Assalamualaikum..
Rindunya nak makan Nasi Dagang Pak Malau. Harini tengok
gambar dengan linangan air mata je la. I bagitau Kaklong, ‘Kak, rindu la Nasi Dagang Pak Malau’. Lepas tu kata Kaklong, ‘Macam tu la haritu aku rindu nak makan
dekat sana’. Ni tengok gambar telan ailio je la. Lag-lagi Ayam Goreng
Berempah dia. Makan tepi sawah bendang, sambil tengok padi menguning. Latar
belakang gunung menghijau lepas tu bunyi angsa dari belakang so distracted coz
that one I cannot handle. Kah kah kah. Dah la membelakangkan Angsa rasa macam
makan tu nak mencangkung je atas kerusi. Kang kalau Angsa keluar dari kandang
lepas tu nak sudu vontot I, memang I bersilat terus atas meja. Haha. I takot la
Angsa. Tak suka sebab ada bad experience masa kecik dulu kena sudu dengan Angsa
Arwah Cik Rahim and Cik Pura. Anyway. Nasi Dagang Pak Malau now memang viral
and menjadi fenomena untuk orang yang datang Langkawi. A must place to go and
try. Kenapa? Sebab sedap, murah, very warm service and makan lebih berselera
sebab surrounding dengan beautiful scenery siap ada rumah tepi bendang, OMG
bestnyaaaaa. Masa hari kitorang datang tu pulak cuaca cukup baik.
Alhamdulillah. Masa tu hari Isnin. Kalau datang Selasa sedih la sebab hujan
renyai dari pagi jejak ke malam. I paling suka moment ni. Taktau la nak
describe macam mana. I pon asal Pahang tapi kampung kita cuma ada kelapa sawit,
mana nak dapat sarap tepi bendang macam ni kan? So bila sesekali dapat chance
macam ni seronok sangat-sangat. Bulan depan nak datang Langkawi lagi dengan
Pertian hope dapat la sarap dekat sini lagi.
Self Service dekat sini. Pilih nak makan Nasi Dagang lauk apa dekat Counter lepas tu order air. Kalau nak makan kuih pon ada macam-macam jenis. Pilih meja nak duduk mana lepas tu later dah siap makan baru bayar. Nampaknya Suraya and Kakak dia sangat gembira disini.
Tu GF I pon orang suruh duduk je nanti orang hantar makanan dia sebok jugak nak pergi depan. Dia cakap nak pilih kuih. Ok la. Rumah ni tak silap I, Pak Malau buat Homestay. Yang tu kena double check dengan Pak Malau. Best kan? Sini pon bersih je. Sejuk!
Ok dah siap ambik makanan boleh makan. Kitorang ambik lauk macam ni. Boleh je. Let say nak individual also boleh. Kitorang ambik semua lauk yang ada. 4 pcs Gulai Ayam, 2 pcs Gulai Ikan, 2 pcs Daging Kerutuk dengan 2 pcs Ayam Goreng Berempah. SEMUA LINCHEN. Ayam Goreng Berempah sangat la sedap! Kuih Mak ambik ketayap dengan Seri Muka (Seri Muka ke tu? Memandai je aku) dengan Onde-onde. 1 teh ais, 3 teh o ais, 1 milo ais semua ni for only RM50.00, murah kan?
Kacik close up sikit Gulai Ikan Tongkol. Tu ada lada tu, pecahkan and makan dengan nasik. Perrrrghhhh!!
Gulai Ayam
Gulai Ayam lagi
Daging Kerutuk. Pon sedap! If korang datang makan ramai-ramai I pesan ambik semua jenis lauk supaya tidak menyesal dikemudian hari.
Kitorang makan betul-betul tepi bendang. Tengok la pemandangan ni. Best kan? Langkawi sangat la cantik! Beruntung orang Langkawi dapat hirup cuaca segar macam ni setiap hari.
Masa ni pulak padi tengah menguning. Lagi la cantik. Dah mintak pada Pak Malau nak ambik sepokok, dia bagi tapi lepas tu sebok berborak dengan Pak Malau langsung lupa.
Ambik gambar tengah Bendang ni ialah idea Naemah Md Yassin. Dia yang beria. Kemain dia, nampak sangat happy. Love you Mak. Anything for you :)
Lepas Mak, kitorang pulak adik beradik masuk bendang. Time ni tak lecak sebab maybe padi dah nak masak. Eh, term dia padi masak ke?
Amboi muka dia tu.
Close up sikit padi yang tengah menguning.
Ni gangster kampung dusun ke apa? Haha. Kata Kaklong, 'Kochippppppp!' masa dia sedar I upload gambar ni masuk IG. Hahaha. Kaklong ni memang kelakar. Dia ada jer menda nak menjawab kalau orang tanya. Spontan pulak tu. Masa flight delay Ahad, Mak tanya Kaklong kenapa. Kaklong jawab. 'Pilot tu terlajak tido lepas tu dia mintak ganti kawan dia. Kawan dia pon dah kelam kabut baju semua tak iron lagi tu lambat'. Mak pon redha je percaya. Hahaha.
Ini la dia owner Nasi Dagang Pak Malau. Pak Malau himself.
Sempat la berborak dengan Pak Malau. Dia ni orang Banjar. Dengar cerita isteri dia orang Terengganu, tu yang dia buat Nasi Dagang ni. Dari owner tempat yang kitorang stay tu, (Tanabendang), Pak Malau ni asalnya datang Langkawi untuk LIMA tapi lepas tu dia dah stuck dekat sini sebab jatuh cinta dengan Langkawi so terus la pindah sini (dia dari KL). Betul ke tak, wallahuahlam. I pon takde tanya dia.
If Pak Malau and team kekalkan keramahan dengan
pengunjung, kekalkan kebersihan area ni I sangat yakin, more to come after this
and satu Malaysia akan datang sini untuk cuba Nasi Dagang Pak Malau. Sebab
banyak sangat tempat yang dah terkenal, tetiba tauke dah sombong. Pekerja pon
muka tak boleh nak senyum so orang pon lama-lama rasa serik nak datang. Nanti
mula la doakan bukan-bukan. But I tengok Pak Malau is nothing like that. Dia
jadi macam resmi padi, makin berisi makin menunduk. Yang tu susah sikit orang
nak buat kadang-kadang. Keep it up Pak Malau and team.
If korang nak datang sarapan dekat sini, I suggest datang awal pagi sebab kalau lambat nanti habes pulak lauk. Dari Kedawang (tempat I stay) tak la jauh sangat untuk sampai kesini. Let say korang tak tau, boleh Waze je. Confirm akan jumpa. If datang by group, I suggest buat la reservation. I have Pak Malau punya mobile tapi tak berani pulak nak main share dalam blog nanti korang semua ngorat dia pulak. Tapi dalam internet ada provide handphone number. Yang tu korang boleh try la contact.
If korang nak datang sarapan dekat sini, I suggest datang awal pagi sebab kalau lambat nanti habes pulak lauk. Dari Kedawang (tempat I stay) tak la jauh sangat untuk sampai kesini. Let say korang tak tau, boleh Waze je. Confirm akan jumpa. If datang by group, I suggest buat la reservation. I have Pak Malau punya mobile tapi tak berani pulak nak main share dalam blog nanti korang semua ngorat dia pulak. Tapi dalam internet ada provide handphone number. Yang tu korang boleh try la contact.
I tengok Pak Malau ni bukan sebarangan orang. Cuma
dia punya imej tu kasik nampak simetri la dengan konsep kedai ni so dia pon
chill la pakai seluar senteng, kopiah semua. Pak Malau ni is a very warm
person. Baik. Untuk info lanjut, korang boleh check out Facebook and Instagram
Nasi Dagang Pak Malau. Nak tengok orang lain punya review boleh tengok
#nasidagangpakmalau di Instagram or IG. Operation hours, bila bukak bila tutup
semua I taktau. Hahaha. Yang tu pepandai la korang carik sendiri. Jangan nak
manja sangat. Ok? Ni alamat dia.
NASI DAGANG PAK MALAU
Jalan Makam Mahsuri,
Kampung Mawar,
07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Bukan setiap hari
kecuali Isnin dari 8.00am – 2.00pm
-eNd-
6 comments:
So flattering warkah Suraya. Pak Malau born n raised in KL.Lepas.retire migrate ke Langkawi. The greens, the blues and all sorts of, anything Langkawi.
Pak Malau : I love langkawi too! kalau boleh nak selalu datang sini tapi tu la. Takot nak naik kapalterbang. hehe. Operation day and close day bila? dalam internet kata close on Monday tapi I datang Monday bukak je?
suka makan nasi dagang...hehhe
Mondays sememang off day. Tapi, hari yg Suraya mai Buka sempena cuti skola. Kalau takut naik flight, dah naik pejam Mata...
tgk rupa kuah tu pun dah tahu memang sedap . Mmg best wo makan nasik dagang kuah banjir pastu kenyek cili tu ....suap ....slurpppppp hisap hisap kuah dulu baru kunyah nasik ...............weyyyyyyyyyy terliur wey
Nasik dagang mmg fav aku
Nanti kalau g langkawi kena masuk dlm list tempat utk pergi ni
I dah 2 tahun dok kat laangkawi tp tak pernah lagi makan kat pakmalau..should go asap.thanx 4 ur review 😃
Post a Comment