Tuesday, November 29, 2016

#ayangeddyassemoga - Part III (Kenduri Belah Lelaki)

Assalamualaikum..

Macam yang Ain cakap dalam previous entry, I sekarang ada dekat Villaku Residence Balok untuk staycation dengan kawan-kawan apartment pulak. Bengkak je hati Boss I sebab I belasah cuti 3 hari berturut. Ni dia taktau I nak pergi Langkawi pulak ni, kalau dia tau ada dia suruh resign terus. Kah kah kah. Ok back to Villaku, Last time on April I pergi sini dengan BBI buddy. Rasa macam baru je pergi sini, ni dah datang balik.  Kitorang gerak dari Pahang rumah Mak sebab kebetulan wedding belah Eddy dekat Sg Tekam Getah Sabtu haritu so senang sekali harung la terus ke Kuantan. Anyway entry ni is unofficial untuk #ayangeddyassemoga tau? Gambar ambik dari handphone je ha. Konsep dia, kena redha dengan apa yang ada je. Yang lawo-lawo tunggu dapat dari Kakyang yang entah zaman bila la nak dapat tu. Ni pon pinjam hotspot iPhone untuk guna dekat Samsung sebab nak update blog dari iPhone agak menyirap oren jugak. Sejenis gigih jugak I. Nak harap internet Villaku ni boleh tahan lembap la jugak. Lembap macam kekura. Ni Shein tengah membutaaaaa. Kemain tadi dia swimming dah dekat dua jam. Lepas mandi, lepak dekat katil tetau dah sampai Hong Kong.. Orang ajak naik dia cakap. 'Mama? Go!' Ewah engkau. Sesuka hati je halau Mama. Time lapar mintak makan dari dalam kolam. I suap dia makan dah macam bagi ikan dalam kolam makan lepas tu panggil krrrr krrrrr macam panggil ayam. Hahaha. Meanwhile, jom tengok gambar dari handphone I untuk wedding sebelah Eddy. Ok?


Make up I by Kak Hanusa. RM80.00 je. Murah kan? Sapa nak pergi la Jengka Satu. Cari Kak Sa. Thank you for dolling me up Kak Sa.


Kitorang gerak dari Jengka 1 ke Sungai Tekam Getah around 12.30pm. Sekali dengan team kompang. I naik syeh tengok orang kompang, sebab dulu masa umur 15 - 17 tahun I main kompang untuk persatuan ni la. Melalu, Melanak, Melengkah semua I tau siap time goreng, tepuk kompang pusing keliling macam India sembahyang tu, lepas tu jadi Jimmy Hendrix. Tapi dia gigit guitar, I gigit kompang terus. Hahaha. Tapi serious weh, I pandai main kompang. Ni tak tipu. Boleh tulis dekat dada Alip Lam Lam Ha. 


Baju Shein ni I beli kain dekat Jakel and tempah dekat kedai Pakistan haritu. Tailor ni dah jadi I punya fav tailor dah sebab sini semua jenis baju hatta kemeja pon dia boleh buat, janji ada design. Upah pon murah.


Tengok Kaklong tetiba kain warna lain. Boleh tak dia tetinggal kain dia dekat KL? Pagi tu pergi pasar panas beli kain pulak. Sabar aje la Mak Perantin ni. Tu Auliyya pulak time nak bekompang ni la dia tido. Haha. Kaseh pulak takde kawan, Sasha pergi rombongan sekolah.


Wow De macam model runaway pegang anak kiri kanan. Makan hati tengok badan De yang keding. Si Amsyar tu seluar dia gedobos. Tu pakai jeans je.


Shein punya rambut ni, kata la kalau lalat sesat masuk, dikhuatiri akan sesat dan lemas sebab tebal woh!


Sazli ni risau Shein berpanas. Ni masa sementara nak tunggu kompang start main. Nak tunggu lepas azan Zohor. So lepak kejap bawah pokok pelam.


Along and Atinten je jadik pengapit Eddy and Kakyang. Atin tu pregnant tapi langsung tak gemok


Family Photo. Tengok yang paling depan tu over tau? Nak overshadow I lettewww


Tudung shawl and bawal yang kitorang pakai ni Atin yang buat sendiri. IG dia be_anggun. Nanti soon dia akan release la untuk dull satin square scarf macam dia pakai tu. I dah cop 10 helai. Haha. Best la quality dull satin ni. Tazabaaar nak dapat


Ni Dik Ar jiran I kat kampung yang datang wedding dekat KL turun pulak dari KL untuk ke wedding belah Pahang sebab Eddy kawan baik Abang dia nama Edy jugak. Semua orang dalam dunia nak kena nama Eddy/Edy ni kenapa? Haha.

Dalam pukul 3 kitorang gerak balik Jengka Satu. Elok sampai rumah je, hujan turun lebat giler. Naseb masa nak berarak bersanding tadi tak hujan kalau tak pengantin main hujan je la terus. Hahaha. Alhamdulillah kenduri both side dah selesai. Kaklong and Abang Long punyalah lega. Dah takde apa nak looking forward. Habes-habes pon nak tunggu Kakyang bersalin la pulak lepas tu buat Aqiqah. I pulak next week nak bawak Shein pergi tengok Otomen dekat Genting, lepas tu ke Langkawi dengan Mak, De and Kaklong pulak. Sebulan non stop dengan activity time weekend macam YB dah ni. Bulan 1 nanti ke Langkawi jugak dengan kawan-kawan Perth Sazli. I buat Langkawi tu macam belakang rumah je tetiap bulan pergi. Macam Che Ta dia up skek buat Paris macam belakang rumah sebab setiap bulan pergi oversea. Dah la kena naik kapatebang. I now memang tak boleh dah naik plane. Sejam pon rasa macam nak mati. Huwaaaaa!

-eNd-

1 comment:

Nur Aishah said...

SALAM SU.. su aci tak nak order dull satin square scarf kat atin tapi size 50"? mean besar sket dari square scarf(bawal standard) size.. plsss su... kot leh option tu yg nak besar skek..harga up sket takpe..jnji best n letops..tq darl..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...