Assalamualaikum..
Semalam dating berdua je dengan Moktan Intan
Dayana. Si Dyba puasa, Kaklong ada kelas mengaji dengan Kak Darna. So I dengan
Intan je la. Dah taktau nak makan apa dekat KLCC tu. Lagipon dekat Menara Felda
ni mana lagi nak makan tempat yang ada aircond kalau bukan KLCC and Pavilion.
Biasa kitorang pergi KLCC je la sebab dekat. If Pavilion ni, take time sikit la
kalau nak balik sebab nak kena pusing one round lepas tu biasa dekat Jalan Tun
Razak jem. Nanti masuk office lambat kena jeling dengan Rosli, takot aku.
Hahaha. Tapi semalam sebab nak bagi Intan happy, I cakap dekat dia jom la makan
apa yang Intan nak. Bayar je berapa Intan nak bagi, balance Kaksu belanja.
Terus la happy Si Intan. Kata dia nak makan ribs yang macam Kaksu letak dalam
Instagram. Ribs biasa makan dekat Tony Roma’s je la. Eee phobia teringat
cendawan dia. Dekat Tony Roma’s ni yang best is dapat FREE roti cicah dengan
olive oil + balsamic vinegar. Tu favorite si Dyba tu. I dah makan dekat Makcik
Sombong dengan Anny pagi tu so dah kenyang. Bagi chance la Intan enjoy dia
punya ribs. Setakat ni I takde lagi jumpa ribs yang macam I suka. Dekat Tony
Romas ni pon so-so je. Ada makan, takde takpe. Tapi yang tingin steak tu,
sampai sekarang tak dapat. Hidup ini penuh dengan kesedihan. Itu je la I nak
cakap (perempuan ni bab makan memang beremosi sikit. Maafkanlah dia)
Lamb
Roma. Ambik half portion je. RM59.90. Intan makan sorang. Habes licin. Broccoli
I habeskan.
I
order la dessert for me. Dalam gambar nampak cantik. Sekali sampai, kek tu rupa
dia sendu sangat. RM9.90 and nama beliau ialah Brownie Sundae
Ni
la FOC Bread yang sedap dekat Tony Roma’s ni. I suka giler!
Order
jugak Soup of the day. RM3.90
Intan
eksyen je ambik gambar ni. Dia tak berapa suka makan manis-manis. If chocolate
Intan suka Dark Chocolate sama macam Shariffah. Macam Dyba suka milk chocolate
sama dengan Kaklong. De pulak suka chocolate yang takde nuts. Mak suka yang ada
hazelnuts. Ain tak suka chocolate at all and I suka shopping, makan sedap and
tido. Hahahaha.
Bersungguh
tengok botol sos macamkan ada tulisan dekat atas bekas tu
Semalam hantar gambar dalam group. I saspek Dyba
sure bengang. Hahahahha. Kaklong pulak tanya kenapa tak ajak dia. Semalam orang
ajak cakap nak mengaji. Mengada je. Nanti esok la kita makan sedap sikit sebab
rehat lama so takde la rushing sangat. I tingin nak makan ketam but nasib baik
Sabtu malam ni Hani nak buat potluck dekat rumah dia. Kata Hani nak buat Shell
Out. Kids la masak. Ajak kawan-kawan Perth yang pergi Langkawi last time. I
pulak nak order je Mee hoon dari NZ Delicacy and kuih frozen dari Kak Fieza neighbor
I tapi nak yang dah siap goreng sekali la. Sebab I memang rajin sangat nak goreng
sendiri. I kalau sampai perangai pemalas memang apa pon tak boleh. Kekadang
buah apple dah siap potong tinggal makan pon malas nak makan sebab malas nak
kunyah. Hehe.
-eNd-
1 comment:
Alaaa...lama x makan kat Tony Romas
Post a Comment