Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Wednesday, June 21, 2017

Rock to Run Trip - Hard Rock Hotel

Assalamualaikum…

Jom throwback balik Trip Penang. Dari berhabuk dalam draf baik share harini. Mana laaaaaaaaaaaa tau ada yang nak holiday raya dekat Hard Rock ke kan? Jap I tengok dalam Agoda berapa rate dia sekarang. Untuk Deluxe Room rate exclude tax for 1 night is RM524.00 dapat breakfast. Hill view la tapinya. Agoda cakap less 41%. If book dekat hotel tak dapat la harga ni. Tu banyak less tu apa lagi? Pergi la weh. Hard Rock bagi I best. Hotel dia best, bilik dia best. Swimming pool besar and ada private beach. Breakfast dekat hotel pon best lepas tu boleh buat beach activity. Maksudnya kalau korang lepak sini and taknak jalan town pon ok. Kat hotel pon dah best. Malam boleh tengok live band. Malas makan kat luar boleh room service. Untuk Kids pulak ada Kids Club. Untuk emak-emak ada Salon and Spa, untuk Bapak-bapak ada Lounge boleh sapkok minum kopi. Teens Club pon ada. Nak makan ada 6 different café. Pilih je nak apa. Ada Hard Rock Café, ada Starz Diner, Pizzeria, Lounge, Sand bar dengan The Shack. InsyaAllah takkan jemu dengan makan. Bilik dia I sukaaaaaaaaaaaaa sebab katil besar. Yang I duduk haritu ada bathtub, tapi bilik John takde bathtub pulak. Maybe different type of room kot? Ada 9 jenis bilik. Dari Deluxe sampai la King Suite. Untuk detail pasal Hard Rock Hotel korang boleh tengok dekat sini ok? Kat sana ada banyak info macam accommodation, amenities, entertainment and more. Meanwhile jom tengok gambar yang I sempat snap ni. Takde banyak, tapi boleh laaaaaa. Aku bab makan je yang beria ambik gambar. Kah kah kah.


Ni before balik. Kitorang beli T-Shirt Hard Rock sorang satu. Yang sorang 1 tu Mama and Shein. Abah sorang 3. Eh ke 4? Hahahaha.

Tuesday, June 6, 2017

Rock to Run Trip - Hard Rock Hotel Part I

Assalamualaikum

Throwback balik yang trip Penang eh? Kang manjang citer makan kang jangan kata nkorang, I pon merana and makan hati. Hahahaha. Kitorang book bilik guna Booking.com. Book awal dalam hujung bulan 1 and nak check in bulan 5 punya jauh jarak. Time tu harga billik dalam RM1,117.08 termasuk tax for 2 nights jenis Deluxe. View hill jer yang tinggal so ambik jer la dari takde. Jangan view kubur dah. Dekat Hard Rock ni ada jugak bilik view pool and ada paling best ada bilik yang direct access to the pool macam dekat Villaku.  Bangun tido terus terjun kolam konsep dia. Time tu ada Rock to Run and rupanya ada 2 company buat family day maka semua bilik habes disapu liceeeeen. Family I dengan John je yang dapat book bilik. Kak Fieza, Abang Shahrul, Abang Zai sekeluarga nak book petang sikit je dari kitorang pon dah fully book.  If korang nak murah, book guna Agoda or Booking.com ok? If book direct dari Hotel harga agak mahal. Price before tax untuk bilik jenis deluxe mengadap bukit is RM500.00/night macam tu. I bagi 4.00 bintang untuk Hard Rock. Kolam bersih, service cepat, bilik hensem and breakfast makan sedap. Salon, spa pon ada. Best! Cuma masa tu orang agak ramai so macam hingaq sikit. Sipi-sipi macam dekat pasar. But semua under control la. Gambar bilik nanti I share kemudian ok? I sukaaaa bilik dia. Sabun muka dia bau serai siap tapau bawak balik. Kah kah kah. Jom tengok gambar Shein mandi kolam dengan Abah dia, John and anak-anak. I duduk tepi je jadik Pom-pom Girl dengan Cikgu Murni. Malas pulak nak beria mandi (sebenarnya segan dekat John and Cikgu Murni) Hehe.


John and Sazli la yang handle bebudak mandi. I tengok John berenang setempat je. Hahaha.

Friday, June 2, 2017

Rock to Run Trip - Padang Brown

Assalamualaikum..

Tengah terfikir apa la nak berbuka for harini. Fikir punya fikir tetiba teringat Char Kway Teow masa dekat Penang haritu. Ada dua tempat I makan Char Kway Teow. Satu dekat Padang Brown and satu lagi dekat Pantai Shamrock. Boleh baca dekat sini. Yang paling sedap is dekat Pantai Shamrock la sebab the one dekat Padang Brown macam masin sikit. Tapi masalahnya almost impossible la kan nak makan Char Kway Teow for berbuka sebab konsep Char Kway Teow ni makannya nak kena panas-panas and jam tu jugak. Kalau tunggu lama nanti dah kembang. Nak masak sendiri kalau takat Kway Teow tu boleh la tapi I nak Char Kway Teow. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Puasa ni cengginilah kan, makannya teringin nak yang specific je. Kalau takde teringin apapa and makan sebab nak bukak puasa dia rasa macam takde feel la. Kan? Ke aku sorang je? Hahahaha. Ok la, alang-alang dah cerita pasal Penang, I share lah sikit gambar masa kitorang makan dekat Padang Brown. Unfortunately, this is the only family group photo yang Group Apartment I ambik sama-sama. Tu pon minus Shein (tengah tido and Danish anak Abang Zai sebab dia tukang ambik gambar). Jaaaaaadik la dari takde. Haritu masa pergi Penang ada Family Kak Fieza, Family Abang Shahrul and Family Abang Zai. First night kitorang stay dekat Maritime Guesthouse and second night dorang stay dekat Bayview Beach Resort and family kitorang stay dekat Hard Rock dengan family John. Actually lokasi hotel sebelah-sebelah je. Dorang tak dapat dah nak book bilik dekat Hard Rock sebab dah penuh time tu. Kitorang je stay sampai Isnin and the rest balik KL Ahad tu jugak sebab memasing tak dapat cuti. Kak Fieza yang susun itinerary masa dekat sana. Sebab Penang tu kampung dia so biar dia setel. Makan tak sedap kalo, siap ko Kak Fieza. Hahaha.


Telan je la ailio. Walaupon sedikit masin Char Kway Teow Padang Brown ni tapi masih lagi jatuh kategori sedap la. Dapat cili jeruk ni peeeerrrrrrghhhhhh

Wednesday, May 24, 2017

Rock to Run Trip - Mee Udang Kuala Sepetang and Merbau Pulas

Assalamualaikum

Pepagi dah cerita bab makan. Hahaha. Tabah jer la korang eh? Setabah hati I setiap kali ke Utara lepas tu tau dah mesti akan gain weight paling busuk pon sekilo. I sebenarnya wonder macam mana orang Penang boleh menten kurus dah kalau tetiap hari terbantang depan mata makanan yang sedap-sedap? Haritu busuk-busuk pon I makan Jeruk Pak Ali yang Kak Fiza belikan 2 pack (sebab I eksyen cakap nak sikit je) punyalah sedap lahai. Tak pernah makan jeruk sedap macam ni. Kalau bekukan buat eskrem pon sedap jugak ni. Lepas tu masa dekat Padang Brown I makan Pasembor OMG S E D A P sangat. Lain giler dengan Pasembor yang I pernah makan dekat KL ni. Tu nanti la I share kemudian. Untuk harini I nak share Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Haritu dah ada dah teaser tapi biasala harini nak carik pasal lagi. Hahahaha. Kali ni I cakap pada Sazli, I nak makan Udang Salut Tepung yang size besar sekapal (dia letak dalam bekas kapal). Cicah dengan special sos dia aduhai sedapnyaaaaaa. Mee Udang I nak makan kemudian. Maksudnya bungkus la. Kalau makan banyak sekaligus nanti tak nikmat. Nasi Goreng dia duluuuuuuuuuuuu I rasa macam sedap but now tak sedap la. Tak sedap sangat. I tanya Sazli, dia kata ok. Sazli ni semua makanan pon ok je. Masin ke, cili tak masak ke samadengan OK. Dia tak cerewet sebab tu dia tak boleh jadik Food Blogger macam I hahahahha. I kena la share honest review kan? Sedap I cakap sedap, tak sedap pon I cakap tak sedap lah. But, selain dari Nasi Goreng Udang, yang lain dekat Mee Udang Makjah Kuala Sepetang ni sedap. Cuma Mee Kuning dia, dia tak celur. I suka yang celur sekejap. Maybe dorang guna teori kalau letak dalam kuah panas dia akan lembut ke I tak sure. Overall Siti Nohaliza kasik 3.5 bintang sebab service dia pon cepat, harga dia pon berpatutan. Ok mari kita saksikan segala mala makanan tersebut kye terlir padan muhuker.


Tengok pon dah tau kan sedap? Udang dia fresh. Lepas tu tepung dia rangup and sedap rasa macam ayam KFC. Cicah dengan special sos. Memang sedap gileeeeeeeeeeeeeer. Thank you Mee Udang Makjah kasik I rasa udang sedap macam ni dalam hidup. Hi Ain. Eat your heart out. Hahahaha.

Tuesday, May 23, 2017

Rock to Run Trip - Armenian Street/Art Street

Assalamualaikum..

Korang tau kan dekat Armenian Street/Art Street tu ada banyak mural dekat dinding untuk ambik-ambik gambar? I pernah share dekat sini. Ni memang one of I punya favorite place untuk I pergi dekat Penang. Pakkal la pernah pergi last time, kalau tak mau nanges sebab trip kali ni takde banyak masa sangat spend dekat sini. Pertamanya sebab cuaca panas and keduanya kalau ada bebudak baya-baya Shein ni susah sikit sebab mereka kurang memberi kerjasama + renyah la sikit kan nak naik beca bagai sebab jarak satu sama lain tu sebenarnya agak jauh. Nak jalan kaki mau becak la ketiak.  One more yang sawan camera I sorang, lepas tu nak drag Sazli and Shein macam tak fair so this time dekat area ni kitorang spend time visit Penang Time Tunnel dengan family Abang Zai, Abang Shahrul and Kak Fieza. Sini ada aircond, best! Banyak jugak kitorang ambik gambar dekat sana and Shein pun rupanya kalau instruction dari orang lain, dia ok je boleh dengar. Banyak ambik gambar sebab yang tukang ambikkan tu garang boleh tahan so bagus la untuk Sendong korang tu. Kalau dari Mak Kau Hijau naik nak terkeluar anak tekak cakap ‘Shein peeeeeeeeeeeeeeeeeace’ haram dia nak tengok camera. Tak pon mulut je cakap pis tapi mata melilau tengok Dragon la, tengok eskrem la. Heart attack. Lagipon haritu orang ramai la dekat Armenian Street tu and cuaca panas so kitorang decide untuk terus ke Penang Time Tunnel je. I sempat la ambik gambar sebelah basikal tu je. Nak ambik dekat basikal queue punya la panjang so good bye. See you next time. Gambar berdua tu pon entah sapa-sapa la I approach suruh ambik. Kah kah kah. Time tu Sazli pergi park kereta. Nak park kereta pon boleh tahan susah. Jom layan gambar.


Ni dekat sebelah Basikal tu. Punya ramai orang queue ambik gambar. Tengok kaki Shein kemain lagi bersilang. Sapa entah ajar dia. Tengok tangan tak lepas dengan henpon. Padahal mana ada wifi pon. Sebok nak pegang henpon lepas tu lost focus and jatuh. Bercalar lutut. Padan muke. Hahaha.

Rock to Run Trip - Char Kway Teow Sedap Di Shamrock Beach

Assalamualaikum..

Welcome back KL! 4 hari dekat Penang seronok sangat (dan gemok sangat tssssk tssssk). Rasa macam sekejap je pulak 4 hari sebab pack with activities. I packing untuk diri sendiri baju cukup-cukup je. Nak balik semalam sependa pon tinggal sehelai kah kah kah. Baju untuk Shein pulak cukup untuk duduk lagi seminggu dekat Penang. Aku pon taktau kenapa each time pack baju Shein mesti berlebih tak ingat. Hahaha.  Sazli happy sebab dapat masuk  lari Rock To Run 2017 tu sebab plan dengan Abang Kakak Apartment and dapat jumpa dengan John kawan rapat masa dekat Teknik Kulim dulu. Tapi dia dengan John nak komplen dekat Organizer Rock to Run 2017 sebab depa kata, depa kena tipu. Kata lari 3.8km tapi sebenarnya 4.2km T____T Hahahahaha. Kata John, lari kurang km takpe, jangan lari lebih. Yang tu kena komplen. Bongok la dua orang tu. Hahaha. Kali ni I takde dapat makan Nasi Kandar pon sebab salah timing and salah plan tapi takpe, I tak frust sangat sebab memang kali ni tekak nak Laksa and Char Kway Teow sedap je. Alhamdulillah dapat. Dapat makan dekat unsung place pulak tu. Gerai bodoh je tepi jalan dekat Shamrock Beach, Batu Feringgi. Tak pernah dikecohkan dalam internet tapi ya amat sedap bak ang! Ikutkan hati nak makan 2 pinggan tapi ku tahan Jebat. Lagipon segan kat Muni. Dia mengandung pon makan sikit dah kau kenapa yang takde orang dalam perut makan kussss semangat? Naseb baik la John bawak kami makan dekat situ sebab masa dekat Padang Brown tu, dia punya Char Kway Teow agak masin and tak kena dengan tekak I. Ngada kan? Padahal Penang memang tempat Char Kway Teow laaaaaagi nak komplen bab rasa. Entry pertama Penang I hadiahkan dengan Char Kway Teow sedap ni. Pada yang terliur, I mintak maaf banyak-banyak. Jangan kata  korang, I sendiri pon tengok hatiku tak tahan. Cis!


Char Kway Teow special dekat Shamrock Beach, Batu Feringghi. Kedai tepi jalan je tapi kussss semangat sedap bak ang!