukup poooonnn. Kena jugak tambah 2 kotak besar Santan Kara pulak. Bawang seguni. HAHAHAHAHA. Kitorang buat kerja gotong royong. Yang kerja merepek tak lain tak bukan I la. Kopek Ikan Bilis, Buat Rambutan + Asam Boi. Kerja yang takde kena mengena dengan raya punya menu. Tapi I sapu sampah selalu dalam rumah. Kakak-kakak I bahan I, ‘Kochep ni kerja merepek je, tapi kalau dia sapu sampah terus warning jangan kasik sepah rumah. Padahal tu je satu kerja dia buat. Gaya macamkan dia paling penat’. HAHAHAHA. Shein main dengan Kakak Kaseh. Berpeluh berlendir dah dia dekat kampung. Kepala dah bau kambeng! Hahaha.

Haritu I try guna Mesin Kelapa. Dapat setel 8 bijik. Woot woot! Tapi tragedy la sebab accident and tangan luka. Sazli machine masa first batch. Dia injured sikit. Habes bersepah dia buat, menyepok-nyepok hampas kelapa dekat keliling. Lepas dia machine kelapa, terus lepak dengan Shein dekat depan TV sebab selagi dia duduk dekat dapur, memang la kena suruh ambik tu, ambik ni. Last-last kena buang sampah dekat belakang rumah. Hahaha. Masa tengahari dia kena ambik Kueh Koci dengan Mak dekat rumah Mak Enon. Lepas tu Kaklong melampau tau? Dia cakap kat Mak, ‘Mak, kalau ambik kueh koci kat umah Mak Enon, Mak ambik sekali baju Kaklong dekat rumah Kak Zizah’. Sesambil je kena buat kerja lain. Kitorang ni memang kehulu-kehilir dengan motor dari rumah ke kedai, ada je menda yang tak cukup masa nak masak. Kitorang kecoh giler dekat dapur, masing-masing jenis suka buat kerja duduk. Lepas tu nak ambik apapa mintak orang ambikkan. Mak la selalu kena. Dia ingat dia Mandur, dia tak kena buat kerja? Haha.


Shein punya muka seposen sebab I tak bagi dia kacau I tengah mesen kelapa. Dia ingat I tengah belawan kot? Sebab sebok 'hiyarrrkhhh!' depan I.


Masa mesen kelapa tu, I dah dapat agak, ni mesti injured. Last kelapa yang I cuba parut terlepas dari tangan and lepas tu tersagat Ibu jari dekat mata machine tu. Patut tak payah dah yang last kelapa tu sebab kecik. Kaklong potong tak sama besar. Tapi P O Y O nak tunjuk hebat. Masa I letak je dekat mata machine tu, tercampak sebab pegang tak kuat. Kan tangan kita kalau luka, dia tak berdarah terus? Lama lepas tu baru menitik-nitik darah. I dah bersandar dekat dinding. Muka pucat kata Kakyang. I terkejut + kalau machine kelapa ni penat jugak sebab kita guna tenaga dari bahu sampai la kehujung tangan. Kakyang letak jari I dalam ais. Lama baru darah stop. Lepas injured, terus I baring dekat depan. Tak tolong dah buat kerja sebab tangan sakit. Iyan Iyeeeeeeer! Lepas kejadian, I cuma buat special appearance. Duduk kat dapur tapi tak buat kerja dah. Pedih nyut-nyut ok? Terkopek jugak kuku sampai ke isi. Aaaaakit!


Aaaakit. Ni GF dah letakkan minyak gamat. Tu kuku tu bukan kotor eh? Yang tu sebab masuk minyak gamat dalam dia. Kata Sazli, 'Tu la, asyik tunjuk kuku kilat kat I, dah luka'. I suka buat manicure seminggu sekali. Each time lepas buat manicure, I suka la tunjuk kuku kat Sazli banyak-banyak kali. Haha.


Bahagian belakang. Sikit jeeeeee. Tapi dia punya manja. I sendiri menyampah. Boleh tak menyampah tengok perangai sendiri? Hahaha.


Masa Mama down, Shein take over tugas menolong di dapur. Tolong la sangat!

Kitorang siap awal masak. Esok pagi tinggal nak masak Lodeh dengan Ayam Masak Kicap. Untuk bukak puasa Mak and Abang Long, Kaklong masak Nangka Masak Lemak Cili Padi and Goreng Mee. Sedapnyaaaa Nangka Masak Lemak tu. Lawan dengan Sambal Hitam and Telur Dadar lada tumbuk, Perrrrghhh! Lupa nak ambik gambar. Kitorang mandi dalam bilik air Mak. Hahahaa kelakar giler. Lepas tu Kakyang dengki, dia kunci I, Kaklong and De dari luar. Kaklong shampoo and sabunkan I sebab I kan sakit tangan. Tangan kiri angkat all the time. Each time jirus walaupon tak kena pon jari I cakap, ‘Aaaaaa aaakit aaakit’. Bebulu je Kaklong dengan De. HAHAHAHA. Sebelum berbuka semua dah siap mandi. Lepas tu kita Jemaah Maghrib dengan Isyak. Sazli jadik Imam. Sebak pulak bila solat Jemaah sama-sama macam ni sesekali. Masa Sazli doa lepas solat (Doa depan Kaa’bah Wukuf di Arafah) tu ada part, Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

Untuk doa yang boleh dimasukkan kedalam senarai doa, boleh tengok dekat sini. Semua dari 1-31 semuanya buat I sebak. Thank you owner blog CahayaHidupku share doa yang baik macam ni. Bagus untuk berdoa pada waktu Wuquf di Arafah ni. Sangat mustajab untuk berdoa. Mintak je specific pada Allah. Lepas dah solat Jemaah, I buat solat sunat pulak and mintak lagi dengan Allah. Semoga Allah makbulkan doa-doa I. Amin…


Jadi Imaan Bubu sampai akhir hayat ok Papa? Love you (^_^)

Malam tu, kami dapat berita yang Ayah Hadry (Kawan University Sazli dekat Perth) masuk ICU sebab kena Heart Attack and lepas tu meninggal. Innalillah… Kesian Hadry. Semua orang macam terkejut. Ayah dia takde sakit apapa pon, tiba-tiba je collapse masa dekat wedding anak kawan dia. Semua orang terkejut. Kesian pada Dada (Adik Hadry) dah la hujung minggu ni nak kawen. Besar tanggungjawab Hadry sebagai anak sulong untuk jaga Mak dan adik beradik dia selepas ni. Untuk take over the company… Baik sangat Uncle Masri ni. I pernah jumpa dia a few time jugak dekat Kuantan. Very successful architect dekat Kuantan yet very down to earth. Mak and adik beradik Hadry pon semua baik-baik. I hope Hadry kuat. Dada especially. Semoga Allah permudahkan urusan Hadry dan keluarga. Takziah Hadry. I nak mintak sesiapa yang baca entry ni untuk sedekahkan Al-fatihah kepada Ayah Hadry, Dato’ Ar Masri Onn. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin….

Malam tu jugak Sazli gerak untuk ziarah and to be with Hadry di Kuantan. Nasib la Jengka – Kuantan ni tak jauh. Sazli and kawan-kawan Perth dia memang close macam adik beradik. Last time Ayah Fruz meninggal, ni Hadry pulak. Ramai kawan-kawan datang ziarah. I risau sangat Sazli drive malam-malam macam ni tapi I know, dia memang nak ada dengan Hadry waktu macam ni. Lepas dia sampai Kuantan, then only I boleh tidur. Sebelum Subuh, Sazli dah selamat sampai Jengka balik. Alhamdulillah…


Masak Lodeh


Rendang Ayam Pencen + Pucuk Ubi


Kari Ayam Pencen. Sedapnyaaaaaaa!!

Takde dalam gambar is Ayam Masak Kicap dengan Rendang Daging. I bekalkan semua lauk untuk Mak Azizah. Happy dia. Dia memang suka masakan Kaklong. Sama la dengan Bapak. Nanti dia makan sikit-sikit sampai la habes and letak dalam peti and frozenkan. Hahahah. Pagi Raya, only Mak, Abang Long, Sazli and Aiman je solat dekat Surau belakang rumah. Kite pempuan-pempuan bizi la kat dapur. I setelkan sapu sampah dalam rumah sebab tu I punya expertise. Lepas mandi, berkumpul makan ramai-ramai. Kata Sazli, kan tak pergi beraya mana-mana, kenapa nak pakai cantik-cantik. Hei mestilaaaaaah. Kita nak ambik aura hari raya. Lepas tu nak ambik gambar family. Baru la raya!


Dalam 11.00am sampai la tunang Kakyang,  Si Eddy. I peratikan ajer dorang makan suap-bersuap. Kemain kan? Orang tengah bahagia menghitung hari bahagia. Teringat last year Eddy datang time baru nak kenal Kakyang. Hehe. Eddy every year datang beraya semenjak I Form 5 sampai la sekarang, hasilnya beliau lepas ni menjadi sebahagian dari ahli keluarga Sulatin. Welcome to the family Eddy. Walaupon kita sebaya, ko jangan nak poyo sangat panggil aku Makcik. I Makcik hot ok??? Dah la kena salam cium tangan I. kata menghormati pada Makcik? Wahahaha.


Kata Abang Long, ambik raya kat pagar baru Mak la. Panaaaas sangat time ni.


Tengok si Kakyang ambik gambar I masa lalu nak pergi kereta. Haha. Sempat je.

 Kaklong buat perangai selak kain sampai peha. Naseb ada seluar dekat dalam. Tabah je la Eddy dapat Mak Mertua perangai macam ni.Baju I dah besar! Kena pin dekat belakang. Aci boleh je. Hahahaha.



Say Cheeeeese! Hasilnya masing-masing mata kecik. Silau sebab panas. Konsep Raya Haji is colorful. I sekeluarga pakai baju biru. Biru pon tak sama masing-masing. Janji biru sudah.


Shein ni orang nak ajak bergambar sebok la nak main basikal. Hesh!


Kakyang, De, Kaklong and Siti Nurhaliza di bawah pokok pelam Mak yang bakal ditebang tak lama lagi. Kata Mak, takot pagar dia retak. Yer laaaa.


Sazli kerja-kerjanya kat kampung ialah basuh tangan and kaki Shein sebab asyik la pegang tanah, pegang katak.

Siap ambik gambar, dalam 12.45pm I pon gerak balik KL untuk beraya dengan Mak and Bapak pulak. Kalau Raya Haji memang macam ni. Balik 2 hari sebelum raya and lepas solat raya lepak sekejap ambik gambar, balik semula ke KL. Kalau Raya Puasa mesti di KL and lepas solat and makan-makan balik ke Jengka. Memang macam tu lah routine semenjak dari mula kawen sampai lah sekarang. Sazli anak tunggal, so masa raya kena ada di kedua-dua belah rumah. Dengan Mak Bapak and keluarga I. Naseb la Jengka – Ampang only 2 jam lebih sikit, so boleh la buat macam ni. If ada urgent matter, balik hari pon boleh. Takde masalah. Tak boleh imagine kalau rumah Mak lebih jauh. Mesti susah nak arrange for raya supaya semua orang happy. Untuk Raya Haji ni, I sangat happy. Alhamdulillah semua ok accept for tragedy kena mesen kelapa. Tapi ok jugak sebab lepas tu dah tak payah buat kerja. Wahahahaha!

Hoi! Apa panjang nau entry ni?

-eNd-

2 comments:

Cici said...

hhehe takpe Kak Su , pepanjang pun readers gigih baca :D

salam aidiladha . :D

YatieOwner said...

Selamat Hari Raya Aidiladha Kak Su :)