.
Ini short update sebab siti nurhaliza busy ada farewell and jumpa orang petang ni. so dia mintak ain tolong update blog sesi petang. nasib la ada sesi pagi and petang je. bila tanya topik/tajuk dia kata pepandai sendiri. masuk pukul 3pm. dalam hati dah ada emoji yang keluar asap kat hidung tu. kah kah kah. tau tak emoji yang mana? check henpon sendiri. tapi boss punya pasal takde hal lah (counter balik). siaaaaaann dia busy. so harini cakap pasal makan jelah. ni penyakit berjangkit daripada kaksu sendiri. dia ada satu perangai yang kalau makan sedap mesti whatsapp gambar kat orang. tak tau lah semua orang ke dengan ain je dia carik pasal macamtu. kalau benda tu kita tak suka or kita tengah kenyang will be ok. but kalau time tu tengah lapar memang mengundang jugak.
Ain sukaaaaaa udang! if suruh pilih seafood apa yang suka memang jawapannya udang. dah lama dah start bercinta dengan udang ni. udang harimau, udang biasa, udang galah, lobster semua suka. cucu udang yang kecik-kecik biasa orang letak dalam cekodok tu pon suka. kalau lauk masak apa pon ok, goreng kunyit ke, masak lemak ke, masak sambal ke, semua ok. yang tak berapa ok kalau letak petai. sebabtu dulu masa kaksu carik pasal bagi gambar and video dia buat udang masak sambal petai ain tak tergugat. sebab tekak ain bila ada petai dah kill the taste dah. walaupun semua orang cakap letak petai lagi sedap. pasal petai ni pon selalu jadik gaduh dengan kaksu. dia kan kalau boleh apa dia suka kita kena suka, bila kita tak suka pon boleh jadik issue. tu yang geram nak tunjal. takpon dia kata udang macam lipan and nak menangkan ketam lagi sedap. hahaha. Selain udang, satu lagi yang ain memang bercinta adalah teh ais. tak kisahlah nampak kampung.com ke apa, tapi air paling sedap memang teh ais. but ofcoz kena dapat yang rasa dia semua cukup. kalau cair sangat or kelat sangat or tak manis air apa pon tak sedap. paling sedap pernah minum masa kat krabi. kaksu kata sana sedap sebab serbuk teh dia ada lemak babi. memandai je dia ni. padahal sebab dia tak suka. hahaha.
ni antara yang ain ada makan dalam masa terdekat ni. ikut arah jam. udang masak lemak cili api. udang fresh and ebi sushi. udang masak black pepper and udang galah goreng kunyit. ni tengok pon ada rasa telan ailio. sedapnyaaa.
Semalam makcik ain ada buat mango pudding. makan dengan susu cair and gula melaka. letak fresh fruits. ain letak ice sekali sebab nak bagi sejuk masuk tekak. Simple tapi sedap. bila bagi gambar kat kaksu member pon sakit hati lawan gambar macam iced mango siap ada mango chunks. taknak kalah. hahaha. tapi gambar jelah. tak tau bila punya. tapi tadi tau-tau dia bagi gambar dah dapat makan. tapi version up sikit la sebab ada mango chunks. tak tau la iced blended ke apa. malas nak tanya. padahal dengki. nasib baik lah harini kat johor dari pagi sampai sekarang hujan. kalau panas memang rasa kat tekak. haha.
Pudding mango simple tapi sedap. sebenanrnya ada strawberry, nenas, dengan anggur. tapi sebab malas nak tunggu dia potong buah lain, makan je apa yang ada. macam ni pon dah sedap (dasar pemalas)
Version orang taknak kalah. Carik jugak tu harini. kah kah kah.
Oklah. harini isnin. so selain semua orang malas nak pergi kerja sebab dah sedap cuti on weekend, isnin jugak adalah hari busy sedunia. so korang lepas baca ni dah pergi sambung buat kerja ok? kalau mana yang takde kerja or malas buat kerja boleh la baca blog ni lama-lama. baca entry lepas-lepas contohnya. takpon kalau bosan lagi tak tau nak buat apa, pergi ig Annesuraya Skincare and House of corset by Chooyaya. Sebagai tanda sayang dan support siti nurhaliza kena la beli produk dia ok? haha sesambil.
.
Bye.
Ain :)
No comments:
Post a Comment