Wednesday, March 14, 2018

Teowchew and Hakka

Assalamualaikum..

Hari Ahad lepas after check out dari Royale Chulan and pergi GE Mall yang tak plan jumpa dengan family Shariffah and Me Lee tu, kitorang terus early dinner dekat Restoran Teowchew & Hakka dekat Jalan Ampang. It’s a Chinese Restaurant. I bermasalah betul nak pronounce Teowchew tau? Dok Tauchu Tauchu. Apa ingat ni masak Tauchu ke? Dah la masa order Ikan Patin Steam tu, I mintak yang rasa masam-masam lepas tu ada la 2 jenis masakan kot? Yang masam sikit tu Teowchew Style. Masa Ikan sampai I dok la cari Tauchu, tengok takde. Rupanyaaaaaaaaaaaaaaa bukan letak Tauchu la wei! Teowchew ni actually one of jenis dialek bahasa CIna yang digunakan di Malaysia. Macam dekat Malaysia ni ada 6 kumpulan dialek iaitu Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan and Fuzhou. Yang I biasa dengan is Kantonis sebab pukul 6.00pm dulu ada cerita Cina dekat TV ‘Drama Kantonis’. Lepas tu I tau Hainan sebab biasa makan Hainan Chicken Rice and Hokkien Mee biasa nampak dalam Menu Chinese Restaurant. Hahahah. Apapa pon related dia mesti foods je lah kalau I ni. Macam dekat Malaysia, paling banyak dialek yang digunakan is Hakka. If dekat sekolah-sekolah yang berpendidikan formal pulak biasanya pakai Mandarin. Kan? Macam Sarah, Khatig tu belajar Mandarin. Chinese dekat office I ni pon pakai bahasa Mandarin. Kata Sarah, kalau Mandarin ni dia macam sopan la. If Kantonis tu dia Bahasa Pasar macam ‘Woi, Makan Mana? Cani laaaaa tak ajak #@$%^!!’. Kalau dalam Mandarin dia akan bunyik macam ‘Awak makan dimana? Adakah awak enggan untuk mengajak saya bersama?’ Gituuuuu. Kalau I paham pasal Mandarin ni paling paham is Limau Mandarin la. Hahahaha. So amacam, impressed tak dengan blog I? Entry makan pon ilmiah ok, please? Kalau Mediocre mind takde der nak ambik tau pasal dialek-dialek CIna ni. Haha. Untuk korang nak faham more pasal Bangsa Cina boleh click dekat sini. Kalau nak paham pasal apa yang I makan pulak, teruskan membaca. 


 



River Patin. RM71.50. If Fruit Patin (Patin Buah – Memandai I cakap Fruit Patin) maybe akan jadik harga lebih mahal. Tengok gambar dah telan ailio. Wei, langsung tak hanyiaq! Sedaaaaaaaaaaaaaaap gilers! Tengok balik gambar ni, I telan ailio banyak kali. Hesh.





Yang ni Hainanese Chicken Chop. Harga RM17.00 je tau? Ni Mr Lee yang orderkan. Kata dia boleh share makan. Sebab dia kesian I menggelupur sangat masa nak order.





Yang ni pulak is Vegetable Curry. Takde dalam menu sebab invented by Mr D and Ms Shariffah. Sedap giler. Untuk besar ni harganya ialah RM45.00. Sazli pon suka. I pon suka. First time makan Kari Sayur dekat Chinese Restaurant but rasa dia sedap macam ni. No MSG added and No Salt tapi S E D A P!





Yang ni Bayam Goreng. Goreng dengan Garlic je. Size besar RM25.00 





Garlic Sawi ni pulak RM18.00 Medium Size. 





Kailan Garlic RM18.00 Medium Size

Actually sayur ni ada memacam jenis cara masak. Chinese kan suka guna Oyster Sauce and Soy Sauce?  But if makan dengan Mr D semua sayur memang plain je takyah letak apapa. Garam pon takde + perencah cuma garlic semata-mata. Ni kalau Mak I rasa ni mau di terbalikkan pinggan ni, hahahaha. Tapi sebenarnya macam ni la healthy. Bila makan lawan dengan Sayur Kari tu sedap je rasa. Mari mengamalkan konsep less is more but healthy. Macam I pernah cerita yang Mr D and Shariffah now is whole food plant base diet. Jangan keliru dengan Vegetarian Ok? Sebab if whole food plant base ni dia healthier compared to vegetarian. Macam Vegetarian ni dorang nak stop kekejaman terhadap haiwan so dorang makan sayur only and actually dorang ada banyak makan artificial foods yang rasa macam ayam/daging semua yang obviously la banyak guna preservative and artificial flavor yang tak good for health. One more, tak silap I dorang tak makan garlic sebab garlic boleh menaikkan nafsu aaaaawwwwww. It’s a religious issue la for the Buddhist and Monk. Macam whole food plant base diet pulak eats lotsa garlic and onion sebab very healthy. Persamaan mereka ialah both tak take eggs or any animal products. Termasuk susu ke? So kek semua tu tak boleh ada susu dengan eggs la? Ya Allah, plainnya kehidupan. Lagi I taip lagi I seteressssssss (bak kata Siti). I rasa I tak cukup buat la nak mengamalkan whole food plant base diet ni. But kata Mr David, this way paling healthy. Makan la banyak mana pon, badan takkan naik berat. Just stop eat animal and animal protein. Ada sesapa readers I yang Vegetarian and whole food plant base diet tak? 





Ms Shariffah, Hazel and Siti Nohaliza 





Mr Lee and Hazel. Mummy Daddy Bryton. 





Bryton and Rayyan. 





After 10 snap, yang ni je lulus nak masuk blog. 





Mr D, Sazli and Mr Lee. 



 Ada je yang nak menyempit. 

Earlier at O’Briens.

Total kitorang makan semua ni termasuk 2 pot of Chinese Tea + 12 rice is RM230.50 nett. Takde service charge, takde tax. I memang dah lama dah perati Teochew & Hakka ni but only haritu got chance. Location betul-betul depan M City (Across the Road). I cakap pada Saz, kedai ni mesti sedap. Memang sedap pon! Service pon cepat and bagi I price dia affordable la. Lepas tu restaurant ni pon bersih. Nanti boleh la datang repeat. TQ Mr D and Shariffah bawak kitorang makan dekat sini. Masuk je dalam ni tingat masa dekat Europe punya Chinese Restaurant, macam ni la environment dia. Nanti next time nak try Telur Dadar sebab biasanya Chinese Restaurant Cook very delicious Telur Dadar + Foo Yong eggs pon rasanya amatlah sedap. Wangi je. Cane entah masak sedap, letak sependa ke? Hahahaha. Aduuuuuh sedapnya telur dadar makan dengan N A S I. I lama dah ni bertabah menahan diri dari makan nasi sesuka hati. I memang berdendam dengan nasik. Kau tunggu nasik, kau tunggu!

Restoran Teochew & Hakka
No. 363-1, Jalan Ampang Batu 4
50450, Ampang KL
Operation Hours : 10.00am – 9.00pm
Close every Monday
Telephone : 016-2560181

-eNd-

No comments: