Wednesday, February 22, 2017

SaufiVille CNY Holiday - Part II (REVIEW)

Assalamualaikum..

Ok harini nak share pasal experience I and the rest bercuti dekat Saufiville Boutique Resort dekat Janda Baik last month. Seronok sangat dapat spend time sama-sama dengan kawan-kawan. I suka la suasana dia sebenarnya tapi tu la cold treatment pulak, jadik potong mood sikit. Bila pagi dekat sini berkabus je and rasa macam dekat Tanah Tinggi pon ada. Sini sejuk-sejuk ayam la. Takde la sejuk macam dekat Genting Highland/Cameron Highland sana tu tapi tetap la ada rasa sejuk dia.  Villa ni pon terletak di atas bukit so imagine bangun tido, bukak je tingkap nampak kebun Passion Fruits saujana mata memandang. Hijauuuu and fresh sangat! Sesekali bila tido bertemankan unggas ni best jugak. Unggas ye? Bukan Pontianak. Haha. I rasa bila duduk tempat yang macam ni, nak bernafas macam lapang je sebab maybe banyak oxygen. Kan? Ker tak sebenarnya? Memandai je. Eh, tapi betul la nak bernafas best. Seronok la kalau bercuti tempat banyak pokok-pokok, ada sungai macam ni. Sesekali nak jugak lari dari kesibukan kota yang dilimpahi dengan lampu neon dan hutan kongkrit. Kan? Tapi fikir balik seram pon ada. Sebab SaufiVille ni dia sorang-sorang je dekat atas bukit. Yang lain ada tapi jauh sikit la. Hahaha. Dah gitu pulak. Eh, tapi jangan takot sebab sini ada caretaker, bibik-bibik dekat kitchen, ada guard, ada anjing penjaga semua tu. So selamat InsyaAllah. Pekerja-pekerja pon I tengok ada ramai dekat sini. Sebab sini concept dia is makan provided. Breakfast, Lunch, Snack and Dinner. Korang dah tak payah susah-susah nak masak. Goyang je tetek , relax. Sebab semua disediakan. 


Gambar Saufiville ni I ambik dari belakang. Belakang tu ada swimming pool. Tapi nampak tak air dia hijau? Masuk-masuk je dah frust sebab ingat nak mandi kolam tapi air macam tu macam mana nak guna? Yang ni I tak sure air dia yang kotor atau tiles bawah tu yang dah tukar warna. Kata Mr David, air ni guna sumber dari sungai sebab tu warna dia hijau. If letak chlorine dia akan jadik jernih tapi bagi I senang je. Doesn’t matter la air sungai or air paip. Yang penting, air kena la jernih. If tiles bawah tu yang kotor, the owner kena la do something kalau tak, air hijau macam ni sapa yang nak mandi? Baik takyah ada kolam. Click read more for full entry



Tu tengok yang belah sana air dia macam biru kan? Actually I rasa bukan sebab dia basuh separuh je kolam ni tapi tiles dia dah kotor. Maybe sebab dah lama tak buat maintenance kot? 


Memula kitorang ingatkan tukang cuci kolam ni cuci separuh je. Tapi tak. Dia memang cuci semua it just tiles bawah tu yang kotor. Mr David memang tak allowed kitorang mandi dalam kolam ni. Shein je yang degil mandi. Sudahnya, 2 days after Saufiville, Shein admitted sebab food poisoning. Probably sebab tertelan air ni. Be careful eh korang, if pergi resort jenis macam ni check la mana sumber air tu. Risau kena kencing tikus je kalau air tu tak dirawat. We never know. 


But effort pekerja dekat situ cuci kolam ni kitorang appreciate la. It just, bila dah cuci pon cenggitu jugak ghupernya. So tak dapat la swimming. Padahal memasing dah beria plan nak berendam. Too bad.

Macam yang I cakap tadi, dekat sini konsep dia meal disediakan. Harga untuk satu malam is RM3,000 so harga tu include meal. Best kan? Sebab untuk emak-emak takyah la susah hati fikir nak bagi suami and anak-anak makan apa. Semuanya disediakan. Sampai-sampai dekat sini dalam pukul 4.30pm macam tu dia bagi kita makan cekodok ikan bilis siap coffee and tea. I pulak bawak Sambal  Ketuk extra pedas memang layan la makan cekodok ikan bilis. Malam tu ada BBQ Buffet and makanan memang meriah and more than enough untuk kitorang semua. Esok paginya pulak ada Nasik Lemak, Roti semua. Coffee and Tea memang all the time ada dia letak dekat hall and satu peti ais besar di sediakan dekat luar, which is kita tak boleh ganggu Kitchen area sebab situ is prohibited. So if ada bawak makanan, boleh letak dalam peti ais yang ada dekat luar tu. Now, jom kita tengok bilik-bilik yang I sempat snap.

Floor Plan. Ada 5 rooms so boleh la masuk 5 family. If lebih pon ok, boleh la tido style kampung lepak dekat Living area. 2 bilik ada bathroom and 3 bilik kena kongsi toilet. 1 tu untuk big business and 1 lagi tu untuk mandi. Nampak macam ada dua kan? Sebenarnya untuk mandi tu ada 1 je. Kena take turn la. 2 bilik king size bed (kemboja and rose), 3 room queen size bed (chempaka, melur and kenanga) and 1 room single bed tapi bawah dia boleh tarik so muat je 3 orang (santalia). Bilik mengadap pool is Rose and Santalia.  Chempaka tu ada balcony mengadap bukit and kebun passion fruits (kitorang ambik bilik tu) and the rest mengadap laman rumah je.


One of the Queen Size bed room.


Yang ni pon Queen size bed room.


Balcony dekat Chempaka Room (Bilik I) selepas I sendiri sapu segala mala habuk and taik cicak. Sapu sendiri je. Sebab helper dekat sini sejenis Imah Cleaner Office dekat Balai dulu, 


Tu nampak la menghijau je kan pemandangan? Memang best!


Hi Mr Mohammad! Gambar ni masa memula kitorang sampai. Dorang main perang Nerf Gun. Yang bapak-bapak and anak-anak la. Huru hara and bising giler! Kitorang memang ada sorang satu nerf gun ni. Bullet dia pon kalau kena tak sakit. Shein pon pandai main cuma yang gun ni dia tak berapa kuat nak reload bullets, yang pistol dia pandai la tapi pistol Rayyan punya. Shein punya is gun.


Nerf Gun

Masa kitorang sampai tu, bilik memang dah siap kemas semua tapi area hall, lantai masih lagi tak bersapu so penuh la dengan rambut and habuk. Balcony bilik I tu pon siap ada taik cicak, so nampak sangat la memang dah lama tak kemas betul-betul. Villa mengadap ke swimming pool tu pulak ada kawasan luas untuk karaoke, ada meja makan 3 bijik and ada piano. All bersepah. Dengan kerusi bersepah, meja pon kotor tak lap. Time tu helper semua dalam kitchen katanya bizi nak buat minum petang. So sebab I sakit mata, I ask for penyapu and kemas sendiri. Seriously I tak kisah to help lagipon memang suka sapu sampah kan? Penyakit keturunan dapat dari GF. Hahaha. Tapi one thing yang kitorang paling regret and bengang nak mampos is dia punya helper sangat sangat sangat sangat la tak membantu. Kita nak mintak tolong punya la susah. Bila tekan bell nak mintak macam bekas isi ulam-ulam pon sampai 10 kali baru bukak pintu. Bukak pon pintu kecik je. Kita ni kejap kang nak pisau (kupas jering), nak bekas, nak chopping board, nak penyapu, nak itu nak ini tapi subhanallah susahnya lah nak dapat.

Pasal Ulam pulak kan? Sazli ada la bawak macam petai, jering, selom, ulam raja, pegaga penuh seplastik besar untuk kitorang makan dekat sana tapi masa nak mintak dorang basuhkan pon katanya, ‘Kami lagi sebok nak sediakan makan’. SERIOUSLY? Sebok sangat nak buat cucur ikan bilis sampai kitorang mintak a little help pon tak boleh ke? Sudahnya sampai la malam tu kitorang tak dapat ulam. Last-last Sazli dah hangen, dia cakap biar dia yang buat. Sazli masuk kitchen and basuh sendiri. Lepas tu bila tanya, susah sangat ke nak buat? Semua buat muka. Ada sorang ni kakak Melayu tak sure la dia sapa. Supervisor kot? Dia punya muka masaaammmmmmmmmmm tak payah nak cakap. Sombong bukan main. I pulak nak buat Kicap Cili potong tu kan? Mintak pisau susah, mintak bekas nak letak susah, serba serbi susah. Kekadang nak mintak gula untuk minum dengan coffee sebab dah habes poooooooooooooooooooooooon susah. Lepas tu jenis helper dekat sini macam tak serik walaupon dah kena sound. Kan masa malam tu Sazli dah redah je masuk kitchen sebab nak basuh ulam kan? Tapi malam tu bila kitorang mintak suruh dia simpan ulam and kicap dalam peti ais pooooooooooooon tetap susah jugak. Buat tak tau and derk je muka memasing. 3 4 kali ingatkan baru la bergerak. NOT HELPING AT ALL.

Naik geram kitorang dibuatnya and memasing pissed off and memang hilang mood. Susah kan? Kekadang nak mintak pinggan pon susah OMG SAUFIVILLE PLEASE DO SOMETHING ON THIS. No matter what, kitorang ni is your customer and bayar RM3,000 satu malam tu bukan murah ye? Please la ada budi bahasa and membantu sikit. Sumpah berbeza sangat dengan Helper dekat VILLAKU RESIDENCE. SUNGGUH! Malam tu I dah bengang, I text owner tapi tak dilayan. Kah kah kah. Bila masukkan dalam Facebook rupanya ramai yang face the same experience dengan kitorang pon. Ada sorang ni cakap sebelum balik, dia nak jumpa la owner sebab masa tu kebetulan owner ada dalam Kitchen tapi the helper cakap owner bizi. Tak boleh jumpa. Oooooo bizinyaaaaaa. 2 minutes nak salam pon bizi kisahnya.


Always happy to help sapu sampah. No problem.


Ni waktu ada orang cuci kolam. Sayang kan? Tak dapat nak mandi.


Ni laman rumah


Ada Gazebo tepi kolam.


Yang ni the other side.


Pemandangan dari balcony bilik I duduk.


Ni dari belakang. Oooo ada Astro tapi dekat sini dengan TV, Karaoke semua ada technical issue and takes forever for the technician untuk datang solve the problem. Sama naik perangai dengan helper.


Sejuk sikit hati nampak bunga-bunga cantik keliling rumah.


Ni kemboja kan?


Ni bunga apa?


Cantik jugak landscape dekat sini cuma macam tak berapa nak kemas. 


Ni dekat laman rumah. Best kan? Ada banyak pokok-pokok and bunga.


Ni air terjun buatan dekat depan rumah. I ambik dari jauh sikit supaya nampak keseluruhan dia.


Beautiful Scenery waktu pagi.

So, apa yang I boleh simpulkan dekat sini is SAUFIVLLE bukan lah tempat untuk berehat dengan aman damai kalau kita mengharapkan warm treatment dari staff. Totally not. If tak kisah kena layan cold macam ni, Ok. Boleh lepak sini sebab memang suasana cantik. Suasana la. Bukan rumah. Sebab rumah pon kemas tak betul. Bayar dah la mahal lepas tu service serupa pundek. Ni la first time I rasa macam tak sabar-sabar nak keluar dari sini. Potong mood habes. Helper dekat sini jenis cakap sembah macam mana pon takde der nak menolong. Sama pesen macam Imah la. Cakap la lembut macam mana, gitu jugak pon perangai. I feel sorry for the owner and management. Please do something. Jangan sampai nanti ada ‘Orang Besar’ yang terkena and tempat you jadik viral sebab bad service baru korang nak take action. Time tu apa pon tak guna sebab dah takde sapa dah nak datang. Korang sendiri yang kill the business kalau macam ni punya service. Mana-mana complain dari customer kena ambik. Yang I cerita dekat atas tadi pasal ada readers cakap owner sombong tu, I pon tak sure betul ke that lady is the owner tapi the one yang dalam kitchen masa kitorang dekat sana muka masam giler bai. Senyum pon tak.

Tapi makanan semua sedap. Yang tu korang jangan risau. Sedap and banyak. Now, tepuk dada tanya selera. Apa yang korang harapkan untuk percutian. Nak makan sedap? Saufiville memang boleh offer but nak warm services here definitely not the place lah.

Kampung Chemperoh, Janda Baik
Bentong, Pahang
017-6076691

-eNd-

3 comments:

Nur Aishah said...

ek eh kita yang baca ni pulak sakit hati!!!
tak kot nak mai sue..byk tempat lain lawa2 and service letop2 kot kan??? mekasey kasi review jujur mcmni. atleast kita tak terkena..doesnt mean nk tutup periuk nasi orang, kita anggap bkn rezki dia nak terima tetamu dari reader choyaya. thats it!
lagipun tgk rumah dia mcm rundown je..kna refurbish dah ni!

Roysha said...

Teringat thn 2012 pgi dgn kawan 2 family..thats the 1st & last.kalau tak kerana pemandangan yg mengadap prgunungan titiwangsa tu jgn hrp org nk stay situ.Org kaya2 bolelah...

Anonymous said...

Not recommended, sorry Saufiville. Pemandangan memang cantik tenang sejuk. Puan Raja & Kakak Isma memang mesra. Tapi condition villa kecewa. Minta plastik sampah pun susah (biasa penghuni bawa sendiri katanya) (minta tukar plastik sampah di tepi sinki sebab sudah melimpah, katanya buang di plastik tepi tangga swimming pool. Bila kami bagi kerjasama untuk jaga kebersihan bersama macam tu pulak kerjasama dari pihak Saufiville. Sinki tersumpak kami fix sendiri (dgn cara curah air panas).Tidak ada extra toto atau bantal yang disediakan. Tekanan air shower dalam rumah dan di tepi swimming pool slow. Pili kurang mesra wudhuk. Untuk family day tidak la sesuai bagi, tapi untuk lari dari kesibukkan kota bau asap kereta lori boleh datang di sini sangat damai sekali.