Monday, January 23, 2017

#TheJourneyPerthian - Day 1 (Flight experience and Sunset)

Assalamualaikum…

Tetiba harini patah balik Day 1 untuk #theJourneyPerthian. Haha. Petang semalam tetiba teringat BBQ Lamb masa kitorang dinner First Day dekat Langkapuri Inn last time. BBQ boleh request or provided I tak sure tapi kena bayar some amount yang pastinya. Yang penting BBQ tu saaaaaaaaaaangat lah sedap! I concentrate makan kambing je. Marinate sedap, sos pon sedap. Memang superb! Petang semalam tingin nak makan kambeng dekat Menate, punya la tunggu sampai petang  sebab Sazli cakap nanti petang kita pergi, sekali Shein ajak Abah dia mandi kolam so goodbye Menate. Batu Belaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. Hahahah. Anyway, back to cerita experience naik kapalterbang kipas Malindo Air, sumpah ini memang last la I naik kapalterbang kecik ni. Jap nak Google apa nama kapalterbang ni. Ha, nama dia ATR72-600 (correct me if I’m wrong). Jenis kapalterbang kecik yang ada kipas dekat sayap dia tu. Masa book confident je. Sekali kapalterbang kecik. Haha. Kata Syikin, kalau nak naik Malindo yang jenis Boeing kena naik dari KLIA. If dekat Subang memang kalapterbang kipas la jawabnya. Kitorang pulak memasing naik lain-lain. Ada MAS, Malindo, Air Asia and Firefly. Waktu pon lain-lain. Macam I haritu naik sekali dengan Kidd and Hani pukul 10.30am, Go and Asma naik Firefly dengan Acap sekeluarga tapi waktu lebih kurang 10.00am – 11.00am macam tu.



Si Shein ni dah tak sabar-sabar nak naik plane. Dah meragam dah sebab dekat tempat tunggu tu kan boleh nampak Kapalterbang naik turun. Lepas tu boleh pulak flight delay dalam setengah jam. E! Anak aku dah la meroyan dah ni. 


Yang lain ada yang naik tengahari sikit. Harga ticket pon semua lain-lain. Beria la I book awal sebab takot ticket mahal sekali pundek je ada yang last minute book dengan MAS RM90.00 je 2 way. Kitorang bertiga kena almost RM900.00 macam tu. Kidd and Hani dua orang pergi balik dalam RM250.00 je. Bab harga ticket flight ni naseb-naseb la tapi tips kalau nak book ticket jadik harga tak berapa mahal is, 1) Book jangan hari Isnin, 2) Clearkan cookies 3) Jangan terlalu awal. But naseb-naseb jugak la. Setakat ni kalau I book memang harga tak pernah lagi murah dari orang lain. Itu kelebihan I. I bangga sangat. Haha.

I, Sazli and Shein la paling awal sampai airport. sebab I rather keluar rumah awal dari terlambat sampai and kelam kabut. Lagipon perangai Shein ni is unpredictable. Buatnya dia berlakon sawan jadik patung tak boleh nak gerak, daaaah nak kena dukung pulak. Satu hal kan? Packing pulak kalau tak last minute tak sah. I tak suka pack awal. 80% malam, 20% awal pagi. Baru challenging. Tapi packing je la lambat. Barang semua dah tau and memang dah sediakan. Kitorang naik Uber kali ni pergi balik. Baru RM37.00 je. Murah! Lepas ni kalau nak pergi memana better naik Uber je la. Dari naik Taxi KLIA tu dia bedal RM150.00 dari Ampang sampai ke Airport. Tapi Uber ni boleh muat 2 bag jer la kot? Unless dapat ALZA ke lain cerita. I rasa ada Uber XL. Korang boleh try yang tu if nak pergi 4 orang (sebab bag banyak kan?) but I tak sure la dia punya availability sama ke tak dengan Uber biasa.


Patut flight kitorang dengan group Acap and Go, kitorang gerak dulu tapi sudahnya berlepas masa lebih kurang. Rasanya take off beza dalam 5 minutes je kot? Siap masa nak naik tu I cakap, 'Ok jom race, sapa sampai dulu'. Haha.


Si Sheindong dah tak menyabar dah nak naik kapalterbang. Hesh!


Melangkah dengan penuh bergaya. Kata Shein, 'Bye bye Plane!' Dia bye-bye dekat Go and Acap.

Experience naik kapalterbang kipas? Perrrrghhh dia punya goyang memang lebih especially bila nak take-off and landing. Nak pulak if cuaca buruk. Lepas tu pulak kan? Masa take-off even though kitorang naik kapalterbang asing-asing and waktu beza-beza tapi SEMUA yang dari Subang cakap, time take-off memang ada tempat yang tetiba dia macam ‘terjatuh’ dua kali. DUA KALI PAHAM TAK? Eeeeeee bencinyaaaaa. Probably sebab cuaca or air pocket ke I tak sure. Rasa dia macam seriau. Korang pernah tak rasa kalau naik kereta yang tengah laju tetiba ada jalan yang tak rata so tayar dia tak cecah jalan kan? Ha macam tu la rasa seriau dia. Sazli I tengok dah keras je. Mata pejam, tangan pegang kuat dekat seat. I duduk dengan Shein. Shein happy je. Dia budak kecik apa dia tau? Lagi bumpy rides, laaaaaaaaaaaaagi la dia suka. So, dalam kes ni I tak salahkan Malindo Air la sebab kapalterbang lain (Air Asia and Firefly) also experience the same thing. Kata Sazli, dua kali takpe. Kalau 3 kali memang dia nak balik naik kereta. Hahahaha.


Alhamdulillah kitorang selamat sampai. I tanya Hani apa dia rasa, Dia cakap dia ok je T___T


Shein memang suka naik kapalterbang. Dia enjoy very much. Dulu masa kecik kan macam bodoh je lagi. Now dah besar, dah faham la sikit. Untung Shein, umur belum 3 tahun dah dapat naik kapalterbang. Mama dulu umur 23 baru dapat naik. Sedih sangat hidupku ini. Haha. Tapi I ok jugak sebab kata Rish, dia lagi lambat dapat naik kapalterbang. 27 kan Rish? So you menang.


Shein nak ajak patah balik naik plane. Dia ingat apa? Sesuka hati nak naik nak turun?

Dari Airport, kitorang naik van menuju ke Langkapuri Inn dekat Cenang Beach. Si Azrul and Eddie datang jemput. Tak jauh pon dari airport. I agak less than 15 minutes. Sampai-sampai je sini walaupon kata Miera hotel takde bintang tapi I sukaaaaaaaaaaaaa. Suka sebab dekat dengan Cenang Beach. Dari bilik jalan 10 tapak dah Yellow Cafe lepas tu terus nampak beach. Dekat luar sana pulak memang dekat dengan kedai makan macam Shell Out, Cenang Mall, Salon and tempat shopping baju. keluar kanan pulak jalan dalam 2-3 minutes dah nampak Cocoa Valley and Underwater World. Semua walking distance. Mana la tak best! Sini pon bilik selesa. Yang belah I duduk ni bangunan baru sebab kata Rish, bilik dia lantai kayu. Haha. Ada bilik banyak jenis and ada yang boleh accommodate up to 10 orang. Yang tu jenis apartment 2 rooms. 

Kalau la haritu masa Girlfriend Trip kitorang tak degil and dengar suggestion readers suruh stay dekat Cenang, sure lagi best. Memalam boleh ajak Mak, Kaklong, De and Ain jalan-jalan dekat pantai lepas tu malam boleh pergi clubbing HAHAHAHAHHA. Astaghfirullah. Ni masa dekat Tanabendang pukul 9.30pm Ain dah membutaaaaa. Takde activity. Tapi ok la tu sebab Mak happy, kata dia seronok bukak tingkap nampak sawah. Jom check out gambar bilik. I tak ambik banyak. Ada 2 keping je. Dekat sini, I suggest beli chocolate last day la sebab sini pakai card. Cabut je card semua peti ais dia akan mati. Mau cair coklat. Sebab area pantai ni dia bahang. Mujur la aircond kuat. I dah try letak card lain, tapi dia tak maaaaau. Eksyen!


Kitorang dapat 1 king size bed dengan 1 single bed. Sazli cantumkan katil ni jadik size Kingkong. Kingkong la terus sebab kalau King pon tak besar macam ni. Haha.


Shein masuk je bilik bagi salam. Good boy anak Mama. 'Atetommmm'. Pon boleh la Shein janji dia punya maksud sampai. Bilik ni ok. Ada peti ais, toilet selesa ada heater and bersih. Yang penting belakang pintu ada penyapu. Tu paling bagus. Hahaha.


Row I (yang terus boleh keluar ke Yellow Cafe and beach) is Syikin, Sadesh, Hani, Go, Aminemo and Dee. Lepas tu bebudak bujang pon dekat sini (Azrul, Kale and Farid).


Sini memang area 'panas' la sebab dorang malam lepak depan bilik sampai 3-4 pagi.


Shein pon happy la dapat main pasir. Pantang lepa, tengok-tengok dah korek pasir walaupon dah hensem-hensem macam Bruno Mars.


Suka la eh engkau Shein dapat main pasir sesuka hati. Pandai pulak dia aim tempat korek pasir tu. Dia paw Abah dia next day masa dekat Skycab.


Shein bawak bag-pack dia sendiri untuk letak sahabat-sahabat Ultraman dan Rasaksa beliau.

Lepas siap check in semua, kitorang pon lunch sama-sama. Jalan kaki je. Boleh tahan jauh. Nama restoran tak ingat apa dia tapi makan sedap la. Harini tak buat apapa activity sebab malam karang kang nak BBQ pulak. Langkawi panas boleh tahan. I nak pandang depan lama-lama and nak focus pon sakit mata. Shein happy je, takde masalah. Dekat Langkawi walaupon cuaca panas tapi dia tak demam. Ubat semua standby especially dia punya Ventolin dengan Flixotide. Sazli memang ambik job bahagian ubat. Dia takkan miss untuk bawak ubat Shein pergi mana-mana. Tapi dekat Langkawi ni ok je, banyak kedai jual ubat. Takde masalah. 


Anak dengan bapak sama 'belengging' pakai sleeveless. 


Acap kenapa muka pisang?

Siap makan, kitorang balik hotel. Shein pulak tido lepas tu dengan Sazli. I pulak keluar nak cari seluar putih untuk malam nanti. Seluar putih melambak jual dekat area pantai Cenang ni. Harga pon murah je. Patern ala-ala British India tapi harga dalam RM30.00 sehelai. Lawa je. Meanwhile waktu Shein tido, I shopping seluar and sempat pergi Salon untuk wash and blow. Salon dekat area pantai Cenang ni ada 2 bijik je. Bukan pukul 1.00pm - 11.00pm. Balik bilik, I continue tido dengan Shein and Sazli join the rest buat beach activity. Main bola and mandi pantai. Harini first time I dapat tengok Sunset dekat Pantai Cenang. Curi-curi keluar time Shein tido. Lari sekejap dekat Yellow Cafe and ambik gambar. Lepas tu send dekat Kaklong, De and Ain. Semua jeles sebab last time masa kitorang nak tengok Sunset, hujan. So takde la sunset.


Sunset at Cenang. Cantik kan? Ni masa Day 1. Day 2 terlalu panas sampai silau mata.

-eNd-

1 comment:

Suria Amanda said...

Huwaaaa...jeles..rerus rasa nak buat girls trip dengan anak dara i....