Thursday, August 3, 2017

Road to Phuket - Phang Nga Island

Assalamualaikum..


Apa kabar orang Malaysia?? Alhamdulillah semalam flight smooth je. Masa nak depart tu kemain mata I ngantuk sampai Shein tanya apapa I tak boleh nak layan dah. Elok je take off ewah mata aku bukan main segar. Pakkal la sejam lebih sikit je fly, kalau tak memang koyak la mata. Kata Atiq, kalau naik business class ok, takde rasa takot. Ok hek ko? Asal nama dia naik kapalterbang memang aku takot. Hahahaha. Acane nak pergi Europe macam ni I pon taktau la. Macam semalam I tengok Kajol punya video clip dekat Malaysia and terfikir, ‘Kajol pon datang Malaysia naik kapalterbang. Che Ta tu pergi London setahun berapa kali OK JE DORANG, dah yang I takot sangat kenapa?’ Compare dengan naik Malindo and Air Asia masa 2 kali ke Langkawi haritu lagi la. Dengan turbulence sekejap, lagi la teruk. This time smooth je pergi and balik. Takde masalah. Kalau macam tu, boleh la pergi Bali pulak hujung tahun ni kan? Hehe. Oklah, today I nak share sikit gambar dari GoPro yang kitorang ambik time Island Hopping dekat Phang Nga Island Selasa haritu. Kecewa tak dapat ke Phi Phi Island sebab cuaca buruk. Semalam dah bagitau dah, harini bagitau lagi. I kan peramah? Hahahaha. Best jugak la buat Island Hopping ni sebenarnya. Keluar dari hotel dalam 7.45am and sampai balik hotel dalam 4.00pm macam tu. Lebih kurang macam Island Hopping dekat Langkawi Cuma yang ni takde Mangrove and yang Langkawi takde naik kayak. Yang lain, sama je. I suka jugak tengok open sea macam ni. Damai je rasa. I tak sangka I suka laut. Dulu I ingat I suka makan and tido dan jugak duit. Hahahahha.



Tengok si Debab ni. Kemain dia tu. Baju, seluar dedua pakai yang untuk budak 8 tahun. Tu pon padat je bontot dia. Hahahah.


Shein memang suka la outdoor activity macam ni. Nampak dia suka beach and suka main pasir. Mandi laut pon ok, pakai swimming mask pon dia pandai. Nanti I nak masukkan dia dalam Swimming Class la. Biar dia pandai berenang. Tapi tengok pada Shein ni, dia jenis pemalas. Selagi tak pakai pelampung takder der dia naik terjun kolam. Hahaha. Dia dah tau dah pelampung tu buat dia floating. Dulu masa dekat Villaku, dia ada terjun kolam sendiri tapi elok pulak berenang ke tepi. I agak Shein ni boleh je swimming tapi sejenis pemalas. I ingat harini nak pergi sekolah dia bermasalah tapi kata Sazli ok je semua. Mandi, pakai baju semua ok. Masa kat sana, a few time sebut nama Miss Ainur (Cikgu dia) sampai ngigau-ngigau. Nyanyi pon mesti selit nama Miss Ainur. Rindu sekolah la tu. This week is exam week sebelum masuk term baru. Orang exam dekat sekolah, ko selamba je holiday eh Shein?


Untuk Island Hopping Phang Nga ni memula naik speed boat lepas tu buat kayak dekat 2 island, lepas tu pergi ke cave tengah laut ni. Boleh masuk gua tapi kitorang bedal lepak makan makanan yang kitorang bawak dari hotel. Kenyang!


Dekat sini takde orang swimming pon. Just tengok-tengok pemandangan dalam gua + laut. Nanti gambar yang Kayak tu I share later ok?


Sini ke James Bond Island eh? I pon tak sure. Brochure pulak tak bawak.




Shein setel makan roti + scramble egg 6 keping. Dia memang senang nak makan. Sambil main, sambil suap makan.


Dari Gua tadi, kitorang ke floating market untuk makan. Lunch is halal. I tak dapat nak makan banyak dah sebab tadi dah makan bekal. Si Shein nak eskrem Magnum. Harga jadik 200 baht satu. Duit Malaysia RM26.00 ewah dia punya mahal mengalahkan Europe eh? Kemain.


Siap makan naik lagi boat for 40 minutes and sampai dekat sini. Boleh mandi laut. Nak guna swimming mask ok, tapi takde nampak apa la. Hijau je. Kecewa je Aliah. Hahahahah. Mat Saleh suka la mandi-mandi pantai. Semua pakai pakai 2 piece je. I dari jauh perati je Sazli, tengok mata dia meliar ke tak. Hahahaha.


Jadiklah pakai Swimming Mask dekat sini eh Lia…


Tengok Shein menonggek. I pon tak mandi laut sangat. Tak pandai berenang + malas. So layan bebudak main pasir je.


Korang kalau nak pergi Island Hopping ke kan? I suggest pakai la baju mandi terus so that if basah dia senang kering. Tak kisah la nak mandi laut atau tak. Lepas tu beli kasut yang macam I, Shein and Sazli pakai tu. Baru RM25.00 dekat Decathlon. Senang boleh masuk laut untuk swimming and kaki takde la masuk pasir so takde kotor. If kena air, dia cepat kering. Sangat sangat sangat practical bagi I. Dekat kedai lain I tak sure kat mana ada jual and berapa harga dia. Tapi Decathlon memang la murah giler babi nak mampos. Nasib la Aliah and Atiq suggest, kalau tak sampai kesudah la takde kasut ni. Pakai la ko selipar jamban lepas tu leceh sebab licin. Yang Sazli pakai baju lengan panjang tu pon I suka. Seluar and baju tu 1 suit tak sampai RM50.00 pon. Ok la pakai baju dari belengging je kan? Kot ada 6 pax tu lain cerita. Hahaha. Ok cukup for now, nanti I share gambar lain ok? I nak carik Pulut Mangga ni for lunch. Tetiba tingin. Okbye.

-eNd-

1 comment:

Que_Dat said...

KAK SUE,BAJU RENANG KITE SAMA...
SELUAR TU BELI KAT DECATHLON JUGAK KE?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...