Tuesday, August 1, 2017

Hello from Phi Phi Island

Assalamualaikum...

I otw nak ke island hopping ni. Kitorang nak ke Phi Phi Island for snorkeling. Malam tadi memang semua tido awal sebab pagi ni call time untuk bergerak ke jetty dalam pukul 7.30am macam tu. So for Shein, semalam kitorang tak bagi dia nap petang and malam dia cepat la belayar ke Hong Kong. Altaav takde masalah sebab dia memang jenis tak nap pon takpe. Pagi ni semua takde masalah nak bangun sebab semua pon dah cukup tido. Cepat je bersiap semua sebab takyah mandi kah kah kah. Kitorang ambik private tour so van pick up from hotel and provide semua lunch and towel. Ada dua jenis package actually, 1 one yang ke James Bond island tu. Yang tu ada berkayak, masuk cave,  mangrove semua and snorkeling sekejap sangat so kitorang tak ambik tu sebab snorkeling sekejap sangat. Ni swimming mask, top to toe swimming suit dah baru and Sazli pon dah 3 kali berulang ke Decathlon so kena ke Phi Phi island lah sebab snorkeling lama sampai Abang Jamil mampos kasik berbaloi sikit usaha Sazli hahahaha. Ni dah apply sunblock banana boat ni, kalau rentung jugak aku taktau la. Macam Atiq dia takyah pakai sebab dia memang ada tinted siap-siap kulit dia. Lagi power. Hahahahahhaha. Kang InsyaAllah sampai balik ke Marriott dalam 4 petang. Makanan ada 1 bag penuh, harap kami tak kebuluran lah. 

Citer pung pang pasal Snorkeling tapi gambar ketam. Apehal? Ketam ni semalam Sazli and Atiq beli for breakfast, kemain pagi sarap ketam. Aliah memang tak makan dah la sebab dia pwincess mana boleh makan berbau macam ni pagi-pagi. So yang makan I dengan Atiq je la. Nampak macam sedap kan? Tapi rasa tak sedap pon. Terlalu kuat bau ketam and after taste dia rasa meloya sangat.



Ni breakfast semalam. Tak larat dah nak makan pulut dengan ayam. Kalau pulut mangga ok, tapi area Mai Khao ni macam susah pulak nak carik pulut mangga. Kecewa I. Sebelum balik nak kena pekena Pulut Mangga lagi sekali then baru I puas hati.

Esok kitorang dah nak gerak balik dah. Flight dalam pukul 2.00pm and kena check out dalam 10.00am macam tu. Souvenir apa pon tak beli lagi. Kalau tak sempat I takde lah buah tangan untuk bawak balik. One thing trip sendiri ni lebih chill and takde stressed sebab time and program semua ikut suka hati mak bapak kitorang je. Trip dengan kanak-kanak macam ni je la. Takyah la beria nak plan memacam. Masa otw balik dari Fantasea tu, lalu area Patong and nampak Hard Rock dekat tepi jalan I rasa macam geram je nak singgah tapi bebudak pulak semua dah tido so good bye Hard Rock, till we meet again. Area Patong tu, malam dah lewat kedai semua bukak lagi. Kata Atiq 6.00am baru tutup taktau la dia cakap betul ke tipu. Atiq ni kekadang tak boleh harap, kerjanya nak membongak ajer. Oklah, ni dah nak sampai ke island dah. Nanti petang-petang kalau ada chance and coverage, I update lah dari Phi Phi Island ok? Kalau takde coverage, tunggu esok je. Ni I ambik roaming 7 days 3g data and unlimited call ke Malaysia dari local provider kena RM138, skali dekat Thailand ada unlimited data for only RM25.00 duit Malaysia, pundek betul. Hahaha. Disini menyesaaaaaaaaal. Nanti I share tips yang korang boleh guna if korang nak datang Phuket base on I punya experience ok? Okbye dah sampai tempat island. Khap Khun Ka!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...