Tuesday, January 24, 2017

Off Shein and Abah

Assalamualaikum..

Petang semalam balik dari kerja, I singgah H&M and Mothercare sebab nak beli sependa Shein. Shariffah pesan suruh belikan sebab sekarang Shein tengah belajar ‘Diapers Free’. Ada hari berjaya 100%, ada hari yang 50% berjaya but semalam major failed la. Bagi 3 helai seluar semua gone, balik dari sekolah pakai seluar Taekwondo. Hahahaha. Shein sekarang asal siap mandi je dekat rumah mesti tanya macam ni, ‘Mama, papesh?’ HAHAHA. Dia memang geli semacam kalau tak pakai pampers. Kata Sazli, pagi tadi masa pakaikan dia spender for the first time dia pegang je bontot and dia happy! Kata Sazli, entah-entah dia ingat sependa dia tu pampers apa? Boleh belasah kencing berak dalam tu jer. Hahaha. Haritu masa first day free diapers, Mak Tok and Baba ambik Shein dekat sekolah, lepas tu dia mintak nak pupu. Maktok bawak pergi toilet dia tak berak pon. Lepas pakaikan pampers, duduk menyorok bawah kerusi lepas tu baru berak. Hahaha. Orang suruh berak dekat jamban taknak, naaaaak jugak berak dalam pampers. Tapi takper la Son, we try ok? Mama know you can do it. Shein kan bijak? Cuma bercakap je la lambat sikit. Makan kusss semangat. Kekadang nasik sepinggan gone. Selera sama macam Abah. Suka makan kering-kering. Nasi + Telur Dadar + Ayam Goreng Kunyit memang habes la sepinggan. Now kalau nak tido mesti sebut ‘Good nite Mama, Good nite Abah. I love you Mama, I love Abah’. Kekadang bonus I Love You dekat diri sendiri. ‘I Love You Shayyy’. Hahahah. Comel betul si debab kambeng metayang Mama ni.


Abah kirim gambar ni masa Mama dekat Makeup Workshop Sabtu lepas. Dah ready nak naik Electric Scooter dengan Abah.

Kata Sazli, dia bawak Shein pergi KDE. Kelab Darul Ehsan. Tempat I dengan Sazli kawen dulu. Kata Sazli dekat sana ada playground, ada kolam ikan. Suka la Shein bagi Ikan and kekura makan. Bagi se-tong pon confirm habes. Sebab tu I cakap Shein ni kalau dia jadik tukang jaga ikan, ikan bukan mati tak makan tapi mati sebab kekenyangan. Hahahaha. I tanya Sazli, susah tak nak ajak dia balik? Kata Sazli ok je sebab dia enjoy semua menda. Bagi Ikan makan pon suka and naik Electric Scooter pon dia suka. So bila ajak balik, takde la dia keras berlakon macam patung. Hahaha. Lagipon Shein punya pesen, if salah sorang jaga dia ok. If dedua ada, mula la buat perangai meroyan dia. Serba tak kena sebab tu la tak boleh ada dedua. Shein ni sebenarnya manja. Bukan apa. Tapi I know dia tak spoil and Shein anak yang baik. Dia sayang I. I know if dia besar nanti, dia sayang I and jaga hati I sama macam mana Abah dia sayang and jaga hati Maktok SEBAB tu kalau kita nak cari suami, tengok macam mana dia treat Mak Ayah dia. If dia boleh jaga Mak Ayah dia dengan baik, itulah suami yang baik untuk kita and InsyaAllah nanti bila kita dah tua, macam tu lah jugak anak-anak kita akan jaga kita. Tetiba emosional. Haha.


Ni kalau ada geng ajak main lagi best. Amsyar duduk jauh. Kalau tak Shein sure happy ada geng nak main selalu.


Ok jom bagi makan ikan pulak.


Rambut tu kenteng sama je macam Abah.


Haritu Sazli carik helmet untuk Shein. Memula beli memang smart la. Kaler kuning. Tapi bila bagi Shein pakai, masuk sikit je. Tapi dia dah taknak bukak la. So Sazli tukar and beli yang lain. Dapat la kaler merah ni ha. Masa first day pakai, dia taknak bukak terus helmet ni. Sampai mandi and tido pon nak pakai. Melampau Shein ni. Kot yer pon nak safety first tapi agak-agak la. Hahaha. Kadang-kadang Sazli park kereta dekat rumah, dari rumah kitorang ke rumah Bapak Sazli bawak la Scooter dia tu. Shein pon suka la nak naik. Tapi masalah jugak sebab nanti dia suruh I naik sekali. Dah tu I punya kereta macam mana pulak? Nak kena angkat naik scooter sekali ke acane?


Shein, Peace!

.

Baba pon suka la naik scooter ni. Ada sekali Sazli bawak Bapak lepak minum dekat Ampang jaya naik scooter. Ni kalau la berdua ni bawak Harley Davidson betul sure smart. Badan pulak memasing jenis besar. Fuh!


Shein check on Baba. Shein ni kalau boleh semua dia nak ajak naik. ‘Sit sit’ kata Shein.



Nah I belanja video Sazli and Shein naik scooter depan rumah Bapak. Tak jauh pon nak sampai rumah kitorang, ada dalam 700 meters je kot? Lepas ni InsyaAllah kalau semuanya ok, lagi la dekat rumah kitorang dengan rumah Bapak.

Kata Sazli, macam mana dia best-friend dengan Bapak, macam tu lah jugak dia nak jadik Shein punya best-friend. Macam mana Sazli hormatkan Bapak, I hope Shein pon akan do the same for Sazli. Kena la sayang Abah banyak, sebab Abah paling banyak masa jaga Shein. Kawan dengan Shein bila Mama busy time weekend sebab ada kerja, siapkan Shein pergi sekolah semua. Mama taknak Shein buat Abah down nanti when you grow up. Nanti Mama cerita la dekat Shein, macam mana Abah and Shein close sangat waktu Shein kecik-kecik. Tu la dua orang lelaki dalam hidup I. Time baik, memang baik. Ko tak tengok time gaduh? Memang macam becinta. Sazli punya tak kawan Shein, bukan tak kawan sikit-sikit ok? Memang jenis balik kerja, turun Jemaah Maghrib nanti lepas Isyak baru balik. Tu pon sampai tido taknak kawan. Shein cakap ‘Good nite Abah’ pon Sazli taknak layan. Haha. Haritu ada sekali dua beranak ni tak kawan, I dah cakap dalam hati, if sampai dua hari tak kawan, memang I masuk campur la. Kena la kawan. Nanti Mama tersepit dekat tengah-tengah susah laaaaaaaaaaaaaaaa. Hesh!

-eNd-

2 comments:

ADEEYA said...

Good boy, Shein. :)

Hani said...

Sian Shein, kenapa Sazli buat camtuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
mesti Shein sedih abah takmo kawan :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...