Friday, April 13, 2018

Sunway Lagoon - Part 3

Assalamualaikum..

Sambung cerita Sunway Lagoon Part 3 lah harini sebelum cerita bertambah basi. Walaupon dah 2 minggu kejadian berlaku tapi kitorang masih tak get over lagi bila teringat muka Kaseh masa dekat Vuvuzela tu. Kesian dia dah macam cicak yang tengah panjat dinding lepas tu kelepeeek jatuh dekat lantai, haaaa macam tu la muka Kaseh hahahaha. Click dekat Part 1 and Part 2 untuk baca entry yang terdahulu eh? Semenjak balik dari Sunway ni kemain rancak semua plan next program. Nak jauh-jauh je yang tak tahan. Yang Sunway Lagoon ni pon makan 4-5 tahun baru tercapai. Kalau oversea, mau I dah bercucu kot baru dapat pergi. Hahahaha. Macam tadi, Si Intan plan nak holiday dengan Kaklong. Nak pergi Kashmir la, Phuket la. Dia sedar tak yang dia plan tu kakak kandung I? Lebih-lebih je sekarang nak sayang kakak kita. Diam-diam dia dah pergi Tingkat 24 dekat Kaklong. Ada je gambar dia tengah makan duduk bersenang lenang dengan Kaklong kat meja Kaklong. I nak tengok, ada tak dorang bersuap-suapan lepas ni. Kalau ada, apa yang ada depan mata I, I memang simbah je dekat Intan. 'Eh, hello. That's my sister Ok?' Hahahaha. Ok sambung cerita. Siap main dekat Pirate Revenge I dah rasa macam kurang sugar dalam badan so nak kena makan sekarang jugak kalau tak nanti I pitam sapa nak angkat? Plan lepas makan nak naik Suspension Bridge and Flying Fox. Nak try Bungy Jump macam tak berapa berani pulak. So, jom makan! Kitorang makan dekat restaurant sebelah Scream Park tu je. Berdepan dengan tempat kandang harimau dulu. Kata Izzah, dulu harimau dekat sini pernah terlepas and gigit orang lepas tu orang tu mati. Mandai je Izzah ni tau? Kalau sebar fake news, ada akta sekarang Ok? 10 tahun penjara. Lepas tu nanti dalam WhatsApp group tanya 'Eh, Izzah kena penjara 10 tahun kenapa?' 'Oooo, sebab dia sebar fake news. Dia cakap dekat Sunway Lagoon ada orang mati kena baham dengan harimau yang terelepas'. Terus kena label dekat kepala 'Permaisuri Persatuan Makcik Bawang Satu Malaysia'. Hahahaha.


Makan dekat sini M A H A L. Satu set macam ni harga dalam RM30++. Ni yang dekat atas meja ni harga dah RM100 over. Sebab mahal, habes semua makan berkorek. Macamkan sedap sangat. Padahal taknak membazir + kebulur. Hahaha.



Makan dekat sini harga tu I ok je tapi sistem tu yang I leceh. Beratur lama sebab code bar yang kena scan dekat tangan tu tak boleh read so kena taip manually. Punya lama. Depan I naseb la sorang je. Kalau 10 orang, ha nanges la ko dekat situ.


Siap makan, terus ke Extreme Park untuk naik Suspension Bridge + Flying Fox. Seronok eh masing-masing buat Catwalk? Mementang I official photographer.


Sini menuju ke Suspension Bridge. Kalau terus lagi  kedepan boleh naik game lain yang kapal tunggang terbalik nama Tomahawak tu.


Ni la Tomahawk. Kata Intan macam nama Steak. Walaupon TAKDE orang beratur I dah decide taknak dah naik menda yang macam ni. Kalau sapa nak, dipersilakan tapi semua taknak. Kah kah kah


So jom naik Suspension Bridge terus.


Panjang jugak Suspension Bridge ni and takde lah seram mana pon. Ni kalau jalan saja-saja dari sini nak kehujung sana memang tak dapat la tapi sebab nama dia Suspension Bridge, so kita naik. Yang tengah tu kemain. Ni sebelum kejadian Vuvuzela.


K


Mintak tolong adik mana entah ambikkan gambar. Belasah la, janji gambar Siti Nohaliza ada. Ni la team kitorang. Mix umur kanak-kanak, dewasa dan warga emas (Kaklong). Hahahaha.


Wuuuu seram jugak ni. Ni kata Dyba kalah jatuh time ni takot jugak sebab bawah tu simen semua. Kalau jatuh dalam air, takde la sakit sangat. Ye ke? Mandai je bagi theory.


K


Sunway Lagoon - World Largest Surf Pool.


Pemandangan dari atas Suspension Bridge.

Sampai hujung Suspension Bridge ada station untuk Flying Fox. Dekat sini nak naik berat minima 40 kg and berat maxima dalam 85kg tak silap I. Ke 100kg eh? Tak sure. So Kaseh tak dapat la naik. Sian. Hahaha. Eh tapi Kaseh ni bukan adventurous pon. Asyik pucat je muka, acane? Hahaha. So Kaklong and Kaseh tunggu dekat bawah la. Handphone semua tak bawak sebab dekat sini tak boleh bawak bag. So I masukkan handphone dalam Happy Gear bag. Actually handphone boleh je bawak, letak dalam bag kecik yang dorang bagi. Pesan dekat Kaklong nanti ambik video kitorang tapi Intan punya takde sebab Kaklong tak boleh nak cam which and which. Semua nampak sama kan dari jauh? Lagipon macam mana nak call so konsep dia Intan kena redha dia sorang je takde video. Hahahaha. Tapi dia ada gambar la, kitorang pulak takde. Nak naik Flying Fox ni actually sekejap je. Yang buat lama is beratur. Tu pon tak panjang sangat but still lama beratur. Dekat atas ni, I sampai menanges-nanges ketawa melayan Si Intan. Dia la kongang. Nampak dorang naikkan topi pakai harness lepas tu dia cakap 'Laporpo! Watakungsi!' Macam citer P Ramlee tu. Hahahahha. Kat sini ada a few Middle East/Spanish tak sure la bangsa apa yang pakai sependa semata-mata maka nampaklah eeeeeuwwww lepas tu kata Dyba 'Apa eh perasaan dia pakai macam tu'. Excuse the tummy. Kalau six pack selera jugak Makcik Bawang ni. Coi! Time turn I, Abang Flying Fox pakaikan topi siap pakaikan glove. Intan tak puas hati lepas tu tanya 'Why masa I you tak pakaikan topi pon?' HAHAHAHA. 



Intan turun dulu, lepas tu I, lepas tu Dyba and Last sekali Izzah. Intan muka kenapa tu?

Siap dekat Flying Fox ingat nak pergi main ATV tapi beratur panjang giler so cancel. Terus pergi ke area Water Park. Actually yang Extreme Park tu banyak games lain macam Paintball, Bungee Trampoline, Go Kart etc tapi kita kesuntukan masa, so pergi je dekat games yang warga emas and kanak-kanak dapat main sekali. Hahahah. Untuk extreme lover, datang sini korang focus je dekat Extreme Park baru puas hati. Ok? So next entry I akan share gambar and experience dekat Water Park pulak. Paling best naik Vuvuzela la. Yang ni korang kena try Ok? I akan share jugak link kitorang semua naik Flying Fox. Video tak sempat nak edit lagi. 


Bungee Trampoline ni pon nampak best. Next time.

-eNd-


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...