Tuesday, December 20, 2016

Langkawi Girls Trip : SkyCab

Assalamuaaikum...

Hi orang KL, kita masih bersiaran dari Langkawi. Cuaca dilaporkan hujan renyai-renyai pagi ni. Semalam lepas breakfast dekat  Nasi Dagang Pak Malau kitorang terus ke SkyCab. Naik kereta cable lepas tu naik pulak ke Sky Bridge. Ni la pengalaman yang tak mungkin I dapat lupakan sampai bila-bila. Ni kalau letak pisau dekat leher ni memang takde der I nak naik lagi. Bapak la seram ok? Cable Car tu dia punya naik tegak mencanak lagi seram dari Genting Highland punya cable car. Dah tau dah seram naik Cable Car, pergi memandai poyo nak naik Sky Bridge. Itu yang De dengan Kaklong tak sampai suku pon dia berjalan dah patah balik. Tak rasa kaki dah. I ok dapat half. Ain dengan Mak sampai kehujung. Mak tu punya berani dia? Korang tau tak Sky Bridge tu dia tegantung macam tu lepas tu dia goyang-goyang ishk seriau ok? Itu De dengan Kaklong tak berjalan dah. Merangkak! Hahahahha. Semalam pulak ada Cable Car yang tetiba terberenti tengah-tengah jalan sebab cuaca tak berapa ok. Itu kalau I la tu memang dah terkencing terberak dah. Time naik ok lagi, bila turun memang tak pandang luar dah. Seraaaaaam nak mampos! Itu nanti later I akan share experience and gambar semua ok? Meanwhile tengok dulu gambar beberapa keping ni I belanja. Ok? Ni kitorang nak ke Tanjung Rhu Mangrove. Malas nak island hopping sebab panas and taknak mandi pon dekat pantai. Kitorang ambik private punya sebab kalau yang package tour guide tu sampai 6 jam. Lama sangat. Nanti petang baru nak tengok Sunset dekat Pantai Cenang. Tak sabarnya!


Time ni senyum la sebab tak naik tinggi lagi. Lepas dah Cable Car tu tegak memasing mengaji. HAHA






Mak la yang paling berani among kitorang berempat. Dia cakap nanti kalau dekat titian siratalmustakim lagi takot. Ni kira macam practice la. Ngek Mak.


Time ni dekat Sky Bridge. Tak ketengah pon sebab De dengan Kaklong takot.

Esok flight pukul 3.00pm and maybe check out cepat sikit sebab nak beli Nutella sebotol RM10.00 tu. Murah giler. Orang beli Nutella buat makan dengan Roti, ni sebab murah kita belasah la buat Chocolate Spa. Kah kah kah. Semalam dekat Hj Ismail dah habes. Daim pon dah takde. Dekat Cenang tu ada satu tempat beli Chocolate jugak dekat sebelah Under Water World. Apa nama entah. Oooo kata Kaklong nama dia Choco Valley. Ni check in luggage ambik 40 kg je ni. Confirm kena beli lagi ni. Malam ni kena timbang la. Balik kitorang naik Air Asia. Haaaadoi takotnyaaaa nak naik kapalterbang pulak esok. Huwaaaaaaa. Masalah betul la!

Ok dah. Nanti kita borak lagi ok? Ni nak sampai Tanjung Rhu dah. Kirim salam orang KL. Dengar cerita KL takde air. Kesian. Okbye!

-eNd-

4 comments:

A.L.I.N.A said...

MAsa saya pegi minggu lepas pun daims dh habis kt kompleks HIG.. tp kalo kak su gi bangunan haji ismail yg lama ade byk lagi jual..

cikel said...

Kl xda air sampai 24 dec.

Chooyaya! said...

ALINA : kaksu tak jmpa pon bangunan HJ ISMAIL yang lama. tp dekat chocovalley banyak je.

cikel : rumah kaksu ada je. alhamdulillah

cikel said...

Haah..kalo ikot notis awal sampai 24 dec ni..tapi mungkin sebab kecoh and ada kisah si jamal tu :p laju je tnb buat keje..tu yang cepat je dah ada air balik..heheh..tapi saya duduk kat shah alam..kawasan saya tak terlibat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...