Friday, May 4, 2018

See You Tonight - Konsert Gergasi KRU 25

Assalamualaikum

Kabar-kabarnyaaaaa bukanlah calang wanita, aku terpesona dengan lirikan matanyaaaaaa. Oh aku bukanlah mudah untuk jatuh cinta, tapi kini ku percaya cinta pandang pertama. Eh wanitaaaaaaaaaaaaaa lihat apa kah kau lakukan, aaaaaaaaaaaaaaaku hanyut dalam khayalan. Gerak gayaaaaaa dansamu menggodaaaaa. Sukar untuk dilupakan, siang malam kufikirkan!! Woot Wooooot!! Tak sabar nak tengok Konsert Gergasi KRU 25 malam ni dekat Istana Budaya. I, Intan dengan Fiza dah beli tiket ni sejak bulan 9 last year tau? Ellis pon pergi jugak tapi dia dengan kawan-kawan dia beli tiket murah hahahahaha. Kiter 3 orang beli tiket Ooh La La (Stall – Front Centre) Harga RM588.00 tak termasuk GST. Memula kitorang nak ambik yang Fanatic (Standing) RM438.00 tapi I cakap dah tuweeeeee tak larat nak berdiri lama-lama. Kata Intan concert kena la berdiri Kaksu, baru boleh joget. Tapi berdiri 3 jam macam tak Ok jugak ni. Hahahaha. Anyways, dah 8 bulan beli FINALLY it’s a day bebeh! Ramai je kutuk I sebab tengok KRU ni tapi kesah pulak aku kan? I membesar dengan lagu-lagu KRU Ok? Semua lagu popular dia I hafal. OMG tak sabarnya malam ni. I hope they will perform best-best and please pretty please jangan semput. Kata Intan, ‘Kaksu, entah-entah satu lagu je Norman dah semput. Dia kan dah tuwe?’ Eh. Kalau dia semput takpe Intan, Kaksu naik atas pentas terus take over dia nyanyi. Hahahahahaha.  I dah seminggu dengar lagu KRU ambik feel tau? Sazli pon naik menyampah dah. Takper lah rock-star tu. Dia tak paham jiwa remaja I ni. Biarkan. Hahahahaha. OMG seriously I excited giler!



See you in a bit bradah!


Tiket counter akan dibukak start pukul 3.00pm  - 9.00pm dekat Istana Budaya. Nanti la baru I collect bila sampai sana nanti. Si Fiza suka tau buat I confuse. Dia cakap tiket kitorang dekat Level 2. Geram je. I nak KRU nyanyi betul-betul depan mata I, mana boleh duduk level 2. Please? Lagi satu, tips ok? Kalau nak tengok Concert sejenis macam ni, tengok First Day. Bila energy dorang dekat peak level. Kalau Theater takpe pergi 2nd 3rd days. I ada experience tengok Ella and Awie last time. I pergi first and last day, memang beza sangat. Last day dorang dah takde suara wei. Si Fiza semalam dah la bagi I stressed. Last minute baru nak carik baju. Dia kasik I gambar 3-4 helai, semua I tak approve. Kan dah pesaaaaaaaaaaaaaan kita nanti dapat ambik gambar dengan KRU, jangan la pakai macam nak pergi office. Hahahahaha. Tak sabarnya! Nanti I akan share dalam IG story Ok? Tak pon buat live dekat FB. Ke over sangat? Hahahaha. Ada ke readers I yang pergi? Kalau ada, jumpa dekat sana Ok? Okbye!

-eNd-

3 comments:

Siti Rozana Kamarudin said...

Best nye dpt g konsert kru..aiiiilahhh

Siti Rozana Kamarudin said...

Best nye dpt g konsert kru..aiiiilahhh

Chooyaya! said...

siti rozana kamarudin : best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...