Tuesday, May 23, 2017

Rock to Run Trip - Armenian Street/Art Street

Assalamualaikum..

Korang tau kan dekat Armenian Street/Art Street tu ada banyak mural dekat dinding untuk ambik-ambik gambar? I pernah share dekat sini. Ni memang one of I punya favorite place untuk I pergi dekat Penang. Pakkal la pernah pergi last time, kalau tak mau nanges sebab trip kali ni takde banyak masa sangat spend dekat sini. Pertamanya sebab cuaca panas and keduanya kalau ada bebudak baya-baya Shein ni susah sikit sebab mereka kurang memberi kerjasama + renyah la sikit kan nak naik beca bagai sebab jarak satu sama lain tu sebenarnya agak jauh. Nak jalan kaki mau becak la ketiak.  One more yang sawan camera I sorang, lepas tu nak drag Sazli and Shein macam tak fair so this time dekat area ni kitorang spend time visit Penang Time Tunnel dengan family Abang Zai, Abang Shahrul and Kak Fieza. Sini ada aircond, best! Banyak jugak kitorang ambik gambar dekat sana and Shein pun rupanya kalau instruction dari orang lain, dia ok je boleh dengar. Banyak ambik gambar sebab yang tukang ambikkan tu garang boleh tahan so bagus la untuk Sendong korang tu. Kalau dari Mak Kau Hijau naik nak terkeluar anak tekak cakap ‘Shein peeeeeeeeeeeeeeeeeace’ haram dia nak tengok camera. Tak pon mulut je cakap pis tapi mata melilau tengok Dragon la, tengok eskrem la. Heart attack. Lagipon haritu orang ramai la dekat Armenian Street tu and cuaca panas so kitorang decide untuk terus ke Penang Time Tunnel je. I sempat la ambik gambar sebelah basikal tu je. Nak ambik dekat basikal queue punya la panjang so good bye. See you next time. Gambar berdua tu pon entah sapa-sapa la I approach suruh ambik. Kah kah kah. Time tu Sazli pergi park kereta. Nak park kereta pon boleh tahan susah. Jom layan gambar.


Ni dekat sebelah Basikal tu. Punya ramai orang queue ambik gambar. Tengok kaki Shein kemain lagi bersilang. Sapa entah ajar dia. Tengok tangan tak lepas dengan henpon. Padahal mana ada wifi pon. Sebok nak pegang henpon lepas tu lost focus and jatuh. Bercalar lutut. Padan muke. Hahaha.



Mohon lepas ni lebih beremosi kalau ambik gambar kiss dengan Mama ok Shein?


Shein suka dekat sini dengar macam ada Buskers nyanyi-nyanyi lagu Hotel California. Suka dia. I pon suka. Tapi cuaca memang agak panas la. Melekit-lekit. Naseb Shein pakai baju aircond.


Nampak la sikit bontot basikal. Ramai sangat orang queue. Tourist pon ramai.


Time ni lebih kurang dalam pukul 11.45am macam tu. Dah ramai dah orang. I agak kalau petang sikit, maybe orang dah tak berapa ramai macam ni.


Dah dua kali sampai sini tapi still tak dapat chance nak makan dekat area-area sini jugak. Saja la nak lepak makan eskrem durian sambil menghirup secawan kopi... Shein tu dok usha ABC. Dia bukan suka pon durian. Explain durian pon buat-buat tak paham. Geram je.


Time ni I berdua je dengan Shein. Sazli tengah carik parking lagi. Suruh Shein ambikkan gambar dia pegang henpon lepas tu cakap peace T___T


Masa dekat sini, jumpa dengan Safiyyah Osman. Sapa kenal? Ni tauke Pure by Safiyyah Osman. Korang boleh tengok IG dia dekat sini. Ingat lagi dulu masa Eli (husband) Piyah kena berenti kerja dengan MAS, I tumpang risau. Tolong la dia promote business dia mana yang mampu. Masa Piyah start dengan Pure, I yakin dia akan berjaya sebab dia memang ada ciri-ciri orang yang berjaya. Now look at her... Agent pon ada lebih dari 50 orang kot? Alhamdulillah. Proud of you Piyah.


Family Abang Zai tengah beli ice blended. Dekat area sini memang baaaaaaaanyak jual air-air. I memula dah cakap dalam hati,  today nak try ice kepal tapi macam biasa, tak kesampaian.


I suka la bangunan lama-lama macam ni. Best! Orang pon ramai. Macam ada carnival.


Si Shein pon suka la dia. Dapat naik beca, dapat tengok bangunan yang ada Dragon dekat bumbung. Nampak je dari jauh dia dah bersilat. 


Shein memang usha je Beca ni. Finally dapat jugak naik dari sini ke Penang Time Tunnel. Kena RM15.00


Ni la bangunan yang ada Dragon tu. Shein suka. Asyik la suruh tengok. Sian dia.... Nanti esok Mama bawak pergi Entopia tengok Butterfly ok?


Ni anak Abang Shahrul.


Masa nak tunggu beca lepas tu ada macam mini parade. Siang takpe. Kalau nampak time malam mau tak cukup tanah I lari. Shein nak ambik gambar, tapi takot. Hahahaha.


Pakcik yang bawak beca kami tu umur dia 68 tahun. Sian pulak kena bawak penumpang debab-debab macam family Shein Iskandar ni.


Dekat Penang ni ada banyak 3D Museum macam ni. Penang Time Tunnel ni best jugak. Boleh ambik gambar and boleh jugak tambah ilmu sebab dorang share info dalam bentuk replica dan anak patung activity sejarah 400 tahun dahulu. Gambar from Google.


Shein yang nak bergambar dekat sini. Good boy Shein.

Tiket nak masuk Penang Time Tunnel is RM16.00 untuk Dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun. Kata Abang Shahrul dia ajak I bukak 3D Museum macam ni jugak dekat KL. Sure kaya. Hahahaha... Tu nampaknya ada bunyik bengang sebab tiket RM16.00. Hahahaha. I kasik 3 bintang la untuk Penang Time Tunnel ni. Bestnya sebab orang tak ramai sangat. If ramai sangat orang nak kena ambik turn tu yang malas. Aircond pon best, sejuk jeeeee, lepas tu ada pulak yang akan bantu ambikkan gambar dekat right angle. Tu yang best. Shein pulak mendengar kata and hasil gambar menarik. Tu paling penting. Ada upside down hall as well. Nanti gambar I share dalam next entry la eh? K A L A U rajin. Okbye,.

-eNd-

1 comment:

masdila said...

kiter ingt kak su cut ur hair,,,
da cm muka ara kalau rambut pendek cm tu,,cantik n gorjes sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...