Assalamualaikum..
Tadi tak tahan rindu Pulut Mangga so I ajak Intan
teman pergi Chakri Palace, KLCC makan dekat sana. Ambik Meang Kam, Nasi Goreng
Nenas dengan Pulut Mangga kena RM80.00++ macam tu. Mahal pui! Hahahahah. Tak
boleh nak compare la dengan Phuket kan? Lagipon dekat sana kita makan
gerai-gerai je. Mall satu pon tak pergi and takde pulak I nampak ada Mall
(Naseb baik). Kata Intan dekat Phuket ada macam Factory Outlet. Tak sure dekat
mana tapi if nak pergi Patong Beach dari hotel kitorang dekat Marriott Mai Khao
tu lebih kurang dalam 40-50 minutes jugak. Memang jauh tapi kalau nak ke
Airport dekat pulak. Breakfast usually kitorang makan tapau je. Atiq and Saz la
beli. Kena carik gerai Muslim. Takde la susah sangat nak cari. Harga pon murah.
Bawak balik seplastik kiri kanan baru dalam RM25.00-RM30.00 duit Malaysia.
Memang murah la and sedap jugak. I suka! Masa first day tu Sazli ada beli macam
BBQ tapi makannya dengan kobis and cili padi mentah. Serious layan Bro. Lupa
pulak nak ambik gambar. Nasi untuk breakfast tu ada macam nasi + ayam + kuah
pedas masam and cili padi. Taktau nama apa, tapi poonnnnn layan jugak. Ada
jugak pulut + ayam goreng tabur bawang goreng. Yang ni I pon suka, tapi masuk
hari ketiga dah tak boleh blah dengan pulut. Last day ada Atiq beli mihun and
kway teow goreng tapi manis giler. Makannya dengan limau nipis + cili flakes +
gula. Aperhal gula???? HAHAHAHAH. Go kai (Go cry).
Ni
nasik amenda entah nama. Buat sarapan. Nasi + Ayam + Kuah pedas makan dengan
Cili Padi perrrrghhhh! Sapa tau nama dia apa?
If dekat Phuket, buah mangga dia Subhanallah punya
manis. Dekat sana, ada satu tempat kitorang pergi Pulut Mangga dia sedap nak mampos.
Gerai biasa je. OTW nak ke Patong Beach dari Mai Khao. Nama specific tempat
mestilah taktau. Ko ingat aku rajin sangat nak study? Hahahaha. Tapi murah
sangat-sangat la. Makan pon sedap-sedap. Malam last, time nak bayar semua orang
berkumpul dekat Sazli. Dorang ingatkan bergaduh. Tau la Sazli dengan sleeveless
and rambut panjang dia tu dah macam Abang Kawasan. Dorang ingatkan apa, rupanya
Sazli pergi cakap ‘Muraaaaaaaaaaaaaah
murah!!’ Macam nak marah. Hahahaha. Kata Atiq, ‘Ko punya pasal la pergi cakap murah murah dah kena bagi tips’.
HAHAHAHA bongok la dua orang tu. Makanan dekat Thailand ni sedap la. Full of
flavor. Cukup masam manis dia semua. Tomyam pon sedap jugak. Tapi I agak maybe tak
berapa healthy la kot? Sos ikan tu dah masin lepas tu macam-macam jenis
seasoning dia letak. Kata Sazli, ikut statistic orang Thailand hidup kurang 10
tahun dari orang Malaysia. Maybe sebab diet kot? Ni kalau dia tipu pon aku
percaya jer lah. Si Atiq dengan Sazli kerjanya nak bahan/game I je. Tau la
semua pandai-pandai. I je secretary tapi takper, sebab Aliah cakap dia terhibur
tengok I kena game manjang. Baaaaaaaaaaaaaaaaaa *sila sambung.
Takde
la sedap macam dekat Phuket, tapi boleh laaaaaaaaaaaaaaa. RM19.90 harga beliau.
Lepas ni if teringin boleh la pergi Chakri Palace je makan Pulut Mangga. Haritu
I ada nampak dekat Kedai Makan area Flat Polis Keramat tu, macam sedap. Tapi
tak pernah try lagi. Next time boleh la cuba.
Yang
ni kitorang pergi Pasar Karat/Pasar Malam dekat area Masjid tepi jalan dekat
Mai Khao tak jauh dari Marriott. Muslim punya pasar. Ada ayam goreng and
cucuk-cucuk macam ni. Tak mahal. Beli 4-5 jenis dalam 120 baht je. Duit
Malaysia dalam RM15.00
Khatig
pandai cakap Siam. Ye ye je dia ni. Khatig ni kulit tinted tapi pandai cakap
Cina tau? Dia dulu sekolah rendah jenis Cina. Lepas tu masuk MRSM sama dengan Apis. Kata dia, masa sekolah dulu dalam kelas semua orang taknak duduk sebelah dia sebab hitam. Sian giler. Bila result keluar exam dapat No 1 baru ada orang nak kawan. Hahaha padan muka. Dekat Uni pon sama dengan
Apis Kajang and kenal Apai, Ajan semua sejak dari zaman muda-mudi. I baru tau. Nanges-nanges
I gelak dengar kisah Atig masa zaman dia study dulu. Penipu dia ni. Dulu dia
citer dengan orang dia anak ongkaya. Kereta ada 10, semua orang percaya pulak
tu. Hahahahha bongok.
Buah
apa ni? Nampak macam sedap.
Dapat
rasa sebijik. Masam! Macam rasa rambai tapi bukan rambai. Taktau sejenis apa.
Ni
ayam ke daging entah. Pon sedap jugak. Dekat Phuket banyak jual macam ni. Ni la
kot yang first day I try tu. Makan dia balut dengan kobis and cili padi. Ke salah
makan sebenarnya I pon taktau. Tapi sedap!
Kakak
ni jual sayur goreng. Boleh cakap Melayu. Mana yang pandai cakap Melayu tu
usually orang Pattani.
Cendawan
goreng and bayam goreng. Sedap jugak. Macam Tempura.
Besar-besar
dia punya Rebung. Tak beli pon, saja ambik gambar sebab pelik jugak size dia.
I enjoy makan dekat Phuket. Serious sedap and kena
dengan tekak I. Ada satu malam, kita masak Nasi Goreng sendiri buat dinner. Tak
keluar dah sebab nak tido awal, esoknya nak buat Island Hopping and call time
7.30am. Kalau tak tido awal, memang tak boleh nak bangun lah jawab dia esok
paginya. Nasi Goreng perencahnya sotong dengan kangkung. Makan dengan
menda-menda yang kitorang beli dekat Pasar Malam tadi. Kangkung ada lebih
banyak. Ingat nak buat Garlic Kangkung tapi M A L A S. Nasik dah siap masak,
baru tau dapur mana satu yang api kuat. Dekat Marriott ni dapur electric yang
jenis takde api tu. Dapur ongkaya. Stressed aku nak masak dengan api tipu ni.
Masak Nasik Goreng je dekat sejam sebab taktau api mana yang besar. Jatuh la
kredibiliti I dengan Atiq macam ni. Hahahaha. Nanti la I buat video masuk dalam
IG. Permintaan Atiq. Layankan ajer. Hahahahah.
Nasi
Goreng Kangkung masak sendiri
-eNd-
P/s Go Cry
tu is favorite phrase Shein. Kalau dia marah, nanti dia akan denda. Suruh ‘Stand there. Don’t move’. Lepas tu
cakap Go Cry. Bebudak ni suka la guna gokai (go cry) dekat sana. Sampai Altaav
pon cakap gokai. Sapa yang kena arahan gokai, kena buat la nanges.. Ngek la
Shein ni.
No comments:
Post a Comment