Monday, July 31, 2017

Hello From Phuket

Assalamualaikum...
Sawadi ka.... Kalau dalam bahasa Thailand rasanya Hello. Ke bukan? Hahahah.

Apa kabar orang Malaysia? I dekat Phuket ni InsyaAllah gemok. Mana tak gemok, sini hari-hari pon makan Pulut Mangga and Pulut Ayam. Bapak sedap wei! Semalam kitorang dah check in dekat Marriott Beach Club. Bapak best ok Marriott ni. Tak sabar I nak share dalam blog nanti. Kitorang dekat sini sampai Rabu lah. Masa first day sampai, kitorang check in dekat Private Villa area Ban Thao. Dedua tempat stay ada private pool so berangan la kejap macam ongkaya hahahaha. Jarak kedua-dua tempat ni dalam 40 minutes la lebih kurang. Besar jugak Phuket ni. I ingat kecik je macam Langkawi tu. First night kitorang keluar cari makanan jumpa kedai muslim jual Pulut Mangga OMG sumpah sedap giler Pulut Mangga Thailand ni and berbeza sangat sangat sangat dengan Malaysia. Yang semalam punya Pulut Mangga dekat area Mai Khao ni tak berapa sedap berbanding yang dekat Ban Thao. Lain sikit rasa dia. I tak sure apa yang membuatkan dia punya pulut sedap sebab pulut kot? Apa bezanya... Tapi serious lain rasa dia. Pagi petang malam bedal pulut mangga manjang. Dengan mangga dia manis, I tak boleh bak brain why so sedap. Letak spenda ke apa? Hahah. Ongkaya Aliah yang memandang pulut mangga dengan sebelah mata pon tetiba suka makan. Dia tu sejenis Altaav la, makan bukan sembarangan. Tak macam anak beranak Sazli, semua bedal kecuali batu dengan kayu.  Tapi pulut mangga ni dia suka. Hahaha. One more Thai Tea and Thai Green Tea pon sedapnyaaaaaaaaaa and dekat sini foods sangat lah murah. Duit Malaysia kan mahal berbanding Thailand? Dulu masa currency lagi bagus, lagilah murah. Macam pulut mangga dengan Thai Tea tu dalam RM2.00 - RM2.50 je. If bawak duit RM25.00 dah kenyang dah kitorang anak beranak dekat sini. 

Ni la Pulut Mangga terpaling sedap dalam dunia yang I pernah makan dekat Ban Thao. 

Dekat sini takdelah susah sangat nak cari makanan halal. If korang tengok dekat restaurant tu kedai yang halal biasa ada tulis lah. Takpon tanya je halal ke tak walaupon kekadang susah nak communicate. Ha cakap la ko bahasa Ayam dengan Itik dekat sana. Yang dekat adea Ban Thao ada a few yang boleh cakap Malaysia tapi dialek ala-ala Kelantan. Kata Atiq tu orang Pattani. Kalau dia tipu I, I percaya je. Tiga orang tu dekat sini kerjanya membahan I je. Tapi I kalau Atiq and Aliah bahan I tak terasa. Lantak la. Now kalau Aliah cakap 'Tau la Ongkaya..... Takkan tu pon taktau'. I melawan je cakap 'Kata Ongkaya?' Lantak. Ni kalau Orang Thailand paham apa kitorang cakap ni mau berbulu je memasing. Hahahah. Anyway, thank you Aliah and Atiq kalau tak sebab korang tak merasa la nak duduk Marriott ni. Naseb la dorang ada kawan yang boleh dapat rate yang bapak bagus nak mampos. Korang check la sendiri harga dekat Agoda/Booking.com berapa rate untuk 1 malam dekat Marriotts yang jenis 2 rooms ni. Nanges la ko kat situ nak duduk sampai 4 hari 3 malam. Memang confirm pergi kerja pakai sependa je lepas balik dari sini. Kah kah kah.

Thai Tea dekat sini pon sedap la. Macam rasa yang dekat Langkawi. Thai Green Tea pon sedap. Rugi la sapa tak suka Thai Green Tea ni macam Ain. Hilang nikmat donia.

Yang ni murtabak ke menda entah. Roti canai pon ada dekat sini. Kalau Atiq bawak balik je makanan, I tanya 'Apa ni, babi ke? Halal ke tak ni?' Saja carik pasal hahahhaha. Padahal takkan la Atiq nak beli babi. Bongok!

Yang ni pulak Ayam buat makan dekat Pulut. Sedap wei, dia ada tabur dengan bawang goreng. Sumpah sedap!

Ayam yang macam satay ni pon sedap. I suka yang daging more. Makan dengan Thai cili sos + kobis and lada kecik. First time cuba terus suka.

Yang ni pulut buat nak makan dengan ayam. Kuah kari dengan acar timun tu untuk makan dengan murtabak and roti canai. Alahai, tengok gambar pon dah rindu nak makan. 

Ni ha breakfast untuk semalam masa dekat Ban Thao. Tengok si Aliah tu, muka bengang je sebab sebelum boleh makan I kena kasik susun cecantik dalam pinggan sebab nak amek gambar. Hahahha.

Ni amenda ni I tak tau. Sejenia sarapan nasi kuning makan dengan ayam fillet and aos chili thai.

Foods dekat sini semua sedaplah. Taktau nak cakap macam mana. I kalau berjalan negara orang memang lah suka cuba dia punya local foods and dekat Phuket ni, lain lah makanan dia walaupon dekat Malaysia bersepah Thailand restaurant sebab tu korang kena datang Phuket ni. Naik kapaltebang boleh, nak drive pon boleh kalau rajin. Hahaha. Oh, haritu flight smooth je. Takde la takot mana except for masa nak take off and landing je la I keras muka ungu. Bukan biru dah, ungu terus hahahah. Shein suka je. Dia cakap 'Mama, plane fly....' Sambil tunjuk tangan macam fly. Masa nak landing lagi best 'Mama, plane jatuh....' Hek ko la Shein. I cakap landing la, dia cakap jatuh jugak. Campak dekat luar ko baru tau. Hahaha. Shein pon suka la dapat kawan Altaav tapi main 5 minutes, berebut toys, gaduh lagi 55 minutes. Love hate relationship Altaav and Shein ni lain macam. Gaduh sekejap lepas tu 5 minutes after dah memasing cari memasing T_____T Oklah, I nak bersiap pergi Island Hopping pulak ni. Semalam kitorang pergi FantaSea pon best jugak. Tapi mahal jugak, 1 family spend dalam RM1,000 tak termasuk elephant ride. Nanti I cerita detail dalam blog yang taktau bila tu. Konsep dia, janji pasal foods aku dah share awal-awal. Hahahah. Nanti InsyaAllah I update lagi blog esok. If sapa nak tengok gambar dalam Phuket, I ada share dalam FB and dah public kan. Nak add friend rasanya dah tak boleh tapi korang boleh follow. Search je nama betul I. Nama betul tau, bukan Siti Nohaliza. Kbye.

-eNd-

ps: since nanti ada yang confius sebab nampak update by ain bukan by chooyaya, nak bagitau yang ain memang tolong update kan masuk dalam blog je. so sepanjang kaksu dekat phuket, semua entry berkaitan phuket memang text/gambar all the way dari phuket sana. kita kat malaysia tolong copy je. haha. menyirap je tengok member minum teh ais sedap. pagi ni ada orang komplen sakit perut, memula nak cakap pahadan muhuker sebab makan pulut tak ingat dunia. tapi tak sampai hati. haha.

2 comments:

- dieyana - said...

wow..sedap weih. muka bengang tu, I like..hahha!

itu Nasik khaumuk, mek.sebutan dia Nasik komok, bukan Nasik tomok tau! ;-))

Nur Aishah said...

no worries ain, masih boleh beda writing style su and ain.. :)