Wednesday, January 11, 2017

LANGKAWI GIRLS TRIP : MANGROVE

Assalamualaikum..

Harini sambung entry pasal Langkawi Girls Trip. Esok padahal nak pergi Langkawi semula dengan bebudak Perth, blakang entry Langkawi 2 minggu lepas tak habes pon share lagi. Hahaha. Esok dah satu hal pulak nak kena naik flight lagi. This time pergi balik kita naik Malindo Air. Woo hoooo!! Kapalterbang kipas kecik woi! Ni mesti jenis langgar awan takde belas kasihan dia punya gegar. Kata Marsha, 'Takde lah seram mana Maksu. Macam naik Roller Coaster je'. Matila. I hate travel by plane. Kaaalau la ada option lain memang tobat la I taknak naik kapatebang. Ok berbalik pada cerita asal pasal Mangrove dekat Langkawi ni, actually korang ada 2 option. Boleh ambik Group Package and boleh ambik yang Private. Beza dia ialah time and harga je la. If package tu harga lebih kurang sama je dalam RM88-RM120.00/person depends pada company mana yang offer. Sama je macam Private Mangrove semua activity dia accept for Private takde provide lunch and takde mandi dekat laut. Yang lain sama. Untuk Private kita guna 1 boat untuk kita sahaja tak payah campur orang lain. RM280.00 untuk satu boat boleh muat dalam 8 orang. Kitorang ambik Private sebab kalau group terlalu lama. Pick up time 9.00am and habes tour dalam 3.00pm approx dalam 4.-5 hours. Dia ambik and hantar dekat mana kita stay but untuk Private, activity start at 10.00am and habes pukul 12.00pm tapi kena pergi Jetty sendiri. So ikut suka la korang nak yang mana, ok?


Kemain Siti Nurhaliza siap pakai topi macam nak lawan Rozita Che Wan. Haha. I pakai topi ni sebab hujan renyai pagi ni. Mana boleh kena hujan nanti I pening kepala. Kitorang start dari Tanjung Rhu Jetty. Ada banyak point untuk start Mangrove ni. Korang boleh check dekat Travel Company which package yang nkorang nak and which Jetty korang nak start.


Since Kaklong dah ada experience dengan Mangrove and Island Hopping activity ni, I serahkan pada Kaklong je untuk decide. I suggest, if korang small group baiklah ambik Private je. Penat kot nak ambik package sebab macam terlalu lama. Dah la pantai ni kekadang panas. Lepas tu letih nak menunggu sebab usually one group boleh sampai 20 orang satu boat. Selain dari Mangrove korang boleh buat Island Hopping jugak tapi yang tu involve hiking sikit-sikit. Korang akan pergi Tasik Dayang Bunting, tengok Helang dari jarak dekat and mandi dekat Pulau Beras Basah. Kata Kaklong memang panas sangat. Kesian dekat Mak (Padahal I saspek dia yang tak larat haha).

Untuk Mangrove package ni aktiviti dia ialah trip to Langkawi Secret Garden. Awwww sama pulak dengan nama blog I. Masuk Gua Kelawar, Gua Buaya, bagi ikan makan dekat Fish Farm, tengok helang dari jarak dekat and dari laut menyusur masuk ke kawasan muara hutan bakau. Mangrove = Bakau. Sebab tu nama package ni Mangrove. Paham? Semua ni kitorang buat dalam masa 2 jam. If ikut group approx dalam 4 jam sebab ada activity mandi dekat pantai and lunch dekat tempat Fish Farm tadi tu. Jom tengok gambar yang I sempat ambik dari handphone. Ain ada ambik dari camera DSLR dia tapi dia taknak bagi I. kata dia banyak gambar berharga. I tau dah. Gambar berharga tu memang gambar muka I buruk-buruk kena tiup angin masa dalam boat. 


Ni dekat Tanjung Rhu Jetty. Tu tengok Ain dekat belakang sebok ambik gambar. Mana gambarnya? Yang lelaki tu nama dia PakLong. Owner boat kitorang ni. Tengah nak flirt dengan Mak ke apa tu? Kata Paklong, nak ngorat anak kena la ngorat Mak dulu. Amboi.


Ni boat kitorang. Kecik je.


Pak Long tak ikut. Dia tolong arrange je. Sebok pesan, 'Nanti jangan lupa Whatsapp'. Hahaha ko dah kenape? Abang yang bawak kitorang tu pon ok. Nanti dia la yang jadik Tour Guide explain dekat kitorang semua apa dia yang kitorang tengah lalu and tengok along the way.


Dekat Jetty ni pon ada orang ambik gambar. Standby la duit untuk beli gambar eh? Each tempat mesti ada. Masa nak naik boat ada orang amek gambar, lepas tu time dah habes kata Kaklong kita ikut tepi, jangan ikut Jetty. Lepas tu Kaklong ketawa, 'Ahahahahha tak dapat jual gambar'. Tetiba masa dekat hujung zaaaappp keluar orang bawak piring ada gambar kitorang. Kah kah kah. Tak dapat jugak nak lari.

Ok. Naik je boat, dia akan bawak kita ke Langkawi Secret Garden which is dekat sini korang akan tengok gua-gua and bukit batu kapur yang ada bentuk macam-macam. Muka orang pon ada. Kena tengok betul-betul dengan jarak yang tertentu. Cantik sangat-sangat! I sukaaaaa. Sejuk je kena angin. Time ni rambut and tudung dah huru-hara dah. Takyah la nak beria menten cantik. Nak pulak time kitorang punya trip ni hujan renyai-renyai. Punyalah sejuk. I dengan Ain dekat depan, Mak dengan Kaklong dekat belakang. Best la dorang sebab angin kitorang filter.


Boat tak jalan lagi so boleh la nak lawa-lawa.


Cuba korang tengok Kilim Geoforest Park ni. Nampak macam bentuk penyu kan?


Perjalanan dalam 15 minutes melalui Kilim Geoforest Park (Langkawi Secret Garden) menuju ke Gua Kelawar


Banyak jugak bertembung dengan boat-boat lain. Dekat laut bertembung takde la apa sangat seram dia tapi dekat area Hutan Bakau tu memang agak mencabar la sebab jalan pon sempit. Kekadang berlaga-laga sampai tapi Abang Boat ni relax je sebab dah biasa.

Sampai Gua Kelawar. Nak masuk kena bayar RM1.00 lepas tu nak sewa lampu suluh kena bayar RM1.00 jugak tak silap. Ke RM5.00 entah tak ingat. I suggest korang sewa la lampu suluh atau bawak je dari rumah sebab kalau takde lampu suluh macam mana nak suluh kelawar dalam gua? Dekat sini nanti ada banyak information board. Kena baca ok? Dapat tambah pengetahuan pasal nature. Korang tau tak stalactite dan stalagmite ni terhasil dari titisan air dari dalam gua yang menitis selama berjuta tahun untuk menghasilkan bentuk yang korang nampak dalam gua tu? Average grow is 0.13mm (0.0051 inches) dalam masa setahun. Ya Allah... Tuanya kan dunia ni? Pergi ambik pembaris and tengok pendek mana 0.13mm tu. Yang I nampak dalam Gua Kelawr ni stalactite and stalagmite tinggi-tinggi I maksudnya tu sahaja nak membentuk makan ribuan malahan jutaan tahun. So insaf ke tak ni?


Ramai jugak orang. Ramai Chinese. Dah pesan dalam gua jangan bising tapi memasing cong-cong2 alaxander. Kan kelawar ni dia tido time siang sebab tu la tak boleh bising. Sian dia nak tido.


Gua Kelawar


Jom masuk


Gua Kelawar ni dalam Hutan Bakau


Busuk jugak bau taik kelawar ni. Dah namanya taik ada ke yang wangi? Haha. Kelawar ada banyak jenis. Ada yang makan buah and ada yang makan serangga. Yang jenis makan orang I tak pasti ada ke tak. Seram pulak.


Ok lepak sekejap. Boleh tahan jugak la penat berjalan. Amboi Mak tu dia kalau posing taknak kalah.


Hujan makin lebat so memasing beli Poncho sebelum keluar dari Pulau Kelawar and continue naik boat.


Ni dalam Gua Buaya. Dalam ni takde pon Buaya tapi keadaan gua ni dari luar nampak macam mulut and badan buaya. Kitorang bernasib baik dapat lalu masuk Gua Buaya ni sebab time ni air surut. Kalau air pasang mana boleh lalu kecuali nak menyelam la haha. Tu nampak tak ada warna gelap dekat dinding gua, itu la paras air naik kalau air pasang.


Dari Gua Buaya kita menyusuri Hutan Bakau. Best sangat dekat sini. Ada banyak monyet-monyet yang jinak. Jangan nak peramah pelawa makanan ke apa. Kata Kaklong, kalau monyet tu naik boat, dia terjun. Haha.


Kata Abang Boat ni, monyet ni tak kacau. If kita campak makanan nanti dia akan basuh dulu dalam air baru la makan. Monyet pon ada masalah OCD jugak kisahnyaaaa. Monyet ni pulak dia ada kelompok. Yang monyet belah sini tak kawan dengan monyet seberang sana. Tau pulak dia eh kawasan dia?

I suka sangat dekat area sini. Nampak Kayu Bakau depan mata. Bukan selalu dapat experience macam ni. Biasa dekat Jengka tengok Pokok Kelapa Sawit lepas tu dekat KL tak habes-habes dengan bangunan tinggi KLCC. Ni pon jap lagi nak pergi KLCC beli selipar. Hahaha. Kawasan Kayu Bakau ni kita tak boleh masuk sebab kawasan pemuliharaan under Jabatan Perhutanan. Nanti tetiap bulan akan ada yang check tengok ok ke tak atau ada ke tak pencerebohan berlaku. Dah kenapa nak masuk hutan bakau? Kurang kerja. Tapi tu la. Ada eh orang kerja bahagian cek Kayu Bakau? 

Ok. Dah siap menyusuri Hutan Kayu Bakau kita masuk laut balik untuk 'Eagle Watching'. Tapi nasib kitorang tak berapa baik sebab cuaca tak berapa cantik so tak banyak la nampak Helang.


Ini je lah yang ada sekor. Jadiklaaaaaaa.

Dari Eagle Watching kita terus ke 'Farm Fish'. Dekat sini boleh tengok macam-macam jenis ikan yang menarik. Ada pari and ikan-ikan besar. Ada sejenis ni if kita lekatkan makanan dekat dinding kolam nanti dia 'ludah' and jatuhkan makanan tu masuk dalam air so that dia boleh makan. Ada jugak Belangkas. Korang tau tak Belangkas ni dia memang berkepit je Jantan and Betina. Nanti yang Betina akan dukung Jantan and bawak la jalan and carik makan. Belangkas Jantan akan melekat dekat atas Belangkas Betina sebab tu kalau orang berkepit je kita sebut, 'Macam Belangkas'. So itu la sebab dia, baru I tau. Nanti Belangkas Betina akan carik makanan and bagi Belangkas Jantan makan. Tak guna punya Jantan, Bini engkau pulak eh nak bagi nko makan? Belangkas Jantan tak boleh hidup tanpa Belangkas Betina sebab kalau tak takde yang nak feed dia and Belangkas Betina also akan mati kalau takde Belangkas Jantan sebab dia sunyi. So memasing memerlukan antara satu sama lain. Kisahnyaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Fish Farm


Ni la ikan Buntal. Dia boleh kembong macam ni. If dekat Jepun dia panggil Fugu. Ikan Buntal ni boleh dimakan tapi kena buang racun dalam badan dia. If termakan memang boleh membawa maut. Ingat tak dulu dekat Sabah kes sekeluarga meninggal sebb makan Ikan Buntal?


Yang De pegang tu is Belangkas Betina.


Yang ni ialah Telur Sotong.


Beria je 4 orang tu siap pakai Poncho. Orang lain relax je. Hahaha.


Ni taktau la ikan apa. Bapak la besar. Berani eh ko pegang Ikan tu Naemah?


Yang ni ikan pari. Ikan pari takde gigi dekat mulut depan dia, so korang jangan takot nak kasik makan sebab dia takkan gigit. Gigi dia ada jauh kedalam sikit. Tapi Ikan Pari also boleh membunuh tau? Dengan ekor dia. Ingat tak dulu Crocodile Hunter mati kena tikam dengan ekor Ikan Pari tepat ke jantung dia. Ikan Pari tak menyerang tapi hanya akan menyerang kalau dia rasa terancam. So jangan nak kacau. Lepas Ikan Pari menyerang usually dia akan mati jugak. Info ni Abang Baju Kuning tu yang cakap, kalau dia tipu I maknanya I pon tipu la korang semua. Hahaha.


Best la Fish Farm ni. Tapi best kalau ada orang yang tunjuk demo la. Kalau takat tengok sendiri pegang apa semua tak boleh boring jugak.

Dari Fish Farm kita masuk laut balik and pergi ke Jetty. Siap! Approx dalam 2.00 jam je. Pukul 12.00pm dah setel tapi memang 2 quality hours. Best sangat! Mak pon suka... Happy to see Mak happy. That is the most important thing. Biar la dia dapat tengok semua-semua ni. Kalau kat rumah tu bangun tido kemas umah, masak, mengaji and tido balik. Itu je la routine dia. I memang ada plan nak bawak Mak jalan dekat tempat lain pulak. InsyaAllah kalau ada rezeki. Kita pergi dekat-dekat pon takpe, janji Mak happy. Lepas habes Mangrove terus lunch dekat Mak Ngah Gulai Panas dekat Kisap. Korang boleh baca entry tu dekat sini. Best woooo dia punya Gulai Ikan Kerapu.


Mak ambik pinggan ni semua except Kaklong punya je takde. Kata Mak, Kaklong tetiba tak jadik bagi. Buruk siku. Hahahahaha. Mak letak atas almari dekat dapur. Tengok gambar ni rasa rindu pulak Langkawi :)


Kemain I bercinta dengan Ain. Hahaha. Time ni turun tangga jalan licin kena la pegang tangan. Dah la tangga macam tangga reban ayam tu. Tu nampak tangga dekat belakang tu. I dah cecantik Siti Nurhaliza ni kalau jatuh tak ok jugak.

If korang nak ambik Mangrove Package ni boleh tengok online atau nak senang pergi je dekat area Pantai Cenang. Banyak ada jual package ni. Mahal murah semua ada tapi harga lebih kurang je I tengok. Yang I pergi ni I beli dekat Dayang Biru Travel Corp Sdn Bhd. 04-9551978 atau 017-4241978. Dia sub kan tour ni pada Paklong. if dengan Paklong direct maybe la dapat murah. Yang tu I tak sure. No Paklong is 017-5878606. Korang call la direct. Kot dapat harga lebih murah ke? Yang ni I bayar RM280.00 untuk satu boat. Kira murah la kan? Banyak activity korang boleh buat dekat Langkawi. I rasa 4 hari macam tak cukup. Nanti kalau ada rezeki nak datang lagi bawak Mak naik Sunset Cruise pulak. Yang tu pon best jugak. I dah pernah pergi time Nadia nak kawen dulu.

-eNd-

1 comment:

MiaZain said...

wow, pengalaman yang menarik...
selalunya kalau pergi island hoping dilangkawi akan pergi yang pulau dayang bunting semua tu kan, ni lagi satu aktiviti yang kena cuba disana kan...