Assalamualaikum..
Alhamdulillah Ayang and Eddy dah selamat menjadi
suami isteri yang sah pada 19/11 Sabtu lepas. Majlis nikah dia pagi tu dekat
Dewan Merak. Lepas tu emcee dia ialah I la. Cayalah Suraya! I sangat berbangga
dengan diri I sebab berjaya handle majlis (boleh je kan bangga dengan diri
sendiri kahkahkah). Tak sangka I langsung takde anxiety masa tu cuma suara Mak
Tiri garang bagi announcement tu tak dapat nak elak. Rasa macam dah Siti
Nurhaliza habes sekali orang komplen kata emcee garang. Mana tak I menyirap? Bila
cakap Majlis Pernikahan akan berlangsung sebentar lagi tapi macam bercakap
dengan diri sendiri sebab tengok orang macam buat taktau je. Tu yang dua kali
bagitau, ‘Harap semua dapat masuk ke
dalam dewan sekarang kerana majlis pernikahan akan diadakan seeekaaaaraaaaaang’.
Hahahaha. But overall ok je. Kalau Dato’ Jalaludin Hasan jadik judge ni mesti
dia cakap, ‘Saya bagi awak 5 markah!’.
Sesuka hati je 5 markah padahal patut 5 bintang tapi biasalah, ongtueeee mana
dia kisah apa janji maksud sampai. Ye dak? (Tu Ain tu nak cakap la tu, sama
macam Kaksu la ongtueee)
Actually untuk entry harini, I taknak cerita pasal
wedding Ayang and Eddy #AyangEddyAssemoga. Tu tunggu dulu
la eh? Kasik dapat gambar dari official Photoghrapher la baru kita borak
panjang. 1 thing I regret is tak jamah langsung makanan masa hari tu sebab
maklumlah bizi? Kata Mak Pengantin? Dengar cerita ada Nasi Tomato, Rendang
Ayam, Rendang Daging, Daging Tetel Masak Hitam, Dalca Sayur, Ayam Masak
Briyani, Pajeri Nenas, Isi Ikan Masak Sweet Sour, Nenas Masak Lemak Kuning and
many more lauk pauk siap buah, ulam and sambal belacan. Ada pulak station Teh
Tarik lepas tu ada memacam jenis kuih-muih sesedap macam popia basah, seri muka
dengan Apam Balik Rangup segala siap Kambing Golek, Laksa Johor, Mee Sup.
Perrghhhhh telan ailio nak cerita. Lepas tu terkilan tak dapat layan sangat
tetamu especially yang I jemput and PALING TERKILAN AMONG ALL IS BAJU I. Ramai
yang puji cakap cantik kan? Meh I cerita apa cerita disebalik baju ni. Sebelum
tu, tarik nafas… hembus nafas… Tarik… Hembus….
Theme Plum.
Plum ni dia manja sikit dari purple tapi adik beradik purple la.
Kain pasang tu I beli dekat Jakel textile yang
sebesar alam dekat Lulu Supermarket di Jalan TAR. Jenis Heavy Como Crepe. Harga
1 meter bidang 60 ialah RM60.00 but after less (sebab I pergi time sale) so
dapat RM15.00 semeter. Tak dapat dah eh harga macam ni untuk quality yang macam
ni rasanya. Kot ada tempat lain lagi murah, I tak sure. Heavy Como Crepe ada
banyak grade. Pepandai la carik. Kenapa heavy como crepe? Sebab kain jenis ni
kalau ketiak becak, dia tak berapa nampak. Tak macam satin yang cepat nampak
smudge and dia akan jatuh terletak sebab berat so ada la effect kurus
gitchewwww. Untuk bidang 60 cukup 3.5 meter buat baju macam I and De pakai tu.
Lace pon beli dekat Jakel. Sale price RM50.00 je semeter. Untuk baju macam I, lace I
pakai 1.5 meter so dapat tampal dekat bawah kaki, hujung lengan and depan
belakang. Macam De I tu cukup ¼ meter jer. Border tu I pakai dull satin. I beli
¼ meter untuk buat reben dekat pinggang tu (tapi tak nampak pulak belakang dia
macam mana sebab tak ambik gambau). RM14.00 untuk dull satin. I mintak butang
balut guna kain dull satin De (tu nanti kemudian I cerita) dekat belakang and
hujung lengan. Jom tengok summary berapa harga raw material.
Heavy Como Crepe : RM52.50
Lace : RM75.00
Dull Satin : 14.00
Total :
RM141.50
Next, kita beralih pulak untuk tempahan. Yang ni
part menyirap. Kaklong suggest kitorang tempah dekat Arked Mara sebab baju
nikah Kakyang buat dekat situ and cantik dia buat. Terletak je dekat badan. So
kitorang berbondong-bondong la pergi sana kononnya kalau upah RM250.00 sehelai
pon redha je la janji cantik and puas hati. Nama Kedai : Hiasni Design / Leena
De Fashion. Alamat : Lot 2.30, Tingkat
1, Medan Mara, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Handphone : 013-623 3068/03-2692
9325. Kedai dia dekat corner lot. If naik escalator yang bawah dia ada bank tu
kan? Naik je terus nampak belah kiri. Tu laTailor yang charge harga dekat kita
macamkan dia tu boutique.
Kisahnya, masa sorang-sorang ukur baju baru dia
letak harga. Tu pon I agak macam sesuka hati je nak letak. Untuk De I, upah
ialah RM220.00 sehelai. Baju and kain tak cantum. Baju pe-plum dua tingkat,
kain A line, letak border dekat hujung lengan and bawah baju. Lace paras
pinggang. Pembantu kedai Indon garang ni suggest untuk buat 2 2 jenis yang
sama. Bila kita cakap nak buat jenis lain, dia sudah buat muka. Ok. Layan jer
la walaupon kenduri ni bukan kenduri anak buah dia. Takpe. Buat sejenis untuk
dedua baju (belah KL and belah Eddy) pon ok. Malas nak cakap banyak. Baju I
pulak cutting pwincess. Potong dekat pinggang. Butang katup belakang and hujung
lengan, lace hujung kain and dekat pinggang sahaja (masa ni tak full macam
dalam gambar), leher 1 bulat biasa and 1 lagi leher ala-ala cheongsam tu. Boleh
imagine tak macam mana? Cheong sam tapi takde butang katup. Sebab plan asal nak
pakai turban so buat la leher macam tu so tak la terdedah sangat. Total is
RM300.00 sehelai. Sebab mahal? Sebab ada lace. Padahal De I punya 2 pcs tapi
RM220.00. Kaklong buat lebih kurang macam De jugak. RM250.00 sehelai. Main letak je harga. Dia kata
datang balik lepas 2 minggu untuk fitting. Sebelum datang, call dulu.
Baaaaaaik.
Sementara nak tunggu 2 minggu tu, De I ada la
communicate dalam whatsApp. De cakap nak letak border tu dekat pinggang jugak,
macam I punya. Takyah reben. Border je. Kata dia tak boleh sebab susah nak buat.
Amenda yang susah entah. Lepas dia cakap tak boleh, De call tak jawab, WhatsApp
tak reply and biar blue tick je sampai la kesudah. Sangat biadap. Cenggitu dia
layan customer eh? I takde dah nak ubah apapa. Konsep dia, redhaaaaa.
So cukup time, kitorang pon datang la dengan hati
yang berkobar-kobar. Harapan tinggi ni untuk dapat baju cantik. Dah upah pon
memasing bukan murah. I RM600.00, Kaklong RM500.00, De RM440.00. I datang
dengan Kaklong. Kaklong punya baju, dedua tu dia buat bukan yang macam Kaklong
nak. Dengan nampak macam pempuan mengandungnya. Alahai sedih tengok baju. Suruh
potong dekat pinggang, dia pergi potong atas dari pinggang dah nampak macam
perempuan mengandung. Bila tanya kenapa tak buat macam yang disuruh, dijawabnya
: ‘Macam ni la cantik Kaklong’.
Kaklong level taknak cakap apa dah. Sangat frust. Dedua baju ok dia buat macam
baju mengandung? Kata Kaklong, dia bayar je RM500.00 tapi dia nak buat balik
yang lain. Dah tak kuasa.
Turn I. Baju pertama I warna coklat untuk pakai
belah kenduri Pahang ketat sampai nampak macam baju pinjam, tetep terbojol,
lengan senteng. Di suruh buat lengan zip, tapi lengan tak zip. Besar macam lengan baju kurung pulak tu. Butang balut yang dijanjikan tak buat. Bila suruh letak butang balut,
dia mintak tambah duit. Lepas tu I cakap, ‘Mana
boleh tambah sebab you yang janji nak bagi kan?’ Terus I hulur receipt so
selamat takyah tambah duit. Masa I cakap baju I ni sendat and mintak dia alter,
dia cakap.’Macam ni la cantik kak. Nampak
ngam je dengan badan’. I cakap I taknak. 'U kena besarkan jugak. Macam ni terlalu
sendat. Bagi I try baju lagi sehelai'. Kata I kepada pembantu tailor Indon yang
suka decide apa yang customer nak at first place dari kitorang first day
datang.
Baju kedua.Try je baju, I punya leher baju yang I
cakap nak ngam-ngam sama besar dengan leher, dia buat besar. Besar sampai boleh
masuk 4 jari kiri and kanan. Bahu jatuh dah jadik macam Robocop. Besar habes
sampai tak nampak macam dress dah. Nampak macam jubah sebab atas sampai bawah besar.
Butang balut also takde tapi lengan ngam-ngam kecik macam dalam gambar and ada zip dekat hujung macam
yang I nak. So I mintak alter leher baju tu bagi ngam macam yang I nak. JAWAPAN
: 'Tak boleh alter dah Kak. Kalau alter kena charge sebab susah ni nak bukak
balik'. Lepas tu I cakap, 'Masalahnya I mintak ngam-ngam dengan leher, yang you
buat besar kenapa?' Tak boleh jawab tapi tetap cakap, ‘Sorry, dah tak boleh
alter’. Ok la, was thingking nak buat je alteration dekat kedai lain. Malas nak
gaduh.
Lepas tu I cakap bahu I ni besar. I nak sama macam baju coklat tadi. Dia
cakap, ‘Akak yang mintak ukuran macam ni, kita buat la kak’. I cakap, ‘That’s not possible sebab kenapa baju coklat
tu ok je?’. Pembantu Indon tak puas hati lantas ambik tali and ukur.
Ternyata 15. Dalam resit tulis 14. I menang! Yesssssss! Taaaapi JAWAPAN : ‘Takde la Kak, ok ni. Takyah alter’. Dia
ingat I buta ke apa? Pantaaaaaaaaaaaaaaang I baju besar bahu. Lepas tu I mintak
alter dekat pinggang sebab besar. Dia menjawab laaaaaaaaaaaaaaagi. Kata dia, ‘ Kak, macam ni la ok Kak. Buat apa nak ngam
dengan badan, tak cantik’. Lepas tu I cakap, ‘Macam ni dah nampak macam Jubah. I taknak. Dah tu, baju coklat you
buat ok je dekat pinggang?’ . Dok jugak cakap tak cantik la apa la.
Last-last I bengang and cakap, ‘You ikut je la cakap I. I yang nak pakai bukan you. I bayar kan? Buat
je la macam apa yang I nak. Takkan I nak buat macam apa yang you nak?’
Lepas tu barulah bertenang sikit dia tapi muka ketat la. Kata dia boleh la
kecikkan macam I nak, tapi leher tu tetap tak boleh bukak. Sebab dah payah.
Kalau nak bukak balik, dia akan charge alteration. OMG dia ni memang tak
belajar kot baru kena dengan I tadi? Memang tak serik. Aku suruh nko alter
balik sebab nko tak buat macam yang aku nak. Nko buat ikut suka hati Mak Bapak
kau je! Sebab malas nak layan, I ignore apa dia cakap. I mintak baju coklat
besarkan, baju purple kecikkan. Buat sama sebijik macam yang I nak. Yang harga
RM300.00 sehelai ni memang masuk butang balut tu dah. Tapi sebab I nampak baju
I kurang glamor, lace sikit je dekat badan, I request suruh letak lace depan
belakang dengan lengan baju. Kata dia boleh, tapi ada charge lain. Susah dah
nak buat sebab baju dah siap.
I cakap takper. Buat jer. I nak pakai puas hati so
buat macam mana I nak.
Lepas tu terus la ke Jakel balik untuk beli kain
pasang Kaklong. Dedua warna Coklat dan Plum sebab dia nak buat lain. Tak
sanggup dia nak pakai macam yang orang ni buat sebab terlalu buruk! I pon beli
lace lagi 1 meter untuk tambah depan/belakang, hujung lengan untuk dedua helai
baju. Kata Kaklong, dia nak buat dekat kedai lain sebab taknak dah kena ‘ketuk’
dengan Hiasni Design tu. Kitorang pergi la kedai lain and surprise surprise!
Baju Kaklong tu upah dia Cuma RM70.00 sahaja ok? Kain Kaklong tak buat dah tapi kalau sepasang
RM100.00 jer upah. Kalau kata nak lace pon takde sampai RM150.00 pon additional
charge. Masa kitorang cakap upah baju RM220 – RM300.00 dia senyum je. Tak cakap
apa. I dapat agak dah, memang I kena 'ketuk'.
Sebagai wanita yang tak serik, I come back to
Hiasni Design ni and mintak alter balik baju macam I nak and tambah lace. Bila
tanya berapa, dia taknak cakap. Kata dia tunggu siap dulu baru boleh kira. I
pon betul macam lembu kena cucuk hidung. Tadi padahal beria ni marah-marah.
Bila jumpa je pembantu Indonesia tu, I langsung tak menjawab. Hahahahah. Tadi
garang sangat kan? Dalam kereta, I pon poyo cakap pada Kaklong, ‘Takper Kak,
nanti aku datang collect, aku akan bagitau yang Aku rasa bodoh kena tipu-tipu
macam ni and aku takkan datang dah tempah baju dekat sini.'
SELEPAS
SEMINGGU
I datang balik. Fitting lagi sekali and tetap yang
plum tu dia tak alter pinggang. Bahu je yang dia kecikkan. Bila cakap kenapa
tak kecikkan pinggang macam baju coklat, dia JAWAB : 'Dah lawa dah ni kak. OK
BAIK. Memang jenis tak paham bahasa ni cakap pon tak guna. Kain pon sebesar-besarnya dah tak princess cut dah. I mintak dia alter
terus sebab I dah taknak dah datang sini. Dia pon alterkan jam-jam tu jugak. Masa
fitting lagi sekali, still rasa besar tapi malas dah nak cakap apa. Biar ajer
la. Betaki dengan orang macam ni tak guna. So I decide untuk bayar je and alter
la kemudian dekat kedai lain. Total alteration is RM150.00 sehelai sebab dia
cakap susah nak alter leher baju tu. Nak pasang lace pon susah. Kena bukak
balik baju and lepas tu jahit balik. Renyah and leceh. So I tanpa banyak soal,
bayar lagi RM300.00 untuk 2 baju. Total sehelai baju is : RM450.00 woot woot.
Dua pasang RM900.00 I bagi dekat kedai busuk bajet boutique ni. I memang nak
cepat-cepat blah although rasa macam saaaaaaaaaaaaaaaakit sangat hati I kena
charge sampai macam ni + after alteration pon dia tak ikut macam apa yang I
nak.
Balik, I singgah Jakel and beli kain untuk buat
reben dekat pinggang tu and pergi alter
dekat kedai Pakistan (Own by Malay) dekat area rumah I, Depan As-Soffa Kolej
tu. I pon mengadu pada Tailor yang I rasa I kena ‘ketuk’ dekat kedai Hiasni
Tahik tu. Kata Abang Pakistan, bukan susah pon nak pasang lace. Bukak je la
lepas tu jahit balik. Upah and alteration sampai RM450.00 dia cakap sangat ridiculous
untuk kedai macam tu. I mintak Abang Pakistan alter baju purple sama macam baju
coklat. Dia cakap banyak tak sama ukuran ni. dari dada sampai lutut semua pon
tak sama. Total alter kecikkan baju purple and tambah reben untuk dua-dua baju
is RM55.00 untuk dua helai (murah jer) so maksudnya total upah baju I sepasang ialah RM477.50
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Yang buat lagi sakit hati, kata Abang Pakistan
untuk baju macam I nak ni, sekali la pasang lace semua is RM120.00 jer sehelai.
Total dua pasang is RM240.00 SAHAJA and I bayar pada HIASNI TAHIK tu ialah
RM900.00 untuk 2 pasang. Subhanallah betul la punya peniaga MELAYU yang macam
ni la yang membusukkan nama peniaga melayu lain. Ini la yang buat I serik nak
berurusan dengan ORANG MELAYU padahal I sendiri pon Melayu tapi haih. Susah nak
cakap. Untung tu selagi boleh untung dia akan ambik. Peraaaaaaaaaaaaaaah duit
customer selagi boleh. Takper la. Hambek la RM900.00 tu, tak kaya pon korang
tapi I TAKKAN jejak dah kaki I dekat kedai biasa-biasa bajet boutique macam tu.
Boleh blah!! Tak pasal-pasal cost sehelai baju I tu jadik RM619.00 ye? Kalau tau
macam ni baik I pergi beli yang siap dekat Jovian je terus. **Urut Dada
Seriously memang rasa macam diperbodohkan. Padahal
cita-cita masa nak datang balik untuk ambik baju tu, I nak bagitau dia yang
upah kedai dia ni mahal and I takkan datang dah but I hulur je duit instead and
blah tanpa cakap apapa. Nak ambik gambar pon lupa. Macam kena pukau pon ada. Kot sapa kerja area ARKED MARA
tolonglah ambik gambar and send pada I. I nak tepek dekat entry ni supaya
jangan dah ada yang terkena macam I. Tadi pon I sengaja call tanya berapa upah
kalau nak buat pe-plum. Dia cakap upah RM120.00 je. I tanya lagi, kalau I nak
pasang lace and border berapa. Dia cakap takde la sampai RM300.00, takpe dik.
Datang dulu kita bincang. BINCANG OPAH KAU? Yang I upah + lace tu dia terus
charge RM300.00 tu celah mana? I rasa, memang I dengan Kaklong semua kena ‘ketuk’.
Memang dia bedal habes charge kitorang mahal-mahal. Entah la. Tapi kalau macam
ni la dia buat I, I tak redha setiap sen yang I dah spend untuk bayar upah baju
+ alteration tu.
Untuk yang ada face same thing macam I, korang
boleh share ye? I nak jugak baca. Jangan la biar macam I sorang je yang malang
dekat sini. Biar lah kita tag team and malang sama-sama. HAHAHAHAHA. Pada yang
bakal tempah baju dekat Arked Mara, survey dulu. If rasa mahal, tanya dekat
kedai lain pulak. Jangan terus tempah membabi buta macam kitorang semua. Ok?
Sayang and ralat sangat rasa spend RM900.00 untuk tempah baju dekat Hiasni
Design ni / Leena De Fashion ni. Tak payah nak De De sangat la. Eeee menyirap je!
Untuk pembantu Indon tu, takyah nak kerek-kerek sangat la layan customer. Ko
tak payah nak perasan bagus. Dah la kuat menjawab. Hantar Imigration baru ada
akal. Pui!
-eNd-
12 comments:
Akak bayar deposit ke? Kalau xde bayar deposit patut tinggal je kain baju tu situ xyah ambil2. Dia bagi tahik, kita pulang tahik la apa lagi. Setakat 141.50 burn berbanding 900 😭
sekarang memang musim tailor suka pandai2 sendiri.. ambil ukuran badan customer and konon catit apa customer nak tapi at last masa tengah menjahit mungkin di susah hati memikirkan semua ni tak sesuai untuk customer tu.. so decide buat apa yg dia nak.. kepala bana dia lah..
huhu sakitnya tuh di sini. saya dulu terkena mcm ni la.. itu pun mintak jahit baju kurung. waktu order bkn main pungpang pung pang datin ni order blabla.. sekali siap baju den x boleh pakai. dah la kain tu sutera original, membebel aku.. kawan aku plak dress kecik siap terkoyak.. ngamuk aku ngan kawan aku situ jugak.. sudahnya baju habuk pun x leh pakai gi beli pasang siap sbb dekat nk raya... skrg pun kalo aq nak order sndr aku rela balik temerloh gi kat tailor yg dah biasa.. jauh tapi compom blh pakai bajju
Ughh finally ada jugak yg tulis psl butik ni. Sy penah kena and kes sama. Tobattt x tempah dah sni. Bg design lain buat design lain. Pastu ketatttttt sendattttt. Alasan pn sama. Dia caj mmg mahal. Drpd 4helai tempah, selai je boleh pkai. ��
kalau aku mmg dah terbalik dah kedai tu..... don't mess with me! ahahahhahahaha...
tu la pasal i suka beli yang dah siap jewww...dah berkurun i tak tempah baju...sebab tak berbaloi...harga kain idok le mahal tapi nahhh...harga upah menjahit punya la mahal...dapat pulak yang suka mengetuk customer mcm yg u terkena ni...sabar je lah
Kak su, saya pun pernah kena. Tapi kat kedai lain lah. Buat baju konvo, masa discuss macam macam catit. Masa tu saya ingat lagi, rujukan saya is baju kurung buttonmybutton. ada ribbon besar kat belakang, butang balut. masa dapat, baju kurung normal. memang saya mengamuk lah. dia kata bukan dia jahit, boss dia sub ni ke tailor lain. And masa dapat baju tu, dia pun tanya tailor tu kenapa lain, dia kata tailor tu jawab dah call saya bagitahu tukar design. Memang masa tu jug saya mengamuk and minta pekerja kedai tu call tailor sana tu. Habis saya bahasakan. Lepastu dengan boss dia saya call. Haha. Last last saya ambil baju tu dengan tak bayar balance sambil menangis. Beli je rtw lepastu. Dasar!
Gigih sy baca tau kak su sbb opis sy sbelah mara ni je..nti sy snapkan gmbar butik tu sent dkt kak su ye..hehe
alhamdulillah
terima kasih PUAN SURAYA SULATIN atas beri komen disini ya!
Nurain Kamal : Tu la. yang tu tak terfikir pulak nak buat. rasa macam aniaya orang pulak. tapi ni kira macam pengajaran la. taknak dah jadik mcm ni. patut haritu tinggal je and cakap suruh je dia jual dkt sapa2 yang nak.
mommy zarith : probably mana yang menyenangkan pihak dia
amalza abdullah : terkena dekat kedai yang sama ke? wow. banyak jugak experience orang tak puas hati dengan kedai dia ni eh? dkt fb pon banyak yang cakap terkena jugak
ninie : dari 4 helai, sehelai je yang boleh pakai? kesiannya.... lagi teruk la kes ni.
Lenny : kita ni kadang2 rasa macam malas nak gaduh. nak cakap tak puas hati depan2 rasa macam tak sanggup tp lagi diam, lagi kena pijak kepala
hayati Ghazali : tu la. konon nak puas hati ikut ukuran badan sendiri, tu yg gigih menempah. sekali harga upah boleh dapat sehelai dekat Jovian
hachereennor'ain : susah kan nak tolerate dengan tailor yang suka bagi janji manis macam ni. mmg sepatutnya beli je baju siap. lagi puas hati
taty hasbi : tenkiuuuuuuuuu.
wan nurul : SAMA SAMA!
Salam... Boleh saya tahu kedai Pakistan tu kat mana lokasi?
Tima kaseh
Post a Comment