Assalamualaikum..
Today I nak share pulak experience I and the 'Cik Kiah Entourage' di Amverton Island with the snake. Kitorang ke Animal Island naik boat lepas tu dapat tengok Snake Show! Best la experience this time. Sambil enjoy the show, boleh tambah pengetahuan pasal Ular. I takot ok Ular? Tapi lawan jugak demi Shein. Show Ular tu memang kurang 2 depa dari kitorang. Bebetul depan mata. Naseb baik la Abang Ular tu cekap. I cannot imagine macam mana kalau tiba-tiba ular tu terlepas perrrrrrghhhh but don't worry of coz la pelatih ular tu professional. Shein memang sukaaaaaaaa la dapat tengok animal macam ni, dapat pulak naik boat memang la dia happy. I bet bebudak memang happy la dapat buat this kind of activity. Thank you Amverton for this great experience. Macam I, lepas tengok show badan rasa restless nak demam semua ada sebab kata Mr David Adrenalin Rush. I takot ular tapi gigih duduk paling depan just to makesure Shein dapat the best view. Lepas tu sendiri lemah semangat sampai rasa nak demam kah kah kah. Time makan I diam je. Lauk semua sedap-sedap kot dekat Club House. Nak pulak Kari Ikan dia tapi I pulak macam tak larat sekejap je. Lepas balik bilik mandi and buat massage (will share later) baru la I ok. Masa Snake Show tu I dah nekad, kata kalau ular tu buat hal, memang I melompat bawak boat sendiri keluar dari Animal Island. Yang lain-lain tu pepandai la bawak diri. Berenang ke apa ke I tak kisah. Hahahaha.
Safety first ok? Untuk naik boat ride semua kena pakai life jacket.
Shein next time sila focus kalau ambik gambar dengan Mama ok?
Kitorang gerak ke Animal Island dalam pukul 10.00am macam tu and cuaca pon ok cuma panas la sikit sebab dah tak berapa nak pagi sangat. Better panas dari hujan. Kalau hujan memang mereput la dalam bilik tak boleh buat apapa. I suggest if korang nak pergi ke Animal Island, try pergi as early as possible. Pukul 9.00am is the best la. So takde la panas sangat. Pakaikan the kids kasut so that senang nak bergerak.
All of us. Time ni Hazel je tak sampai lagi. Muat naik satu boat. Untuk boat ride (min 4 pax) is RM15.00/person include entrance to Animal Island and FREE Snake Show.
Mr David. My Godfather. Father terus takyah brother sebab dia treat I sama macam budak-budak sekolah baya-baya Shein so Father je la walaupon beza umur tak sampai 10 tahun. Hahahaha. Sapa suruh? Kang nanti I makan ice-cream ke, makan fries ke, makan process food dia geleng-geleng kepala tanda tak agree.
Yayyyy boat dah sampai! One thing I suka pasal lake dekat Amverton ni sebab dia bersih and tak bau hanyir. Tau kan kalau tasik usually bau ikan? Dekat sini tak. So kalau nak fe-feeling cerita hindustan percik-percik air dekat muka takde masalah sebab bersih. Tasik ni pon clear. Boleh nampak ikan berenang-renang. Dalam tasik ni ada banyaaaaaaaaaaak ikan! Kata kalau korang nak memancing pon boleh. RM30.00 for Fishing Rod Rental for 5 hours tapi catch and release la. Tak boleh bawak balik rumah goreng or masak tempoyak. Too bad.
Panas kan? Better pakai sunblock kalau matahari dah terpacak atas kepala macam ni.
Boat ride dari hotel ke Animal Island tak sampai 10 minutes pon. Dekat je. Tak sempat nak mabok laut. Tapi nak mabok laut apanya kalau ni tasik? Hahahaha.
Welcome to Animal Island!
Masuk-masuk je Shein jerit. 'Mama mokeeeeeey!' Monkey la Shein.
Ni binatang apa ni? Chipmunk eh?
This is Hedgehog or Landak. Bulu dia tu masa kekecik I buat penunjuk baca Quran.
Hello Pony! Dulu Amverton allow untuk Pony Ride. Sekarang dah tak boleh. Pony ni dah garang kot? Tapi korang boleh tengok dalam gambar ni, suasana damai je kan? Memang best. Bawak makanan lepas tu picnic pon best jugak.
Luas jugak Animal Island ni. Bersih pulak tu.
Nampak tangan Shein. Dia selamba je hulur tangan nak pegang. I pulak yang menjerit-jerit.
Shein memang animal lover. Esok besar jadik Doktor Haiwan la eh Shein? Shein tu kalau tak dilarang mau dia masuk sekali dalam kandang ni. Bukan boleh percaya.
Three Musketeers. Gambar ada jari pon masukkan jugak T____T
Mr Rayyann, Mr Shein and Mr Bryton Lee.
Hello Monkey!
Mr David cakap, I takotkan monkey ni. I actually balas je apa dia buat dekat I. Dia tayang gigi, I tayang la gigi balik. Dia ingat Lepas tu the monkeys macam tak puas hati gegar-gegar jaring. Hahahaha.
Luas jugak Monkey Cage ni. Cukup la untuk dorang senggayut. Biasa dekat tempat ada binatang macam ni busuk kan? Dekat Animal Island Amverton korang takkan bau busuk sebab tempat ni memang bersih.
Ok. Snake Show dah start. The Snake Show available only on Saturday (5.00pm) and Sunday (11.00am)
Ada 3 jenis ular dibawa keluar. Dari ular kecik ni, ke ular besar sikit takde bisa and ke Ular Tedung. Yang ni dia menjalar laju je. Menjalar eh kalau ular? Haha.
Ada orang tu takot. Duduk belakang-belakang je. Hahahaha.
Ular ni takde bisa. Apa entah nama. Abang yang handle ular ni pernah kena patuk dengan King Cobra and comma 2 weeks. Hebat kan? Kata Abang Ular ni let say la one day ada sesapa kena patuk ular, cuba keluarkan bisa tu dengan cara hisap bisa ular tu keluar sampai la habes semua darah-darah ketul. Jangan risau bisa tu sebab bisa ular only akan absorb masuk dalam badan kalau terkena pada bahagian dalam mulut yang ada luka. If not takpe. Jangan ikat, sebab itu boleh menyekat darah dari mengalir dan kurangkan pergerakan. Antivenom hanya akan diberi jika perlu and hanya diberi oleh Pakar Perubatan Kecemasan selepas dinilai dengan teliti. Boleh baca dekat sini tips jika digigit ular.
Yang ni is Albino Python. Dia makan ayam sebulan sekali je. Ular makan jarang-jarang tapi sekali makan sekor ayam terus. Albino Python ni Abang Ular ni bela as pet. Dia bagi makan and mandikan semua. Beria nak Abang bagai. Padahal umur dia baru 25 tahun. I bajet muda ke apa ni? Kah kah kah.
Budak-budak je yang berani pegang. Aper hal???
Si Bryton berani-berani ayam je. Nampak macam berani padahal takot jugak sebenarnya. Hahaha.
Si Shein masa ular tu belit kaki dia pon dia relax boleh peace. Kalau ular belit kaki I, memang I dah bagi ular tu penampar buaya.
Suka eh kau Shein? Nanti esok lusa kalau dia dah besar and tetiba nak bela ular, I cakap ok tapi sebelum dia bawak balik, I halau diri I keluar dari rumah. Hahahahaha.
Ok. Bye-bye Snake!
Kitorang spend lebih kurang dalam 2 jam setengah dekat dalam Animal Island ni. Lepas habes Snake Show, terus lunch dekat Club House. Just nice sebab time tu dalam pukul 1.30pm kot? Semua orang dah kebuluran. Hahahaha. Panas sikit but sebab boat ride tak lama so ok la. Jangan lupa pakai sunblock, pakai topi and bawak air ok? Boleh bawak snacks as well tapi jangan la sepahkan tempat ni. I pun sukaaaaaaaaaaaa tengok. Tepi-tepi tasik tu sungguh jernih air dia and boleh nampak ikan. Memang damai sangat sebab sesekali angin bertiup. Eh, I sukalah Amverton Cove. Sesuai la dengan jiwa I yang mencintai Alam Semulajadi ni. Cecece. Anyway, kalau korang ada plan nak datang Amverton Cove dengan family I suggest korang ambik Deluxe Family Fun Package 2D1N berharga RM488.00 nett for weekdays and surcharge RM100 nett during weekend Friday, Saturday and Eves of Public Holidays.
Harga ni inclusive :-
- Deluxe Room yang ada 1 Queen Size bed and 2 Single bed. View Swimming pool and directly accessible to swimming pool via rooms' balcony.
- Breakfast
- One round Boat Ride and entrance to Animal Island
- One round Kayaking OR Paddle Boat Ride
- One round Archery Game
- Complimentary WiFi, Gymnasium, table tennis, kid's game room, kid's fun zone and swimming pool
- Package for 2 Adults 2 children
Lebih berbaloi kan? Deluxe Family Room ni pon punyalah luas! Ada bathtub siap and senang je nak pergi swimming pool. Takyah jalan jauh-jauh. I sukaaaaaaaaaaaa! Nanti I share gambar bilik dengan Swimming Pool pulak ye? Ada satu lagi package yang murah sikit, Family Fun Package 2D1N berharga RM388.00 nett for weekdays and surcharge RM100 nett during weekend Friday, Saturday and Eves of Public Holidays.
Harga ni inclusive :-
- Deluxe Room + 1 extra bed provided
- Breakfast
- One round Boat Ride and entrance to Animal Island
- One round Kayaking OR Paddle Boat Ride
- One round Archery Game
- Complimentary WiFi, Gymnasium, table tennis, kid's game room, kid's fun zone and swimming pool
- Package for 2 Adults 2 children
Amverton Cove Golf and Island Resort
-eNd-
1 comment:
Wah!!! Besarnya ular tu..kagum tengok budak2 duk relax je pegang..
Post a Comment