Tuesday, January 17, 2017

#TheJourneyPerthian2017 - Lunch di Dee Thai Restaurant

Assalamualaikum

Semalam update pasal activities untuk #theJourneyPerthian2017  but harini tak menyempat-nyempat dah update bab makan pulak. Selain dari berjalan, bebudak ni bab makan pon memasing bukan main. 4 hari ni kalau boleh semua nak pergi. I puas hati sebab dapat makan lagi sekali dekat Mak Ngah Gulai Panas, Kisap dengan Nasi Dagang Pak Malau. Cuma tak sempat je nak borak-borak dengan Pak Malau. Dia kan most wanted person dekat situ? Semua orang nak jumpa dia. Kalah popularity Siti Nurhaliza. Berani dia kan??? BTW I nak menyampaikan ketidak puasan hati Rish dalam entry ni terhadap Kale. Kata dia, I up pasal Kale macam dia hot stuff tapi Kale sebenarnya penjahat. Dia gegar cable car lepas tu kalau suruh ambik gambar dia mintak duit. Hahaha. Kale dengan Azrul ngek la. Masa dekat Pantai Cenang I tengah ambik video Amin buat back flip dah dua orang tu nak jugak. Gigih la I rakam, belakang dia punya back flip jenis berguling atas lantai je. Disini menyesal! Hahahahha. Ok jom kita tengok makanan apa yang kitorang order masa harini dekat Dee Thai Restaurant dengan bantuan En. Kahar, apartment buddy kitorang. Dia la tolong arrangekan by contact. Orang Langkawi pulak semua very helpful la. Jenis support each other. 


Ni I tak tau apa dia. Nampak macam Nangka Pulut. Ambik dari FB Dee Thai Restaurant. Haha. Saiko giler pergi Google masakan dekat sini lepas tu tengok dengan juraian air mata. Sebab semua look sedap.


Kitorang ada dalam 32 adults and kids dalam 9 orang tapi semua kanak-kanak yang kecik so Dee Thai charge RM25/person untuk kitorang. Nasi putih, Ikan Siakap 3 rasa, Tauhu Jepun masak Oyster, Sayur Sawi Garlic, Daging Masak Merah, Ayam Masak Kicap Thai Style, Telur Dadar, Fish Ball and Fish Cake Sour Thai Soup, Air Sirap and Buah Tembikai. Banyak kan? Dah la sedap lepas tu banyak menu pulak tu. Murah sangat-sangat ni. Anyway nama menu ni semua I pepandai reka sendiri je. Hahahahaha. Nanti kalau sesapa nak order pepandai la tengok dalam menu macam mana. Yang penting memang sedap and sini memang authentic Thai cuisine. Dalam sup yang rasa masam tu, ada macam buah sebesar biji kanan. Rasa dia masam. I ingat dulu masa I dalam Form 3 kot makan dekat Muadzam Shah balik dari Segamat, makan menda macam ni la. Masam-masam rasa buah tu. Ni dekat restoran Thai bebetul je ada jual. Sini pon bebudak suka laaaaaaaaaaaaaaaa. Waiter semua cun. Lagi yang pregnant tu. Bapak la hot. Kemain memasing cakap tak boleh nak get over dalam group. Dorang ni untung la dapat bini semua jenis sporting. Hahaha.


Tak sempat nak snap si Farid dah dah belasah ikan ni. Ni Siakap 3 Rasa ni kan? Sedap! Rangup sangat.


 Ni Tauhu Jepun masak apa ni wei? Nampak macam ada cendawan, carrot and kobis lepas tu kuah pekat tu macam oyster sauce campur dengan tepung jagung and telur. Gambar ni pulak dah rotate banyak kali dia macam tu jugak rupa dia so biar jer la. Haha.

Sawi Goreng macam ni pon sedap. I agak masak garlic kot?


Yang ni I agak Daging Masak Merah. Ke masak lada kering? Daging dia tu macam coat dengan tepung je. Ada rasa rangup-rangup jugak.


Ayam Masak Kicap. Tapi takde pulak rasa macam Ayam Masak Kicap yang I biasa masak.


Sapa tak kenal meh la I azankan je dekat telinga. Asalnya telur dadar ni sebab nak bagi bebudak makan, tapi semua membutaaaaaa. Penat baru balik dari Skycab.


Ni la Soup yang I cakap sedap tu. Sumpah sedap! Mana nak carik soup macam ni dekat KL? Ni kalau sebaldi pon I boleh makan ni. Macam Tomyam tu kan rasa dia heavy sikit? Yang ni very light and sedap. Masam-masam rasa dia. Sangat sedap!



Si Rish ni kalau I angkat phone, dia standby je. Haha


Tu Amin Emo. Celebrity Instagram tu. Sapa sini Follower dia angkat tangan!


Hi Yusuf Iskandar. Ni la ketua anak-anak Dandan/WakDan FC. Sebab dia paling besar.


Kale ni dia ex Nora Danish tau? Jangan main-main. Syikin kat belakang buat apa tu?


Azrul and Eddie. Trip ni kita buat untuk Azrul sempena dia dah nak kawen tapi tak tau lagi bila, kat mana and dengan sapa.


Ni meja I duduk. Ikut lawan arah jam. Yang pakai cap tu Acap, Farah (Nampak tudung je), Apis, Go, Sazli, Megat tengah cedok lauk, Sadesh tengah gigih makan and Farid.


Ni gambar I ambik dekat FB Dee Thai. Location dia dekat corner lot.


Pandangan Depan.


Menu dekat sini. Nampak dalam FB semua sedap. Tapi memang sedap pon. 


Map untuk ke Dee Thai Restaurant.

If korang datang dalam Big Group, I suggest korang makan dekat sini. Tak big group pon takpe. Sedap ni memang antara makan sedap dekat Langkawi and harga pon murah. Maybe kalau lauk simple akan jadik lebih murah agaknya. So if sesapa datang Langkawi, jangan lupa Dee Thai Restaurant ok?

Balik dari Dee Thai, 2 van bergerak ke Kuah and 1 van balik. Dalam van yang balik tu ada Rish. Tak puas hati dia kena balik sebab dia kan nak shopping. Sekali kena balik. Si Farid pulak gastric. Lambat makan lepas tu muntah-muntah so dia pon kena balik. Shein tido, I ingat I pon kena balik sekali Sazli cakap, ‘Its ok, Mama shopping Papa jaga Shein dalam van’. BAGUS. Hahahahahhaha. Sempat la kitorang ke Kuah beli coklat and shopping periuk belangan macam Makcik-makcik. Petang tu main volleyball dekat pantai and malam free and easy. Makan la kat mana nak makan. Malam tu Sazli offer nak jaga Shein and I boleh join sesapa yang nak pergi massage. Lepas massage, lepak pulak tepi pantai dekat Yellow Café. Seronok sangat! Janji dengan Syikin nak lepak sama tapi janji tinggal janji. Si Rish pulak anak dah ada dua ni, duduk la diam-diam dalam bilik. Hahahaha. Till next entry guys! XOXO

No 31 & 32, Tingkat Bawah Jalan Bunga Raya 2
Kuah, 07000 Langkawi, Kedah (Belakang kamdar)
Handphone : 011-35406009

-eNd-

2 comments:

Haris Zuhaina said...

As SAlam Sue
Azrul kenen la ngan Intan :P

A m m i said...

aku tengok gambar ni je terus rasa sebu perut nak sendawa. acaner nak makannya?? sah perut aku ni dah jadi perut makcik2.