Thursday, February 23, 2017

VS with Kayang and Zuzalina

Assalamualaikum…

Setelah sekian lama plan nak keluar makan bertiga dengan Kakyang and Zuzalina Zulatin akhirnya Jumaat beberapa minggu lepas berjaya jugak misi dilaksanakan. Dari nak makan Dolly Dimsum, ke Chilis akhirnya berakhir di Victoria Station sebab ada orang tu dia dalam fasa nak makan daging setiap hari. Orang tu dia jenis bermusim, kalau dia tingin apapa dia akan nak makan tuuuuuuuuuuuuu je. Tak jemu-jemu. Sampai bila? Sampai Abang Jamil mampos. Hahaha. Masa yang minggu  orang tu tingin nak makan daging tu boleh tahan la miskin. Tapi konsep dia pepenat kerja macam nak pecah otak fikir macam-macam, if ada teringin apapa makan ajer la. Takyah fikir dah. Macam Arwah Ayah selalu pesan pada Mak, ‘Mah, kalau engkau teringin nak makan apa makan aje. Jangan berat nak keluarkan duit. Duit banyak pon sampai satu masa macam aku ni tak guna dah Mah. Apa pon aku tak teringin nak makan. Sementara sihat, kalau teringin nak makan apa. Makan ajer’. Tu pesan Arwah Ayah pada Mak masa dia tengah sakit sebelum dia meninggal dulu. Mak pun semenjak tu asal nak makan apa time dekat KL ni, dia makan ajer. Mahal murah semua letak tepi. I pon sama la, ambik konsep yang Arwah Ayah ajar tu. Sementara sihat ni, apa nak makan, makan aje. I tingat dulu masa kena denggi, hulur apa pon semua I taknak. Takde tingin apa. Sama la macam masa mabok. Apaaaa pon tak lalu. Gigil-gigil la menyuap biskut lemak cicah milo. Kan masa pretnen level lapar dia sampai nanges? Dia takde der belas kasihan. Pukul 2-3am pon kalau dia rasa lapar, dia lapar jugak. Memang tak boleh nak pujuk. Eh. Stressed pulak fikir pasal mabok. Ni Shein dah nak masuk 5 tahun, so cane nak kira ni? Hahaha.


Konon kali ni tingin nak makan selain dari Long Fed Sirloin so I tanya waiter, dia cakap Rib Eye Sedap. So macam biasa medium rare sato!


Masa sampai tu menggelupur la I dengan Kaklong pilih nak yang besar. Sebab nampak Rib Eye ni alahai ciput je. Kata waiter ni, Rib Eye daging yang dia rekemen. Padahal memang I suka Sirloin semenjak sekian lama sebab dia ada lemak-lemak babat. Tapi saje la nak tukar jenis lain sekali sekala. Bila makan Rib Eye ni terus menyesal. Sebab bagi I, daging dia memang sedap tapi terlalu padat. Lemak apa semua takde. Walaupon dia size kecik tapi tak habes pon makan. Suku lagi tinggal. Kalau Sirloin yang Long Fed tu sebesar penampar buaya tapi habes! Tak pernah yang tak habes. Tapi kena medium rare la. So ni la kejadian menyesal kali kedua makan dekat VS. Dulu sebab mengada nak try Medium Well, now sebab makan Rib Eye. Konsep nak try ni boleh la practice tapi kalau orang belanja je. Sebab kalau bayar sendiri nanti kalau makan tak puas hati jadik bengang pulak. Hahahaha. Kesimpulannya lepas ni jangan mengada-ngada dah nak order lain. Kena la setia pada yang satu. Gittewwww.


Untuk Kakyang Mama dia orderkan VS Steak. Eh? Memandai je bagi nama. Dah lupa dah. Rib Eye jugak tapi dia curah sos menda entah atas tu. Semua taktau. Takper, tak penting sebab buka favorite.


Ni Escargot nama dia. Escargot ni halal. Dia bukan binatang dua alam atau sejenis siput babi. Kang penuh la komen cakap I makan menda haram. 


Kakyang makan habes tak?


Ok sebelum balik, posing dulu depan pintu suruh Abang Vallet ambikkan gambar. Kebetulan pulak semua pakai ada warna biru gelap.

Datang sini Kakyang naik Uber dari office dia dekat Pandan sana nu. Kena RM12.00 macam tu. Balik office dia dari VS, pakai Uber Makcik dia la. Dah la sesat barat memandai ikut jalan Ampang Hilir sana tu. Tetiba lalu jalan mati. Dah nama dia Suraya, kalau tak sesat tak sah walaupon pakai Waze. Waze tu pon kalau boleh bercakap dia dah jerit dekat I agaknya. ‘Aku cakap kanaaaaannnnnnnnnnnnnn la woi! Ko pergi kiri buat apa?’ Hahahahha. Bak kata Sazli, ‘Perempuan kalau bawak kereta memang tak paham arahan kiri dengan kanan. U dengan Mak sama la’. Heeeee. Itulah keistimewaan wanita. Masa nak hantar Kakyang tu dah la jem sebab Pak Arab baru keluar dari Masjid. Dorang ni jenis kental eh? Jalan melenggang kangkung selamba je walaupon dah nampak ni ha I bawak kereta nak lalu. Kesah pulak dia? Hahahaha. Kalau Pak Arab memang macam tu. Kalau orang Malaysia pulak konsep ‘The Power of Hand’. Orang tengah laju, dia nak lalu dia angkat je tangan lepas tu melintas jalan. I pon biasa nampak jugak. Kebal ke? Hurm… Tengok steak ni macam teringin pulak. Jadiknya macam mana sekarang ni?

-eNd-

1 comment:

Cici said...

hhahaha I pun macam tu. dah pakai waze tetap sesat. payah betoi .

menyampah kan, orang tengah laju main lintas je sambila angkat tangan. besau betul pangkat tangan dia tu