Tuesday, January 10, 2017

Mama, Shein and Abah

Assalamualaikum…

Entry ni bertujuan untuk share gambar yang Abang Madee ambik masa Shein punya birthday dekat school last time. Ada banyak lagi gambar lain yang best tapi kali ni gambar Shein dengan Mama and Abah la dulu eh? Besar dah anak Mama. Dah 4 years old. Lagi 20 tahun dah nak kena kawen ke acane ni Shein? But now baru 4 years old tak payah nak fikir pasal kawen lagi eh? Haha. Sapa suruh lahir hujung tahun? Lepas sebulan tetiba 5 years old dah. Kata Shariffah Shein dah kena start potty train masuk term ni. Memang I tak pernah pon I start at home. Seram jugak sebab Shein jenis dah kencing and berak baru bagitau. Kalau berak tu kekadang angin meroyan sampai, basuh pon tak nak. Yang I perasan Shein kalau berak memerlukan ruang yang sempit dan ketenangan. Tengah main tau-tau kang hilang je dia celah ampai. Mencangkung and muka meneran. Bila pandang dia marah. Tak pon dia lari carik port lain pulak. Kalau ada mood, terus tarik tangan Mama ajak shower terus. Hahahaha. But most of the time, lepas berak mood tak berapa happy sangat. Hahaha. Shein memang lawak. Takper la, dah 4 years Old memang kena start potty train dah. I tau ada budak yang lebih awal Free Diapers. Macam Amsyar anak buah I, 3 tahun lebih sikit dah tak pakai diapers dah. Malam pon takde kencing atas tilam. Senang nak handle. Tapi ni dengar cerita dah 2 hari dekat sekolah kencing dalam seluar sebab takot nak bagitau cikgu dia tak tahan nak kencing. Hahaha.


Shein, look at the camera!



Today Abah merajuk dengan Shein sebab Shein dah buat Abah upset. Dah 2 hari dia moody and cranky nak pergi school. Taknak shower, taknak pakai baju, taknak jalan. So Abah merajuk. 




To Abah : Jangan la tak kawan Shein lama-lama sangat eh? :)

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...