Wednesday, January 18, 2017

Nasik + Sambal Berapi Mak Leha

Assalamualaikum..

Hari Jumaat haritu kata Dyba I punya Sambal Berapi Mak Leha sampai office. Menggelupur la Isnin masuk kerja nak rasa sambal tu. Sampai je office, I terus sudu kan ajer, makan buat as snack. Tak tahan dah nak tunggu balik karang makan dengan nasik. Korang pon tau kan I ni memang big fan of sambal? Kalau bulan puasa takyah la bagi lauk-lauk memang I tak pandang. Ko bagi je Sambal apa jenis pon I bedal, lepas tu makan dengan nasik panas and kicap + telur goyang kuning cair tu daaaaah. Memang bersila la makan. Hahaha. Sambal Berapi Mak Leha ni Ira punya business. Ira dulu kerja satu office dengan I lepas tu resign sebab nak jaga Arwah Mak dia time tu. Now dia dah jadik Tauke Sambal. Kata Ira, dia guna resepi Sambal Air Mata I. Cecece patut sedap! Haha. Tapi version dry and tak berminyak la sebab senang nak bawak travel semua. Packing pon tak la sememeh berminyak. Kita ni kekadang nampak bekas dah berlinang dengan minyak mula la malas nak bukak. Lagipon dry version ni lebih praktikal sebab beliau tahan lama. Tapi kalau I, macam biasa la I adjust. Sebab makan dekat rumah kan? I panaskan minyak and masukkan bawang besar lepas tu sudukan ajer sambal ni. So dia berminyak la. Hehe. Nak jugak unhealthy version. Buat perencah Nasik Goreng pon boleh. Sama jugak cara dia. Panaskan minyak, masukkan sambal. Lepas tu masukkan nasik and pecahkan telur and gaul gaul. Dah jadik Nasik Goreng Kampung.


Kata la malas dah nak buat unhealthy version, I makan macam ni je. Pon sedap wei! Ira punya Sambal ni ada rasa macam serunding ada, sardine pon ada. Sebab dia masak lama ikan bilis tu. Sampai la kering. Tu sebab sedap!



Untuk orang bujang yang pemalas nak masak atau yang nak travel ke, boleh makan Sambal Berapi Mak Leha ni. Makan dengan Roti pon sedap. I kekadang makan dengan roti. Belawan-lawan makan dengan Shein. Tetau habes sebantal roti. Kot nanti rasa badan naik, pakai la HOUSE OF CORSET so esoknya takyah makan banyak dah. Berat pon menten. RM130.00 je sehelai. Taknak order ke? NAK GEMUK SAMPAI BILA? Tetiba. Hahaha.



Sambal Berapi Mak Leha ni memang 100% home-made, dimasak dengan penuh kasih sayang oleh Ira. Dijamin halal and bersih sebab Ira pon sejenis OCD. Masak ke apa, memang kemas je tak bersepah. So soal kebersihan dijamin la. Yang ni 200 gram. Ira memang timbang betul-betul bukan main taram je letak dalam bekas.


Ada 2 size. 500 gram is RM30.00 and 200 gram is RM12. Postage seluruh Malaysia. Tambah RM8.00 untuk postage ok?


Ni kalau banyak macam ni bahagianyaaaaaaaa. Korang kalau Holiday bawak la sambal ni. Senang. Lagipon kita ni tekak Melayu, time holiday la rindu nak makan sambal la apa la. Jangan risau sebab Sambal Mak Leha sentiasa menemani harimu yang suram. Gitchewwww


Nampak macam serunding kan? Tapi ni version sedap. Ikan bilis bila dia masak lama tu rasa sedap la. Susah nak describe. Sebab tu I makan macam snack je. Sudu suap masuk mulut. Nak rasa kena la beli, ye dak?


Kalau kata ada readers area Sungai Petani dan Aloq Staq boleh COD je. Ok? Postage pulak Ira buat every Monday and Wednesday. 

So sapa yang dah terliur boleh la order dengan Ira SEKARANG sebab dia buat postage harini. Kang kalau tak order harini lagi lama pulak nanti nak dapat. Haritu Ira pos Rabu dari Kedah, Jumaat dah sampai. 2 hari je. Kalau tanya pendapat I sendiri, ni la Sambal Berapi yang I suka. Kena je dengan tekak I. Cukup rasa dia semua. Ikan Bilis pon berselirat. Kekadang orang jual Sambal online ni ikan bilis pon segan-segan nak letak. Yang Ira punya ni memang puas hati. Ikan bilis dia pon jadik lembut la sebab dia masak lama. Takde la sebekas 200 gram macam ni tetiba Ikan Bilis 10 ekor je. Bahan-bahan yang Ira guna pon fresh. Tadi I mintak dia bagi gambar lepas tu dia print screen je dari IG Sambal Berapi Mak Leha ni. Menyirap pulak aku. Hahaha.

Nak order boleh Call/WhatsApp 013-3696936 (Ira)
Bagitau la korang kawan Siti Nurhaliza mana tau dapat discount ke? Keh keh keh.

-eNd-

1 comment:

Nur Aishah said...

lama tak dgr cerita ira..lupa dah muka dia cemana..heheh..
kawan se-survive..alhamdulillah dia dah fully recovered..
hope i pun..ameeen...