Wednesday, January 25, 2017

Farewell Dato' H

Assalamualaikum..

Isnin bebaru ni during lunch hour kitorang satu office ada farewell lunch untuk Boss Intan merangkap Cluster Head office I ni. Dato’ H nama dia. Tak boleh kasik nama penuh kang nanti buat dia Google jumpa blog ni tak pasal je. Lepas tuuuu sesiapa sini sanak saudara Head yang korang bakal nampak dekat gambar yang I share ni please jangan peramah-peramah bagitau dekat dorang sebab I nak privacy dekat office. I nak mereka tau I ni as a Secretary yang tak suka campur hal orang and berkawan dengan kelompok yang sama ajer padahal rupanya Talent Blogger dengan Founder Product cecece. Dekat office, I nak keep low jer. Gittew. Padahal bersepah silent reader. Ni yang kerja sama building dengan I ni pon ramai. Ada yang sesenyap kirim suami tolong belikan corset. Haha. Padahal boleh je nak order dari I terus. Geram tau? Anyway, Dato’ H dah retired dah. Dia dah takde dekat office and Intan pon dah takde boss la sekarang. Lama Intan bekerja dengan Dato’ H, since 2008 lagi. Maksudnya dah 9 tahun. Kalau ada anak, dah masuk sekolah rendah pon. Now Intan dah masuk HR. Intan cakap dia dah taknak jadik PA. Dia nak cuba buat kerja lain. I je yang nak jadik PA sampai pencen. Kah kah kah.


Ni time baca doa. Izzy yang ambikkan gambar. Dia pesan, ‘buat la doa muka sedih sikit’ = sedih ke nampak dekat sini? Macam happy je terutamanya Dyba.



Kat Restoran Titiwangsa D’Saji ni (Kata Intan D’Salji sesuka hati dia Saji jadik Salji) makan buffet style. Ada steamboat tapi bagi I tak memberansangkan rasa dia. Ada nasi campur, ada memacam jenis spaghetti, rojak buah, kuih semua ada la. Macam Ramadhan buffet tapi entah eh, takde yang kena dengan tekak I. I tengok Kak Ani makan selera je. Si Atiqah and Robynn pon cakap sedap tapi I makan kuis-kuis je. Mengada kan? Bagi I yang sedap rojak buah je tu pon I saspek dia guna Kuah Rojak Mak Bee sebab tu dia sedap. Satu lagi yag sedap air mangga dia. Ko tengok la gambar dekat atas, 3 orang tu je air sedap. Orang lain semua air mineral dengan air sirap je. Hahaha.


Yang ni betul punya sedap. Mango Smoothies siap ada mango chunk dengan whipped cream. RM8.80 harga segelas. Yang ni bagi I 3 gelas pon InsyaAllah boleh habes. Ain la punya pasal ni kecoh cerita pasal pudding mangga la apa la. Tak pasal aku teringin.


Ni I pilih untuk Steamboat. Semua tak berapa sedap. Tak banyak sangat haiwan. Ada pon kepah dengan kerang je. Tu pun kurus-kurus.


Group Photo. Semua tunjuk Dato’. Dah macam gambar kenduri kawen. Ni Izzy la punya kerja. Dia la camerawoman time ni. 


Gambar kenangan dengan Datin S.


Nah I belanja OOTD. Seluar dari Poplook, baju dari MNG. Tudung rahsia. Hahaha.


Si Intan muka crack sikit sebab tension dengan final exam. Sian dia. Sebulan cuti prepare untuk exam. Tak dapat A taktau la. Haha.


Tudung Dyba by @be_anggunscarves. RM25.00 sehelai. Memacam kaler ada. Korang nak, check dekat IG. I ada almost 20 helai dah. Best sangat, senang je nak bentuk. Kitorang ada group Gila Tudung Bawal dalam WhatsApp. Hari-hari ada je yang update pasal tudung baru. Lepas tu memasing kalau beli memang takde sehelai dua, terus 20 helai sorang. Aku tak paham la puak-puak ni. Tudung sehari tukar 4 kali kot dari pagi sampai malam. Hahaha.


Dyba  Nad Zainal, Neelofa and Siti Nurhaliza


Memang Farewell ni peserta dia kita tiga orang je eh?


Intan ni merata tempat dia mintak nak ambik gambar. Dyba layankan ajer tapi hentak-hentak kaki la.


Ok Dato’ jom Selfie.

Kepada Dato’ H, selamat maju jaya. Now time untuk Dato’ rest layan cucu dekat rumah and main golf je la. Tak payah dah la kerja. Dah banyak sangat kerja Dato’ buat sebelum ni. Dato’ ni kawan kepada Bapak. Dorang sama line dalam Rubber Industries. So, Dato’ ni kalau ada apapa majlis office ke, mesti dia akan introduce sekali I. ‘Ha, ni Suraya, menantu Ramzan. Bapak dia ni kawan baik saya ni. Dulu kami main bola sepak sama masa muda-muda dulu’. Sepanjang kawen dengan Sazli, ada la 40 kali dah kot I dengar Dato’ cakap macam ni time dia bagi speech/introduce staff pada client etc. Haha. I pon tumpang la tuah Bapak dekat office ni walaupon takde apapa sumbangan pooooooon. Tu yang kalau ada dinner ke, ada la rasa special sikit sebab nanti Dato’ datang meja salam. Semua pulak tu Head semua salam Sazli so perasan la VIP sekejap. Dah macam CEO pulak rasa. Kah kah kah. Masa Shein cukur jambul pon semua Head datang dengan CEO-CEO semua datang. By that, I feel honored to be your staff Dato’ H and Bapak punya menantu and tumpang la tuah sikit-sikit kikiki. Untung la CEO kawan baik dengan Bapak kitewwwww.

Jasa Dato’ kami akan tetap kenang. Tak dinafikan Dato’ memang ada sifat kempimpinan yang tinggi dan dihormati. Banyak sumbangan Dato’ pada Syarikat. Tapi dah namanya Boss ada je la yang tak puas hati terutamanya I penah kena panggil dengan Boss I sebab pergi toilet berdua dengan Intan. Konsep dia dulu, I dengan Intan salah sorang kena ada dekat tempat. Lepas tu ex- Boss I sekarang dah jadik Group President ok? Lagi besar dah pangkat. Entah dia ingat ke tak I ni yang setia bancuh kopi pada dia setiap pagi. Ada sekali tu I dah bengang sebab dia asyik mintak coffee dah la aku busy nak buat BOD Paper kerja macam lipas kudung lepas tu asyik coffee coffee coffee. Lepas tu I tanya, ‘En Z, kenapa eh asyik mintak kopi?’ (Time tu tak Dato’ lagi)  Lepas tu dia jawab, ‘Sebab you buat sedap’. Terus tak jadik marah. HAHAHAHA. I ni kalau kepala sewel datang Boss pon I boleh je buat suara tak puas hati.

Tapi kenangan paling best dengan Dato’ H bila I, Ira dengan Dyba kena panggil dengan HR sebab Dato’ Khairil komplen dekat Dato’ H kitorang nyanyi lagu raya kuat sangat dekat Receptionist time rehat. Ituuuuuuu pon pernah kena OMG semua la kenangan bangang je. Lepas tu pasal kantoi ambik gambar pon ada. Boleh baca dekat sini. HAHAHAHAH. Bodoh la. Fikir balik, amenda la aku dah buat dekat Office ni. Corporate office kot? Sesuka je nak buat perangai tak senonoh. Bongok. Okla tu je nak citer. Bye!

-eNd-

2 comments:

dyba said...

DYBA JE BUKAS RETIS :(

Anna Dayana said...

dyba PA retis.. ko mampu jaga dua retis sekali. hahahahaha