Wednesday, March 8, 2017

Throwback Europe Trip - Barcelona, Spain

Assalamualaikum..

Harini kita buat major throwback ok? Back to time when I went to Europe Tour tahun 2012 lepas. Dah 5 tahun dah pon. Shein pon dah besau nak kawen dah. Time tu dia ada dalam perut I tanpa I sedar. Seriau bila ingat sebab sebenarnya masa I panjat bukit dekat Monte Carlo I carry Shein dalam perut. Cita-cita tinggi konon nak update pasal Europe Tour tu sehari sekali. 15 hari setel la entry tapi biasalah dah nama dia cita-cita mana mungkin semua akan tercapai sebab balik dari Europe I dapat tau I pregnant lepas tu bermulalah tragedy morning sickness yang teruk sampai I takde hati dah nak tengok blog. Memang tak kisahkan apa sampai 5 bulan jugak la I tinggalkan blog I bersawang. Tengok blog time tu pon nak muntah, acane nak update? Eee seriau rasa bila ingat fasa mabok. Memintaklah kalau ada rezeki pregnant lagi, janganlah I mabok teruk dah. Tak sanggup! 5 years ago waktu I cerita pasal Europe Tour ni sampai entry Venice je kot? Lepas tu takde dah update saaaaampai la sekarang. Padahal lepas Venice kitorang pergi Sorento, Milan, Monte Carlo, Barcelona, Nice and a few tempat yang I kena tengok balik dalam diary sebab dah lupeeeeee. Hahahaha. Yang I ingat, masa pergi Spain kitorang start berpisah dari group sebab tujuan nak ke Spain tu kerana Sazli and Bapak nak tengok final La Liga Barcelona vs Real Madrid tapi Barca kalah time tu. Gambar pon busuk je sebab dari BB phone. Hahaha tapi BB time tu tengah in ok? Poyo je tukar-tukar BB pin. Hehe. Dah jom kita tengok gambar yang ada ni. Apa yanga der jer la eh? Yang dalam camera tak transfer sampai sekarang. Kah kah kah.


Correct me if I'm wrong. Ni bangunan Casa Mila. One of the popular building yang ada dekat Barcelona ni


Kitorang dekat sini ada la 4 hari tak silap I. Time ni I dah meroyan nak makan nasik. Rindu nasi lemak, rindu roti canai sampai nak nanges rasa. I nak cuaca Malaysia yang tak sejuk. Sini all the time sejuk mana la nak tahan. Ongkampung gitu ler... Haha. I perasan I sensitive and buat perangai kaw-kaw masa dekat Barcelona. Sabar je Bapak, Mak and Sazli dengan perangai I. Malu sendiri bila ingat. Tetiba time tu I rasa macam outcast. Mengada kan? Rasa macam menumpang padahal Bapak and Mak tu more than happy nak I sama-sama enjoy this trip. Bila I tengok Bapak and Mak tumpang excited dapat bawak Sazli pergi Barcelona and tengok final La-Liga Barcelona vs Madrid time tu I rasa macam yerlaaaaaaa aku ni menumpang je.  Bodoh kan? Padahal patut pon dorang happy, Sazli tu je la sorang anak dorang. Bila anak happy, sah-sah la Mak Bapak sama happy. Ingat senang ke nak dapat chance macam tu? Sazli spend banyak untuk beli tiket dengan 'Ulat' sebab kalau nak tengok bola dekat Nu Camp, kena ada member card. So bila kita orang luar nak beli tiket, memang kena ketuk kaw-kaw la. Harga tiket nak tengok final La Liga tu sangat-sangat mahal. Tak silap I dalam 600-700 euro kot? Darab la dengan 4.5 currency time tu. Dah berapa?

Bapak tanya I dengan Mak nak tak join tengok bola? I cakap I taknak. I nak shopping. Mak cakap, dia nak rehat je dekat hotel T____T. Fikir balik, boleh tahan berani I time tu. Waktu Bapak and Sazli pergi Nu Camp, I jalan kaki sorang-sorang pergi shopping. Seronok tengok Zara ada selang sebuah kedai. Sana Zara, situ Zara and murah-murah pulak tu walaupon dah convert duit Malaysia. Zara dekat sana entah-entah level baju Tesco je kot sebab ada merata. Jalan dari hotel ke tempat shopping lebih kurang dalam 5-10 minutes macam tu la. Kitorang duduk dekat Melia Hotel. Dekat Barcelona ni, memang la communication barrier kaw-kaw. Susah nak cari yang boleh speaks English. I ingat I ada sesat. Lepas tu tanya local people macam mana nak pergi Melia Hotel tapi I pon tak paham apa dia cakap. I remember I keluar melalui pintu depan, tapi bila I balik I ikut jalan belakang. Ada la 40 minutes kot I sesat sorang-sorang di tengah bandaraya Barcelona. Phewwwwwww.


Allah hai... Rindunya pulak time dekat Barcelona. Ni Melia Barcelona Sarria. Across the road, ada jual kebab. Walking distance dalam 5 minutes ada Restaurant Japonese. Itu la yang I bedal everyday sebab ada nasi goreng! Hahaha.

I memang dah tak boleh nak accept local foods. Satu sebab risau halal atau tak, satu lagi I rasa makanan orang Europe ni tasteless. Semua pon grill and takde sos. If sedap kang takot letak oink-oink hahaha. Sini kita makan apapa mesti sos meleleh. Kat sana kebab pon takde sos. Thai, Chinese and Japenese restaurant pulak mahal nak mampos. Kalau dekat KL ni level makan dekat Nobu sana tu harga dia. Botak la Bapak melayan I hari-hari nak makan nasi. Time ni la rasa I loveeee Malaysia.... Langsung takda masalah nak makan and makanan pon murah-murah semua. Sebelum pergi belagak ok? Takde pon I nak bawak serunding ke, sambal ke apa sebab sama naik dengan Bapak. Kata Bapak, 'Pergi oversea kena la try local foods' Cecece. Sekali baru 5 hari dah nanges nak nasik.

Now if korang nak pergi melancong ke Europe dah senang. Booking, Agoda semua offer murah for hotel and boleh jugak guna Airbnb untuk apartment. I tengok dalam Booking.com Melia Barcelona Sarria satu malam convert duit Malaysia dalam RM700+- satu malam tu pon kekadang ada offer 14%. Masa 2012 tak dapat harga tu. Nak pulak kitorang guna agent. Sekian diucapkan berapa banyak nak kena spend untuk lodging tapi takyah nak beria la kira, padahal Bapak/Mak sponsor semua. Hahaha. Thank you Bapak... Tahun ni boleh tak nak pergi London? 


Sazli la paling seronok ambik gambar building. Dalam camera penuh gambar bangunan je. Gambar manusia takde. Architect punya nature memang suka bangunan.


Suhu lebih kurang 10-14 macam tu la. Seeeejuk! Malam kekadang akan jadik lebih sejuk. Sini memang bersih. Toilet takde paip tapi jenis semua kencing aim masuk lubang and takde meleleh kat lantai so takde bau hancing. Public toilet pon semua bersih.


Rindunyaaaa


Kitorang pergi dalam bulan Mac so dekat sana tengah spring. 


Kitorang berempat pergi jugak ke Nu Camp untuk visit Stadium. Biasa tengok dalam TV je. Ni dapat tengok depan mata.


Nu Camp ni sangat besar and sangat modern. Untuk players memang 5 star facilities. Ada sauna, changing rooms yang macam hotel and serba serbi mewah. Dekat sini ada jual jersey and jugak souvenir.  


Nu Camp Stadium


Padang pon memang cantik. Bilalah Malaysia nak sampai level ni kan?


Hitamnya I dulu. Haha. Macam original people dah. 


Sazli punya rambut pon kenteng dia cantik lain macam masa dekat sana. Maybe sebab cuaca kot? Dekat sana taik hidung kering je. Best korek. Hahahahaha.


Kitorang sempat naik hop-on hop-off bus ni. Tour keliling town. Tak turun pon. duduk je dalam bas sebab sejuk nak mampos.


Memula memang gelabah la nak naik tingkat atas. Bila baru jalan 200 meter, turun balik duduk dekat bawah sebab sejuk dia memang level nak terajang orang. Sebab kita orang Asia kot? Mana tahan sejuk.


Last day kitorang pergi area marina harbor. Shopping complex tapi tak sure apa nama. Tak ingat pon. Hahahaha. Sini banyak la kapal-kapal ongkaya Barcelona parking. Ni kalau ada Shein, sure dia happy.


Ni dalam Restaurant Japones. Sini best la sebab I boleh makan.


Malam Bapak and Mak malas nak keluar, so I dengan Sazli pergi tapau bawak makan dekat hotel.


Ni la Nasi Goreng dekat Japanese Restaurant yang I bedal hari-hari. Besar ni harga dia dalam 30 Euro. (Siap catit dalam diary. haha) Sedapnya lahaaaai. Agak-agak nanti if I pregnant, mengidam nak makan dekat sini, Sazli layan tak? Haha.

Asal waktu nak makan, nanti Bapak tanya.. 'Anak nak makan apa?' Nanti I la jerit-jerit macam bebudak. 'Japones japones japones!' Sazli gelakkan aje. Dia suka dengar I cakap Japones Japones macam tu. Bila tengok gambar dekat Barcelona, I senyum je sorang-sorang. Senyum sebab teringat how my perangai moody waktu tu and how sabar mereka melayan I. Segan dengan perangai buruk sendiri. I hope Allah bagi I chance untuk jalan-jalan macam ni lagi dengan Bapak, Mak, Sazli and Shein berempat. Nak pergi Europe lagi tapi tu la, nak naik kapalterbang takot. Macam mana... Direct flight London KL 16 jam kan? Maaaatilah..... 

Satu lagi memori yang I tak boleh lupakan masa dekat Barcelona is kitorang breakfast dekat Hotel Cafe sekali dengan Fernando Verdasco and Rafael Nadal. Dorang ada tennis tournament time tu and stay at the same hotel. First day masa breakfast sama-sama Bapak tanya, 'Kenapa tak ambik gambar sama? This is chance of a life time. Bukan senang nak jumpa Verdasco dengan Nadal'. Tapi bodoh saaaaangat kenapa la tak mintak nak ambik gambar. Padahal time tu memang kitorang je dekat hotel cafe.

Lepas dah naik hotel, rasa menyesal sangat why why why tak ambik gambar sama. I dah nekad dalam hati, if esok jumpa dekat cafe I memang nak ambik gambar. TAPI esoknya, masa I turun nak pergi cafe (lambat sikit turun sebab paling lambat bersiap), bila tekan lift, Nadal ada sorang, I sorang. Dia tanya guna sign kening nak level mana. I cakap 'G Please' siap muka kerek tak senyum and sombong tak tentu hala I also don't know why hahahaha. Lepas tu keras. BODOOOOOH hahahaha. Takde pon nak salam ke, ambik gambar ke padahal dah 1 to 1 dalam lift Omago (Oh my God - Bak kata Shein). Masa dekat cafe once again kitorang breakfast sebelah-sebelah meja dengan Nadal and Verdasco but don't ask me why... I still tak mintak nak ambik gambar sama. Stewpid.

So itulah dia kenangan dekat Barcelona, Spain yang I takkan lupakan sampai bila-bila. InsyaAllah bila ada rezeki, boleh pergi sana lagi. Nanti I nak cakap dekat Shein, dia pernah datang sini masa dia dalam perut. Hahahahaha. Thank you Bapak, Mak and Sazli sebab bawak I jalan merentas Europe. I takkan dapat lupakan sampai bila-bila... :)

-eNd-

2 comments:

Hayati Ghazali said...

hahahaha...gelak baca u kemain kerek dengan pemain tenis donia...sue, bukan senang tau nak kerek dgn diorang...tahniah..hahaha

Chooyaya! said...

Hayati Ghazali : Tu la. tak paham kenapa yang sombong sangat. Hahahaha