Wednesday, May 24, 2017

Rock to Run Trip - Mee Udang Kuala Sepetang and Merbau Pulas

Assalamualaikum

Pepagi dah cerita bab makan. Hahaha. Tabah jer la korang eh? Setabah hati I setiap kali ke Utara lepas tu tau dah mesti akan gain weight paling busuk pon sekilo. I sebenarnya wonder macam mana orang Penang boleh menten kurus dah kalau tetiap hari terbantang depan mata makanan yang sedap-sedap? Haritu busuk-busuk pon I makan Jeruk Pak Ali yang Kak Fiza belikan 2 pack (sebab I eksyen cakap nak sikit je) punyalah sedap lahai. Tak pernah makan jeruk sedap macam ni. Kalau bekukan buat eskrem pon sedap jugak ni. Lepas tu masa dekat Padang Brown I makan Pasembor OMG S E D A P sangat. Lain giler dengan Pasembor yang I pernah makan dekat KL ni. Tu nanti la I share kemudian. Untuk harini I nak share Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Haritu dah ada dah teaser tapi biasala harini nak carik pasal lagi. Hahahaha. Kali ni I cakap pada Sazli, I nak makan Udang Salut Tepung yang size besar sekapal (dia letak dalam bekas kapal). Cicah dengan special sos dia aduhai sedapnyaaaaaa. Mee Udang I nak makan kemudian. Maksudnya bungkus la. Kalau makan banyak sekaligus nanti tak nikmat. Nasi Goreng dia duluuuuuuuuuuuu I rasa macam sedap but now tak sedap la. Tak sedap sangat. I tanya Sazli, dia kata ok. Sazli ni semua makanan pon ok je. Masin ke, cili tak masak ke samadengan OK. Dia tak cerewet sebab tu dia tak boleh jadik Food Blogger macam I hahahahha. I kena la share honest review kan? Sedap I cakap sedap, tak sedap pon I cakap tak sedap lah. But, selain dari Nasi Goreng Udang, yang lain dekat Mee Udang Makjah Kuala Sepetang ni sedap. Cuma Mee Kuning dia, dia tak celur. I suka yang celur sekejap. Maybe dorang guna teori kalau letak dalam kuah panas dia akan lembut ke I tak sure. Overall Siti Nohaliza kasik 3.5 bintang sebab service dia pon cepat, harga dia pon berpatutan. Ok mari kita saksikan segala mala makanan tersebut kye terlir padan muhuker.


Tengok pon dah tau kan sedap? Udang dia fresh. Lepas tu tepung dia rangup and sedap rasa macam ayam KFC. Cicah dengan special sos. Memang sedap gileeeeeeeeeeeeeer. Thank you Mee Udang Makjah kasik I rasa udang sedap macam ni dalam hidup. Hi Ain. Eat your heart out. Hahahaha.



Sekapal ni harga cuma RM14.00. Nak sedap ambik la size XL sebab manis sangat isi dia. Udang ni udang laut. Bukan udang air tawar. 


Menyesal aku update entry ni.


Next, Nasi Goreng Udang. Sazli order yang biasa. Biasa tu maksud dia udang dia size kecik la. I tak berapa suka. Tapi Sazli suka. If makan tu pair dengan kuah mee udang tu sedap la. 


Kasik close up skek.


Mee Udang Special sebab udang gemok. RM14.00 semangkok. Sedap gileeeeeeeeeeeeeeeeer


I suka makan dengan kicap manis + perah asam limau. Letak pulak cili padi tabur atas dia. Cenggini *thumbs up dekat tepi peha, kaki bengkok sikit. Hahahaha.


Fresh Orang sedap I punya, Teh O Ais Sazli punya, 'Woto' Shein punya.


Permintaan Shein suruh ambik gambar Monster dia. Mak dia pon layan. Dah tu, kena pulak suap dua ekor ni makan sekali. Menyampah.


Shein suka makan udang. Kata dia cikes. Cikes = Ayam. Hahahaha.


Sebok nak main air. Geram je I perati. Mak kau nak makan dengan ketenangan pon tak boleh. Dah la udang ada balance sekor dalam kapal, I jeling je takot Sazli ambik. Hahahaha.

Mee Udang bungkus 4, Nasi Goreng Udang 2, Udang Goreng Tepung 1, Air 3 and total semua tak sampai RM80.00 rasanya. Bagi I, memang murah and berbaloi. Nanti nak try la Udang Tepung dekat Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang di Wangsa Maju (ada lagi ke?) and nak tengok, sama ke tak rasa dia. Kekadang franchise ni kalau dia bukak, rasa dah tak sama. I pon tak faham kenapa tak boleh nak sama rasa dia. Tapi tu tak boleh la komen lagi sebab tak try lagi. Itu base on I baca review je. Takpe, nanti ada masa kita makan dekat Mee Udang Makjah yang dekat KL pulak. Tapi ni dah tak lama nak puasa. Acane? Dyba dah cakap ni nak makan sedap everyday. Minggu depan nanti time lunch kita buat taik mata je la. Lepas siap makan Mee Udang, perjalanan diteruskan ke kampong Tok Chak di Merbau Pulas Kuala Ketil. Dalam sejam je jarak dari Kuala Sepetang.


Geram je tengok si debab ni tido. Sazli selalu ada rasa kesian tengok Shein tido dalam car seat tapi I tak kasik jugak keluarkan dia sebab safety. What is the point masa tido nak keluarkan dari car seat? Anything could happen. Mintak dijauhkan tapi I prefer safety than selesa. Biar lah dia tido terlentok macam tu asalkan selamat.


Dah sampai kampung, Irah pulak makan Mee Udang bungkus. Belakang rumah Tok ada jual Laksa, Maggie Goreng, ABC. I suka sangat. Sampai-sampai sana terus beli.


Tu la Tok Chak bersama anak bungsu (Masi Timah - Mak Irah), Cucu dan cicit-cicit dia.


Shein Ok je main dengan Tok. Tok kejap ingat I, kejap tak ingat. Now I dah redha. Dulu pernah la sebak sebab I spend time berejam borak dengan Tok sampai dia kata nak kasik gelang emas dia dekat I. Hahaha. Dia cerita la pasal dia masa muda-muda dulu semua. Manja la kitorang bercerita sambil berpegangan tangan. Lepas tu I mintak excuse nak pergi toilet sekejap. Datang balik, I pon cakap, 'Toooooooooook!' Sekali Tok tanya I, 'Hang sapa?' Terus nanges. Hahahahahha. Bapak gelakkan je I. Dia kata dia simpati la jugak. Tapi nak buat macam mana. Tok dah tak kuat ingatan dia.


Ni Shein dengan Marsha anak Irah. Ya Allah Shein dah macam belacan. Berpeluh masin!

Dari rumah Tok, terus kami ke Maritime Guest House dekat Georgetown. Kalau rajin, nanti I share gambar and review pasal Guest House tu eh? Kalau rajin la. Kalau malas, good bye. Hahahaha. Malam tu kitorang check in dekat sana pulak. Tunggu family Abang Zai, Abang Shahrul and Kak Fieza datang. Dorang gerak dalam pukul 9.00pm dari KL. Kitorang dah golek-golek berehat layan TV, dorang baru nak gerak dari KL kesiaaaaaaaaaaaan. Hahaha. Kepada John, mai la try Mee Udang Mak Jah ni John. Sian kat Murni dok ngidam. Bukan jauh pon dari Penang. Lagipon sedap. Hang kalau tak ghasa hang menyesal. 

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...