Wednesday, February 22, 2017

Cowieee Mama

Assalamualaikum..

Rindu pulak dekat Shein. Minggu ni Baba dah balik KL so bila Baba ambik Shein dekat school pukul 3.00pm, dia ada la time untuk beautiful nap dalam sejam lebih petang tu. Jadiknya malam tadi sempat la spend time berdrama dengan dia. Macam last week, 5 days sekolah petang 5.30pm baru Sazli ambik so memang tak sempat la I nak kawan dengan dia. Lepas mandi, dia mintak ‘Mama, eaaaaaatttttttttttttttttttttt’. Kekadang sambil kunyah makan dia dah tido. Sian sangat penat dekat sekolah.  Penat main ke, belajar ke tu kurang pasti. Hahaha. Kekadang tak sempat nak makan and mandi pon dia dah tido. Tido nak peluk leher I kuat-kuat, kaki memang atas badan I dah macam ulat gonggok dah kite dua orang tido berpelukan bercinta. Kepala dia kena betul dekat muka I ni ha. Dah la bau masam kambeng kalau tak mandi tu. Tapi dalam pada dia dah tido tu, bila sebut ‘Good nite Shein, I love U’ masih lagi melawan. ‘Gunnai Shayy, gunnai Mama. I love you Shayyy’. Hahaha. I love U diri sendiri pon ok.  Sayaaaaang sangat-sangat dekat Shein ni la. Dah la kenteng, bontot tonggek. E  geram la! Dah la jenis kalau panggil I, ‘Mama mama mama mama mama mama mama’. Nonstop ok? Memang macam tu. Kekadang tersasul macam ‘Abah Mama Mama Mama’. Hahaha. Nak panggil Mama ke, Abah ke sure sebut je dua-dua. Tapi yang dia maksudkan tu lebih la. Selagi tak jawab dia akan panggil berterusan. Takde menda pon nak cakap. Nak tunjuk Otonen, Daidecor, Fish, Plane je pon dalam TV tapi gaya dia panggil tu macamkan ada menda terpaling penting dalam dunia. Tak boleh tidak, kena tunjuk Mama jugak ni. Haaaaa.


Mr Shein


Shein ni masa dekat sekolah makan suap sendiri je. Dekat rumah dia manja/pemalas. Kalau mintak makan pon ‘Mama, eaaaaaaattttttttttttttttttttt’. Kalau I lambat bertindak, dia bukak peti ambik telur lepas tu nak pecahkan sendiri dalam mangkuk. Tiru I buat French toast. Hahaha. Kalau mood malas, dia tengok tv lepas tu bila nak suruh suap or makanan dalam mulut dah habes dia sebut, ‘Aaaa aaaaa moreeeee’. Lepas tu main order je, ‘Air air air’. Tu kalau Ms Shariffah and Mr David takde la. If dorang berdua ada, ‘Water water’ upgrade sikit la cakap omputih hahahah. Main perintah je. Haritu I hulur dekat dia air, I sebut la, ‘Bosssssssssss’. Dah dengar macam tu, dia pulak panggil I Boss. I cakap, ‘Not boss Shein, Mama’. Shein gelak-gelak je. Ada la perangai lawak keturunan Sulatin Shein ni.

Progress Shein al-hamdulillah Ok and banyak sangat improvement. Thank you to all Teachers at Building Blocks International sebab help Shein with his study. Dekat sekolah la Shein banyak belajar berdikari, bergaul dan belajar. Jadik la manusia sikit. Haritu exam last term result not bad la. English and Math I tak ingat berapa markah dia tapi Ok sangat. Most important is kata Miss Ainur, Shein boleh seat for 2 hours direct time exam. Time ada teachers and parents meeting tu, Shein kena denda sebab kencing dalam seluar. So dia kena berdiri dalam kelas. Lagipon dia taknak say sorry dekat Miss Ainur. Dekat sekolah dah ajar if dia buat salah kena sebut sorry. Selagi tak sebut sorry kena la berdiri. So dorang letak la Shein berdiri sebelah organ. Belakang tangan dia dah capai organ tu and sempat tekan-tekan. Jadiknya kena la alih belah sana pulak. Kah kah kah. Sazli ada la jengok dia dalam kelas lepas tu Shein cakap, ‘Go Abah’. Dia tau tu dia kena denda. Kata Mr David, its ok to denda. Suruh dia berdiri satu tempat. Jangan communicate dengan dia selagi dia tak cakap ‘Sorry’.

Lately itu yang I practice dengan Shein. If dia tak say ‘Sorry Mama’ I taknak kawan dia. Biarkan dia menanges, just ignore. Dia pon takder der tahan lama-lama taknak kawan dengan I. Dia akan say sorry jugak. Macam malam tadi dia taknak cakap sorry dekat I, I buat bodoh je tak layan dia. Bila dia abes Susu, dia hulur dekat I and I cakap, ‘I don’t want to friend with U’ terus la member nanges. ‘Huwaaaaaaaaaaaaaaaa cowieeee Mama’. Lepas tu baru la I kawan dengan dia. Tido la kami berpelukan and happily ever after. Sekian cerita Shein untuk hari ini.. Hahahahah. Okbye!


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...