Wednesday, August 2, 2017

Last Day at Phuket

Assalamualaikum..
Yay, harini dah balik KL!

Kang flight dalam pukul 2.00pm macam tu and sebab different time, kitorang InsyaAllah akan arrive dekat KL around 4.00pm lepas tu esok kerjaaaaaaaaa Woo hoo!! Tapi kurang la penat sebab baju semua dah basuh. Tinggal yg pakai je sebab dekat Marriott ni ada washing machine and dryer. So everyday sebelum tido, siap basuh baju. Cuma nanti nak unpack je la. Takpe la unpack je tak berapa penat. Nak basuh and nak sidai kain semua tu yang penat sikit. Sedih pulak vacation dah nak abes, esok back to reality. Malam tadi kitorang pergi jugak Patong untuk beli some souvenir for friends and family. Takde apa pon, cuma fridge magnet je. Dekat sini harga fridge magnet dalam 100 bath for 3 pcs. Duit Malaysia lebih kurang dalam RM13.00 macam tu. Puas hati malam tadi dapat jugak makan Pulut Mangga for the last time dekat Phuket. Lepas ni makan dekat Malaysia taktau lah rasa dia akan sama atau tak. Bila makan sedap-sedap ni teringat lah dekat Kaklong. Dia sure suka tapi now dia pon tak 100% sihat lagi, makan pon kena check balik. Kena eat more veggies and eat clean. Takpe la, good for her pon. Last week before pergi Phuket puas la I dengan Mak sebab dia ada dekat KL almost 2 weeks. Everyday I cuba carik time untuk visit Kaklong and jumpa Mak dekat hospital.

Kemain Siti Nohaliza korang ni bercanda ditepian pantai dengan Shein. Ni semalam masa buat Island Hopping. 



Snorkeling dekat Phi Phi Island terpaksa cancel due to bad weather. Ombak tinggi 4-5 meters lebih kurang dalam tinggi setingkat bangunan. Phi Phi Island pulak perjalanan pergi dan balik is 3 jam so taknak take risk lah sebab kita bawak budak-budak and Ajla pon umur tak sampai setahun. So tak dapat la kitorang guna Swimming Mask tu untuk Snorkeling and terkubur lah impian nak tengok Nemo dan ikan-ikan dalam laut. Takpe lah nanti kalau ada rezeki, kita pergi yang dekat Malaysia je la. Sini pon ada tempat snorkeling yang best jugak. Pangkor pon katanya cantik. Sapa pernah pergi? Actually kalau ada complete swimming gear ni semangat nak snorkeling lain macam, poyo je kan? Hahaha. Citer macam gempak swimming gear bagai padahal ada swimming mask je.

Kelmarin masa dekat hotel, I try la guna Swimming Mask dalam adult swimming pool. Memang dalam giler lah air kolam dia, lepas tu tetiba masa pakai swimming mask, I panic sesorang tengah kolam. Naseb boleh handle kalau tak sadakallah good bye forever. Patut pakai swimming mask tu memang kita akan floating tapi biasalah panic terus kaki and bontot tak naik, terkapai-kapai tak pijak lantai mana la tak drowning. Patut kena relax, sebab masa relax yang I try dekat pool dekat bilik ni, ok je bergerak and floating. Langsung takde masalah. Tapi bila panic apa pon tak jadi. Sudahnya phobia, taknak dah try but hopefully tak lama la. Nanti catch balik skill and lepas tu nanti boleh la pergi snorkeling balik dekat mana-mana. Cecece. Citer pungpang bagai padahal berenang pon tak pandai, jangan kata dekat laut, dekat kolam pon dah gelabah tak terapung. Snorkeling konon. Hahahahahha.

Sazli ni kekenyangan makan jagung bakar. Ajla duduk dengan daddy lah. Mummy dia bawak Altaav mandi laut.


Shein pulak sebok main pasir.

I dah tau dah, lepas ni kalau nak mandi kolam and mandi laut pakai baju lengan panjang, seluar pon panjang. Jangan lupa pakai sunblock InsyaAllah tak hitam. Dia ada la hitam sikit tapi tak la hitam rentung macam Dayang Senandung. Nanti balik Malaysia kena la start balik makan consistent gluta and bella. Kasik kulit cerah balik. Macam Shein, I carik seluar panjang tak jumpa. Ada seluar pendek je dekat Decathlon tu. So dia gelap sikit la separuh kaki tapi takpe, nampak macho. Lelaki kena la gelap kulit. Kalau cerah putih macam sapa tu yang viral sebab muka macam anime tu? Meyo ke benda entah. Putih ngalahkan pempuan. Nampak tak tough. So korang, jangan lupa pakai sunblock kalau nak mandi laut ok? Mandi kolam pon. Kena pakai protection. Lagipon sinaran UV also tak bagus untuk kulit kita. Nak lebih bagus, beli swimming suit yang afa UV protection sekali. Ok?

Oklah... See you guys in Malaysia InsyaAllah... Nanti I cerita more pasal Phuket ni dengan lebih detail. Tapi tak janji la. Entry Europe dengan Entry Korea pon bertahun tak abes. Kah kah kah. Okbye.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...