Wednesday, January 18, 2017

#THEJOURNEYPERTHIAN - NASI DAGANG PAK MALAU

Assalamualaikum..

Masa 3rd Day dekat Langkawi baru la dapat makan dekat Nasi Dagang Pak Malau. I naaaaak jugak datang sini and drag Sazli, Farah sekeluarga and Dee to join sebelum gerak buat Mangrove. Actually baru 3 minggu lepas makan dekat sini dengan Mak, De and Ain now dah rindu nak ke sana lagi. Kata Kaklong, dia pon selalu rindu nak makan dekat Nasi Dagang Pak Malau. Korang boleh baca entry tu dekat sini. Masa kitorang pergi last time tu padi memamg tengah tunggu masa je nak harvest. Ingatkan sempat la datang sini sebelum harvest, boleh bagi Shein and Sazli tengok padi tapi tak sempat (walaupon Sazli takde la kisah sangat sebab kampung Tok dekat Kedah pon ada sawah padi tapi biarlaaaaa haha). Kata Pak Malau, padi dah harvest 4 days ago (hari Rabu) tapi still cantik jugak dekat sini walaupon takde padi dah. Sebab ada gunung ganang…. Ada arnab, ada angsa, ada rumah kampung and boleh makan tepi bendang. Best la. Mana nak dapat macam ni dekat KL? I suka. Tenang je rasa. Kat sini sebenarnya makan jadik lebih sedap sebab suasana yang segar. Tapi if nak datang makan tepi bendang, datang la before 9am sebab kalau tak nanti panas pulak. Actually tak panas sangat tapi silau sikit la. Datang this time tak dapat nak borak-borak dengan Pak Malau sebab dia busy la layan peminat dia sambil ambik order. Dia kan dah dikira as a celebrity dekat sini?



Padi dah takde! Tapi still cantik kan? Farah and Dee happy sangat dapat makan dekat sini. Sanggup je memasing berpanas ambik gambar. Takper la, buat kenangan kan? Bukan senang nak sampai ke Langkawi. Ni pon lepas ni entah bila la lagi dapat datang L



Macam biasa, I suka makan hidang if ramai-ramai macam ni. Boleh pilih lauk mana yang nak ambik. Kebetulan masa baru sampai, dorang baru siap goreng Ayam Goreng Berempah so terus I ambik 5 ketul. Kalau datang sini korang wajib ambik Ayam Goreng Berempah ni ok? Sedap! Lauk lain I ambik Gulai Ayam Kampung -1, Kerutuk Daging - 2, Gulai Ikan -2 dengan Gulai Ayam -1. Nasik 7 pinggan, air 6 jenis total is RM96.00 je. Murah kan? If korang nak makan tak berhidang pon takpe. I suka macam ni sebab dapat rasa macam-macam jenis lauk (tamak). Hahahaha. Aman la makan kali ni sebab the kids semua sebok bagi Arnab makan. Memula tengok Angsa lepas tu tau-tau dah ada dekat bawah rumah bagi Arnab makan. Pak Malau ada sediakan carrots. Shein kalau Arnab tu taknak makan dia tonyoh-tonyoh je. Si Aqli siap sekeh kepala Arnah sebab tak puas hati Arnab tu taknak makan sawi yang dia bagi. Hahaha. Nasib kau la Arnab.


Ayam Goreng Berempah


Gulai Ayam Kampung


Kerutuk Daging


Gulai Ikan Tongkol


Gulai Ayam


Hi Aqli, tak sabar nak makan nampak?


Shein and Abah tengah bincang masalah negara


Mama, plane! Go go go. Dia ingat nak naik kapalterbang boleh loncat dari bawah ke atas apa? T___T


Anak beranak pakai corak askar


Kata Kaklong, Angsa tak boleh melompat so jangan takot. Dia tak boleh nak kejar if ada pagar. Nenenene.


Masa ni dalam 9.00am, so dah ada silau sikit-sikit.


All lauk is ready, let's dig in!


Bukan senang nak dapat chance makan berlatar belakang bukit dan bendang, kan?


Hi Farah. Sedap tak makan kat sini? Farah ni asal call I je nak tanya mana nak makan sedap. Hal lain takde. Haha.


Dee tetiba ter drag ikut buat Mangrove. Dah cakap dah Mangrove tak involve basah-basah mandi laut. Dia ingat kena masuk laut lepas tu basah-basah.


Cantiknya gambar Sazli yang I snap ni. Haha.


Langkawi buat I gain weight 2 kg. Thank you for that.


Shein busy la dengan Arnab.


Dee cakap masa dia kecik ada experience kena kejar dengan Angsa. Tu dia takot nak duduk dekat. Haha. 


Dee with Pak Malau House background.


Krrrr krrrrr. Eh tu panggil ayam!


Best kan? Ada tempayan siap tepi tangga.

Si Farah happy sangat sebab ni first time dia sampai ke Langkawi. OMG kesian giler! Hahahaha. Teruk kena bahan. Si Farah ikut je apa yang I suggest and nak pergi mana sebab Shein pon suka main dengan Anya. Shein panggil Anya ‘Baby’ and Anya panggil Shein, ‘Abang Shein’. Bebudak ni kalau dia main ada kawan takde la huru-hara sangat. Macam Shein, kena keep dia busy. Biar dia busy dari dia bosan. Kalau dia bosa mula la buat perangai Sultan Melaka. Geraaaam!!


Esoknya sebelum balik, one more group datang breakfast dekat sana. Sadesh and Nimi, Acap, Shima and Dhia, Kidd and Hani, Asma and Go. Lepas tu Syikin and Family pon pergi sana tapi takde pulak gambar. I mintak gambar Syikin lepas tu memasing send gambar kain dia yang dia sidai kat pokok depan chalet. Bongok la bebudak ni. Hahahah. Dorang panggil Syikin Mak Malau. I pon taktau kenapa. Kepada Pak Malau, tenkiu sebab selalu bagi I harga murah-murah je each time makan dekat sana. Ni entah bila la lagi dapat ke Langkawi. Rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! #teamtakbolehmoveon


Ni plate siapa ni?


Nimmy and Sadesh


Go mata tu boleh bukak ke tak?


Rindunya nak makan Nasi Dagang Pak Malau



Sadesh try jugak Nasi Lemak Daun Pisang


Group Van 2 with Pak Malau


Till we meet again Pak Malau

Kata Sadesh tadi masa kitorang lunch dekat Little Penang KLCC, the best foods at Langkawi is definitely Nasi Dagang Pak Malau. Dia dengan Nimi memang enjoy makan lepas tu bising sebab gain weight. Hahaha. Trip Langkawi ni actually yang paling tak guna ialah Kale, Farid dengan Azrul. Geng-geng bujang ni lebih rela berlapar tak makan. Nama nak bangun pagi jangan haraaaaaaaaaaaaaaap. Orang enjoy makan Nasi Dagang Pak Malau, dorang makan dalam mimpi. Hahaha. Konon Kale malam tu tanya boleh ke kalau nak join Mangrove? Mangrove hek dia la kalau pukul 4.30am pon masih stay up lepas tu pagi sah-sah tak boleh bangun. Kata Saz, puak-puak ni kalau tido jenis letupkan pintu pon belum tentu jaga. Macam Go la. Dia mana-mana pon boleh tido. Asal ada chance je tido. Pakkal la ada Asma yang jadik alarm clock kalau tak sama naik la dengan bebudak bujang tu.

Anywa, thank you Pak Malau sebab semua kawan-kawan I happy breakfast at your place. InsyaAllah ada umur, ada rezeki kita jumpa lagi.


-eNd-

1 comment:

Linda said...

Seronoknyaaa...lauk sedap, pemandangan luas mata memandang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...