Friday, January 20, 2017

#TheJourneyPerthian - Mangrove

Assalamualaikum..

Balik semula kepada entry #theJourneyPerthian. Hari ni mintak maaf takde gambar Rish sebab dia tak join Mangrove ni. Beria la aku promote masa makan dekat Dee Thai tu sekali tak dapat sambutan. Siot je. Hahaha. Tapi I berjaya la hasut Farah and family. Naseb baik la anak-anak dia jenis Shein jugak. Adventurous. So memang sesuai la buat dorang. Sebab nanti ada fish feeding dekat Farm Fish and boleh masuk Gua Kelawar. Dee pon tetiba masuk dalam ini cerita. Asalnya dia nak ikut breakfast je dekat Nasi Dagang Pak Malau. tapi lepas I explain yang Mangrove ni tak involve pon basah and mandi pantai then only dia nak ikut. Yang lain taknak sebab takot monyet, taknak basah (orang dah cakap tak basah taknak percaya), ada budak kecik takot susah handle, tak boleh bangun, malas, mabok laut dan sebagainya. Si Kale cita-cita tinggi la nak ikut tapi kalau dah tido pon pukul 4.30am macam mana nak bangun pukul 8.00am? Macam Farah anak-anak dia memang jenis disiplin and morning person. Shein tak berapa morning person tapi boleh lagi la tolerate. Tu pon ngamok dalam van sebab nak bawak pencedok pasir Abah dia tak kasik. Naseb baik la Si Farah handle. Dia sapu guna essential oil jenis apa entah. Nanti I tanya balik pada Farah. Farah ni sekarang tengah further study untuk handle special kids. Dia dengan Mama Apis (Mak Mertua dia) memang boleh bagi treatment dekat Autistic Kids termasuk yang severe, speech delay, dyslexia etc. Murah pulak tu charge. Nanti I share bebila pasal Farah and special kids ni ok? I pon pelik macam mana perempuan giler yang garang ni boleh berjaya handle Shein punya tantrum and boleh suka Kids. Hahaha. Meanwhile kita layan dulu gambar Mangrove ni ok? 


We start late sebab ambik banyak masa dekat Nasi Dagang Pak Malau. Baca entry tu dekat sini.


This time I tak ambik any package dekat Pantai Cenang sebab dah ada kenal guy yang sewa boat untuk Private Mangrove ni. Usually kalau Private Mangrove ni harga up to RM280.00/boat yang boleh muat 10 orang. Tapi sebab I direct dengan Pak Long so dia bagi I RM200.00 je. Tu pon sebenarnya kalau nak mintak murah lagi confirm dapat tu kalau goyang tetep lebih hahahahha. Korang kalau datang Langkawi nak buat Mangrove, contact direct Paklong ni ok? Last time masa trip Girlfriend la I jumpa dia. Boleh baca entry tu dekat siniNo Paklong is 017-5878606. Korang call la direct je. Bagitau korang readers I so boleh dapat harga murah. Ok? Kata la sesapa happen to Google pasal Mangrove Murah and jumpa blog ni pooooooooon ambik je la no Paklong. I tak kisah.


Eeee budak demok ni. Geram je. Dia ni nampak je laut terus nak bukak je baju. Ewah. Siap cakap, 'Mama shower?' Hek ko! If korang bawak kids, pakaikan kasut ok? Sebab nak masuk dalam Gua Kelawar and dekat Fish Farm nanti. Pakai sandal nanti tercabut. Susah.


Masuk-masuk je terus dia pergi dekat tempat driver. Nak bawak boat. Ko bawak je Shein, mama terjun laut.


Berkepit je la Si Shein dengan Anyaa ni. Best friend sangat. Anya selalu je tanya Abang Shein lepas balik KL. Anya pon banyak tolerate dengan Shein, nak share toys semua tapi Shein kisah pulak dia? Sampai mood kedekut dia tu rasa nak lempang je.  Yang baju merah dekat belakang tu is kitorang punya driver boat merangkap tourist guide tapi dia pendiam la. I yang banyak cakap. Baik aku je yang jadik Tourist Guide. Haha.


Ok. Time to gerak.

Kitorang start a bit late. Dalam pukul 10.45am macam tu so kekadang ada la panas. Sakit jugak mata nak focus sebab panas kan? Shades pulak lupa nak bawak. Masa pergi dengan Mak last time hujan renyai-renyai. So sejuk. Ni pulak panas sikit. Panas komplen, sejuk pon komplen. Ko ni kan? Hahaha. I suggest if korang nak buat Mangrove ni start dalam pukul 10.00am paaaaaaaaaling lewat and Fish Farm tu korang buat yang first, sebab kalau buat last nanti jadik sangat panas. Susunan kitorang kali ni is memula Eagle Watching, masuk Mangrove (tengok hutan bakau),Gua Kelawar, Cave Tour (dari dalam boat je), Fish Farm and last sekali tengok Kilim Geoforest Park. Lain-lain la setiap Mangrove dia punya susunan. Tapi I suggest if korang pergi lepas ni make sure Fish Farm dulu baru buat yang lain. Ok?


Sazli ada dua anak la. Anya and Shein.


Kata Farah, ni geng Kerenteng. Hahaha. Sebab semua rambut kerenteng.


 Kitorang stop dekat dengan Monyet ni. Nampak dia berenang dalam laut dan beliau masuk boat mintak makanan. Jangan risau sebab Monyet dekat sini tak aggressive. Jangan korang kasar dah la. Si Anya dia ada bawak makanan, lepas tu dia sorok dalam bag I takot Monyet makan and sorok forever sebab lepas tu dah lupa ada roti dalam bag . Shein sukaaaaaaa sangat. Masa dah nak gerak siap cakap, 'Bye bye Monkey'. Masa monyet tu nak naik boat pon kemain peramah cakap, 'come come'. 


Next kita pergi Eagle Watching. Rezeki la datang this time dapat tengok banyak helang. Masa dengan Mak haritu hujan, Helang malas nak main hujan.


Si Dee suka betul tengok Eagle. Eagle ni dia makan kulit ayam. So umpan dengan kulit ayam. Ada banyak jenis Eagle ni. Yang kaler putih besar la dari yang warna lain.


Dari Eagle watching kita masuk hutan bakau. Nampak la monyet kiri kanan. Seronok Shein. This time tak lama sangat masuk hutan ni sebab boat tak banyak. Sungai dia sempit so if selisih take time sikit la tapi sebab boat tak banyak so tak lama dekat sini. Ko dah kenapa muka macam tu Sendong?


Next kita masuk Gua Kelawar or Bat Cave cakap omputih. Selain dari kelawar, dekat sini also ada banyak Monyet dan juga manusia. Hahah. Ni lawak ke tak ni caption ni?


Ok go Shein. You lead the team!


Shein, peace!


Tengok la bebudak ni. Lampu suluh sorang satu. Orang suruh suluh kelawar dorang suruh muka orang. Sabar ajer la.


Nampak ke nak baca pasal Stalaktit ni?


Kesahnya Kon jantan dia bentuk macam tu eh? Pandai dia kan? Hahahaha.


Nah baca, bagi tambah pengetahuan.


Next kita ke Fish Farm. I nampak je Abang ni, terus mintak dia yang jadik Tour Guide. Memula dia tak ingat I (sampai hati) lepas tu baru la dia ingat. Ni ikan Buntal. Last time dia kasik pegang, this time tak kasik pulak. Tak tetap pendirian la dia ni. Haha.


Shein ni, dia bukan sebok apa. Sebok nak bagi ikan makan. By the time Abang ni kasik talk pasal ikan, tetiba ikan kecik makanan ikan besar dalam bekas tu dah gone. I rasa kalau Shein jadik penjaga Ikan, Ikan semua mati la sebab terlalu kenyang. Bukan ikan je dia campak, dengan bekas-bekas ikan tu dia nak campak. Ewah? Tu nampak la Shein nak mengecek dekat Abang tu ikan. Haha. Jangan layan Bang!


Mana ikan yang boleh pegang, semua Shein nak pegang. Berani dia ni.


Tengok mana tangan Shein? Dia suap Ikan Pari ni. Nama Ikan ni John Johny Jonathan. Tak. Sebenarnya Johny je. Haha.



Tengok la Si Shein ni. Berani sungguh dia bagi Ikan Pari ni makan. Kalau I memang tak la. Kata Abang ni, Pari takde gigi. Dia cuma ada gusi je yang kuat so jangan risau. Tangan takkan putus. Sesuka hati je explain macam tu. Haha.


I want more fish Abah!


Sayangnya time Fish Feeding ni la si Anya tertido. Tak dapat la dia tengok ikan-ikan ni semua.


Next, kita terus masuk laut balik and tengok pemandangan gua-gua bentuk kasut, muka gorilla and many more. Ni kalau tolak Dee ni bagus. Haha.


Memula si Anya nak ambik gambar sorang lepas tu dia ajak Mama Papa dia sekali. Bagus Anya ni.


Gonna miss you laut!

Selesai Mangrove dalam masa 2 jam macam tu and lepas tu terus pergi makan dekat Mak Ngah Gulai Panas. just nice je habes tour lepas tu lapar. Hehe. Semua happy. Dee pon cakap naseb baik dia ikut Mangrove Tour ni sebab memang fun. Kepada yang taknak ikut haritu I ucapkan padan muka. Haha. I memang sangat rekemen korang yang ada anak kecik bawak la dorang rasa semua activity ni. Tak basah pon and tak renyah. Tapi kalau nak bebudak suka, better yang dah pandai jalan la. So senang jalan-jalan terjun laut terus. Hahaha. Tapi ingat, kena start awal so that tak panas. Ok? Shein cuba-cuba jugak nak mintak mandi laut tapi I buat dek je. Sebelum balik, macam biasa beli la dulu frame yang ada gambar kita buat kenangan. Kali ni RM10.00 je. Last time RM20.00 kalau tak silap. I agak sebab haritu I pakai baju askar, so dia kasik mahal kot? (Takde kena mengena hahaha). Now I miss Langkawi so very much!  Till we meet again ye Kilim Geoforest Park :)

-eNd-

2 comments:

Bawangputehdotcom said...

lin bawa harith masa umur 3 bulan g mangrove ni..hahahaha...dapat plak driver boat macam mat rempit...pucat je muka...

Amanda Suria said...

Ok masuk wishlist mangrove and feed fish...kena plan betul2 sebab anak dara i tu cepat bosan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...