Tuesday, January 24, 2017

Salt-Bae

Assalamualaikum..

Craving for daging la. Macam teringin nak makan ribs or steak or kambeng yang tender and juicy and taknak ada additional sauce ke apa. Daging tu mestilah tak terlalu tebal, taknak over seasoned and mesti medium rare. Lepas tu taknak any protein side-dish, taknak salad semuaaaaaaaaaaaaaaa taknak. Nak daging je semata-mata. Nak concentrate pada rasa daging tu sahaja. Ni dari Ahad ni cakap tingin nak makan entah siapaaaa la yang sudi melayan dirihku ihni. Kesian sangat I tengok diri I. Ingat nak ajak Sazli petang ni tapi si Sendong kalau dari pagi – petang dekat Sekolah sah-sah dia dalam kereta dah tido. Biasa Baba ambik dalam pukul 3.30pm macam tu so dia dah fresh la petang masa Sazli ambik sebab siap berak, makan, nap semua. So nampaknya harapan hanya tinggal harapan. Nak ajak Anny and Dyba, beliau berdua tak makan daging. Spesis makan ayam je so macam tak syok pulak sebab dorang sah-sah tak enjoy. Sarah dah jauh ke Melaka. Nak ajak Kaklong and Intan ok je tapi package kena belanja la sekali tu yang malas tu. Nak ajak Ellis dia pulak now busy dengan kerja, life, anak, maid, BBGS friend and the list goes on sampai appointment nak jumpa pon kena set untuk sebulan tu pon last minute cancel. Orang ramai kawan kan? So takper la…. Siapaaaalah kita ni. So nampaknya kunyah kaki je la nampaknya.


Dalam teringin nak makan steak and ribs, selalu pulak keluar pasal Salt-Bae ni dekat FB and Instagram. Attitude sangat Mamat ni time tabur garam dekat ribs. Geram nak tunjal. Dah la muka macam ex bf I (Robert Downer Jr pelakon Ironman)




Compilation video SaltBae 



Terliur tak? Juicy kan daging dia? I memula teringin la. Lepas tu Si Hanisah cakap tu Babi. Terus turn off. Menyesal tau. Kbye.

-eNd-

1 comment:

Suria Amanda said...

I pun peminat daging..mana je yg i x pergi..terbaru makan kat Longhorn steakhouse