Friday, November 18, 2016

#ayangeddyassemoga - Part I

Assalamualaikum.

Today I cuti. Nak tolong Kaklong apapa yang patut untuk Kakyang and Eddy punya Wedding esok. Hashtag #ayangeddyassemoga. Bongok la Kakyang ni. Apa I kasik suggestion dia tiru bulat-bulat. Ni untuk photobooth punya instant photo printing sebenarnya. Assemoga tu memang family kitorang je tau. Tu kira macam secret language la. Birthday pon assemoga, kawen pon assemoga. Lepas ni lambat lagi la nak guna assemoga untuk kawen sebab Aiman ni baru 14 tahun. Assemoga ni dapat sebab dulu masa Sasha kecik, kalau tanya Atok pergi mana and dia time tu tak berapa pandai cakap so dia kata 'Atok assemoga'.  Assemoga tu kan dia ambik dari lagu 'Selamaaaaat Pengantin Baaaaru. Ssssseeeeemogaaaa berpanjangaaaaan'. So pendekkan jadik la 'assemoga' so dari situ la dapat. Haha. Ok sambung citer tadi. Basically tadek tolong apa but more tolong menyebok je la kot I guess. Hahaha. Pagi ni ada talent review Nuffnang siap ada Regional Manager dari Singapore join meeting **matilaaaaaa lepas tu straight pergi rumah Kaklong. Pukul 3.00pm ada rehearsal dekat Dewan Merak. Emcee is Mira and Cikgu Vnkery. Cikgu Kery dia rehearsal sendiri je la sebab dia sampai lambat jap lagi. Mira je la sorang berangan macam Vanida Imran. Yang ni aku dapat agak dah ni. Vanida tu half berat dia kot? (Padahal dengki memang suara Mira macam Vanida). Haha. I tanya Mira, 'Mira nanti Sabtu nak mekap artis ke or nak mekap sendiri?' Kata Mira nak mekap artis la. Naseeeeb baik la. Kalau tak korang pon tau kan? Mira ni masa bila yang muka dia nampak mandi? Takde. Except masa hari dia kawen dulu. HAHAHAHA. Kakyang pon dah bagi text, lepas tu I baca ayat dia memula tulis macam ni. 

"Beriringan masuk ke dalam dewan, sama cantik dan sama padan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;

ZULKAFFLI BIN HASHIM  dan ANIS NAZIERA BINTI  RAHIM"

Terus I tak puas hati lepas tu tanya Kakyang, 'Kenapa yang banyak puji diri sendiri ni?' Kata Kakyang 'Ini ikut teks dekat blog laaaaaaa'. HAHAHAHA. Dengki je I. Biasa lah Makcik perasan Diva. Kalau boleh esok crown I kena lagi tinggi dari DSV. Kalah perantin. Kah kah kah


Pre-Wedding Photoshoot kidnap dari DP WhatsApp Kakyang. Amboi kemain gembira pegang bet fwen I.


I baca teks tu lepas tu tanya Kakyang, 'Mana nama Makcik takde? Ah takde. Kena letak jugak. lepas tu Makcik nak nyanyi and nak ada segmen baca berita. Lepas tu nanti ucapan wakil keluarga, Makcik dengan Sali (Sazli) nak nyanyi lagu Awan Yang Merah'. Kata Kakyang, 'Ok boleh. Kita buat dia. Makcik taknak joget ke? Sebab penari takde lagi ni'. I cakap 'OK BOLEH. Makcik nak menari Bollywood solo performance.' HAHAHAHAHHAH. Tabah je la Kakyang melayan Makcik dia ni. Mintak maaf, kita memang tak boleh pilih siapa Ahli Keluarga kita sebab tu semua Allah dah tentukan. Tapi ok apa Kakyang? Walaupon Makcik kepala hangen kuat mengamok tapi siapa Makcik Ayang yang paling kewl and cantik? Jawab la orang lain kalau berani. Kbye.


Anis ad Zul. 19 Nov 2016
#ayangeddyassemoga

Kepada kawan-kawan blogger, readers, sahabat-sahabat yang I bagi jemputan, sudilah kiranya datang kenduri Kakyang and Eddy eh? If ada readers yang teringin nak datang jumpa I (Siti Nurhaliza) boleh WhatsApp 012-9184042 and bagitau berapa nak datang. I boleh la reserve dalam 10-15 seat InsyaAllah. Makan InsyaAllah semua sedap-sedap, tempat aircond selesa ketiak tak becak, Pengantin Lawa, Makcik Pengantin yang taknak kalah tu pon InsyaAllah la lawa sebab Linda mekapkan. Tapi bertahan lama mana tak boleh nak janji la sebab part time mengejar Shein tu memang kerja yang tak boleh dielak nak pulak Shein MEMANG SUKA GILER PELAMIN OMG. 

Mintak korang semua doakan semoga Majlis Perkahwinan Ayang and Eddy berjalan lancar ye? Dengan Bersih 5.0 ni probably banyak jalan tutup, I pon taktau nak kata apa. Kesian pada Kaklong susah hati takot orang ramai tak dapat datang. Mohon tolong la senangkan hati Mak Pengantin eh? Jangan la wasap dia and momok-momokkan dia dengan cerita Bersih ni. Usaha dulu la datang kalau betul ada niat. Takde rezeki sebab jalan tutup tu lain cerita. Jangan la wasap dia terus cakap tak boleh datang siap-siap. Sian Kaklong I nanti sedih. Tu pon dah sebaldi kot air mata bercucuran. Takper Kak, InsyaAllah semuanya ok. Kita sekeluarga pon InsyaAllah ok. Dah cukup meriah. Kan? Jangan sedih-sedih eh? Ko selalu buat orang happy, nanti Allah akan bagi nko hepi jugak. 

Jangan sedih. OK? Semoga semuanya berjalan lancar. Aminnnnnnnn

-eNd-

1 comment:

Nova Leeza said...

jumpa esok ya kak su :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...