Assalamualaikum…
Tadi pagi Si Imaan masukkan gambar ni dalam IG dia.
Dia cakap, ‘Make up look ni kita buat simple je untuk Kak @anneariff (tengah) dan
@lindaus for Kak @surayasulatin (kanan), dia simple and tak heavy sangat sebab
kite taknak ubah rupa dorang jadik Zizie Ezette ke, Siti Nohaliza ke… Kita
enhance je kecantikan yang ada… Gitchewwww’. Lepas tu I komen macam ni,
‘Maksudnya
kita memang dah natural beauty ke acane ni?’ Lepas tu Iman tak nak
jawab weh! Dia taknak admit kita cantik lepas tu dia kona and cakap, ‘Oi
meeting! Meeting!’ PUNDEK! Hahahaha. Korang pon kalau dah baca blog I ni lama, mesti dah paham sangat perangai I ni. Dah memang I cakap I
Siti Nurhaliza je. Lantak la kalau orang nak cakap apa sebab sah-sah la I
gurau. Saja bagi rasa close dengan readers and macam kawan-kawan je semua. Ada
la duluuuuu sorang ni pernah cakap, ‘Dia tu cakap macam tu, macam perasan cantik
pulak’. Tu pon ada orang menyampaikan. Jenis taknak follow kita dekat
IG, FB unfriend lepas tu stalk Blog. Lepas tu apa kita gurau perasan cantik
dengan readers beria nak ambik pot. Sampai argue ‘Perlu ke nak update setiap kali
makan dekat luar dalam blog? Bangga sangat ke makan restoran hebat’ EH KO
DAH KENAPA?? Dah la cakap kita perasan cantik lepas tu nak dengki kita makan
sedap-sedap. Tak suka takyah la bacaaaaaa. Pergi la baca blog orang lain pon.
Hek enen. Jiwa tak bersih macam tu ler. Ada je tak puas hati.
Kita jangan cepat judge orang. Tak baik macam tu.
Macam I ni, konsep dia TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Kekadang bila moody, jalan
menonong je. Muka pon payah nak senyum. Jawab henpon pon, ‘Hello!’ Macam tu. Haha. Tapi bila dah kenal, I ni ok je. Tak
sombong pon. Muka je kekadang susah nak senyum sebab a)lapar b)panas. Haha. Ada
jugak readers yang deal beli Transbella ke, ANNESURAYA SKINCARE ke and House Of
Corset cakap tak sangka Kaksu sama macam dalam blog. Nak je layan soalan bodoh,
layan borak. Lepas tu I tanya, kalau tak macam mana nak layan readers? Katanya
ada la ‘Acah acah Celebrity Blogger’ ni yang dalam blog nampak mesra macam Bob
mesraaaaaaa AF tapi bila whatsapp nak beli apa, tak maunya dilayan. Strict je
walaupon dah bagitau dia readers. Eh, kenapa nak macam tu sebab kita kena sedar
banyak menda. Antaranyanya ialah.. (siap buat point yang tak tahan tu)
- Kita ni Blogger je ye? Follower kita 40k dalam IG tak menjadikkan kita Celebrity so buat apa nak sombong?
- Tanpa readers yang menaikkan statistic blog, yang support business ni maka kita takkan berada di tempat kita sekarang
- BLOGGER BUKAN CELEBRITY
- Persoalannya kenapa nak kena sombong? Haha.
I sangat appreciate I punya readers. Seriously.
Bila ada yang tegur tu rasa macam besar hati. Yerla kan, dorang bukan tau
sikit-sikit punya. Tau GF, Kaklong, De, Intan semua. Shein pon tau… Kawan-kawan
I pon dorang kenal and kekadang I pon lupa dah apa I share dalam blog tapi
dorang tau detail. Ada jugak readers ni cakap, Datang KLCC memang berdoa nak
jumpa Kaksu. Malam tu sampai mimpi-mimpi. Tapi bila dah jumpa depan mata Kaksu
sorang tengah makan cake dekat Bisou tapi boleh keras tak tegur. Padahal nak
sangat-sangat jumpa. Ada sorang ni dari mana entah, sanggup datang GE Mall
kot-kot la terjumpa Kaksu. Puas pusing satu bangunan tapi Kaksu takde. Yang
sorang ni pulak cakap terjumpa dekat Setia City Mall. Nak tegur segan. Lepas tu
minggu depannya datang lagi sana, ingatkan dapat jumpa tapi Kaksu dah takde.
Hahaha. Kekadang ni jugak ada yang jumpa tapi malu nak tegur. Dah jauh baru
komen, ‘Nampak dekat KLCC, nampak tengah
makan, nampak dekat Traffic Light’ and macam-macam lagi la. Komen dekat IG
tak pon komen dekat blog entry. Bila tanya kenapa taknak tegur, cakap
segaaaaaaaaan.
Ni
contoh dia la. Kang ada pulak yang menyampah ni. Hahaha. Eh apa tu Metro? Gadis Metro? Wargghahahahahhahah.
Ni
contoh lagi satu. Harap jangan ada menyampah. Kasik chance la please.
Sapa yang jumpa tu, tegur je la eh? Jangan la
segan-segan. I tak sombong. Kata la korang pernah ada experience jumpa blogger
yang taknak layan perasan Diva, jangan la anggap kita pon sama dengan mereka.
Ok? I pon actually kawan Blogger takde ramai pon yang kenal close. Ada la 2 3
orang macam Mimy Hamid, Moon, Ayu Idris, Numi, Dayu, Illy, Safiyyah Osman,
Syahira Zakaria etc. Ada yang kenal sebab sama-sama sign Bloggerati Program
(tapi ada je yang kita follow dia dekat IG, dia takde der nak follow balik. Tak
sama kasta kot? Kah kah kah). Yang lebih popular dikatanya kita ni menempel,
yang baru nak cipta nama segan pulak dengan I ni yang kengkonon Blogger Otai. Mana
yang ikhlas, mana yang tak, mana yang depan baik belakang kutuk semua I tau.
Mana yang insecure tak tentu hala pon I dapat rasa tapi I just couldn’t careless
sebab bagi I hidup I yang sebenar, family, close friend and business is much
more important. Mana negative vibes yang boleh buat I down, I tolak tepi
jauh-jauh. Tak payah ambik tau at all. Senang. Sesiapa takde berhutang dengan
sesiapa. Jangan nak perasan cakap blog I naik sebab blog dia. Itu kelakar.
Statement busuk hati tu memang selalu sampai dekat I tapi malas nak layan.
Lantak ko la kat situ mereput.
Ni sebenarnya apa motif entry ni? Padahal tadi I
nak cakap pasal MAKE UP WORKSHOP Sabtu ni tapi habes termelalut sampai kesini
dah kenapa? Hahaha. Anyway, I nak offer pada sesiapa yang berminat, boleh join
lagi. Haritu target nak ambik 20 orang je sebab MUA Diva cakap kalau ramai
nanti tak boleh nak concentrate sebab WORKSHOP ni is Demo and Practical tapi
bila dah dapat sambutan and dapat a few sponsor tetiba naik pulak semangat. (Padahal
dalam poster kemain cakap nak 40 orang hahaha taknak kalah). If korang rasa
RM200.00 tu mahal or takde budget or tak gaji lagi ke apa it’s OK. I OFFER FOR RM100/pack for 10 SEATS
SAHAJA. Takde beza. Apa orang bayar RM200.00 korang akan dapat Cuma goodies
bag dia punya isi kandungan tak la meletop macam yang bayar RM200.00. Yang lain
sama! Ok?
Sapa nak WhatsApp sis sekarang. 0129184042. Sis
tunggu. 10 seat sahaja eh? Guna Sis sis macam penjual online pulak. I segan
sikit. Ok dear, tenkiu sayang, ok darling sis jual. Macam meremang. Hahahahah.
Nanti I dengan Anny pon akan berada di sana. Kita
buat class fun and relax-relax je. kita buat games, demo and macam-macam lagi.
Kita gunakan masa yang ada tu sehabes baik. Nanti boleh la beramas mesra dengan
I dekat sana. Wei, RM100.00 murah la wei. Dapat belajar mekap, makan, tempat
aircond, jumpa pulak dengan Siti Nurhaliza. Taknak ke? Taknak takpe. Jangan menyesal.
-eNd-
3 comments:
tapi tak boleh dinafikan lagi kak su memang cantik pun . hehehe
tu lah selalu jugak lalu avenue k/klcc takde pulak kita terserempak kan
mmg adalah manusia camtu...
ada ofismate ni nak kawin buat majlis kat hotel pun ada colleague yg kecoh. Macamlah bakal perantin tu mintak dia duit belanja.
Ni yg i x dpt nak join ari tu..jeles laaaaa... Sapa kata siti norhaliza sombong...meh i panggggg dia
Post a Comment