Publish : 28/5/2018
Re-Publish : 10/5/2018
Assalamualaikum..
Re-Publish : 10/5/2018
Assalamualaikum..
Haish, tekak ni macam tak boleh nak sabar-sabar dah
makan Florentine Cookies. Semalam carik dekat GE Mall and Avenue K takde pulak.
Kalau time kite taknak melambaaaaaaak
ada. Geram je. Tingat buat dengan Aliah and Ct the other day, best giler
walaupon version hangit sama banyak dengan version jadik (hahaha) almaklumlah kitorang amateur.
Tapi time buat tu ada la rasa menyesal waktu half why - why aku terlibat
(hahaha) sebab buat cookies ni renyah la wei. Tu yang tak sempat siap I dah
masuk bilik tidooooooo. Si Aliah and Atig yang setel kemas dapur. Tak tahan la
mata. Kita ongtue kalau bulan puasa pukul 10.00pm mata dah tak boleh nak bagi
kerjasama. Dia punya ngantuk level kalau hantuk kepala dekat dinding pon tetap nak tido
jugak sampai rasa nak termuntah dok tahan mata. Hahahaha. Korang, lepas ni
takde dah eh nak complain kalau orang jual cookies mahal ke apa sebab nak buat
memang renyah la hatta Florentine Cookies yang tinggal campak-campak je ni pon
rasa macam ‘Wei, bila nak siap ni?’ Dah
siap buat alahai suku bekas pon tak dapat hahahah. Kata Aliah, dulu dia pernah
jual Biskut Cornflakes RM15.00 je tapi dia punya penat Ya Allah! I feel you Lia
sebab ada setahun ni, Kaklong ajak I buat cookies for raya lepas tu dah, memang
sekali tu je buat. Tobat taknak dah. Baik beli je senang. Selalu sangat time
nak buat berkobar-kobar, lepas tu half way menyesal especially bab nak kemas
balik. But for this Florentine Cookies if korang nak try, yes boleh cuba.
Lagipon bahan simple. Cuma jangan nak buat adunan banyak sangat. Buat-buat
bertenang kot yer pon bersemangat kang nanti ada yang tido depan oven. Ikutkan kalau buat sendiri beli
bahan semua lagi murah dari beli tapi tu la P E N A T. Nak pulak yang oven
jenis boleh masuk 1 tray je, dah tu satu adunan kena 10-15 tray pukul berapa
nak siap? Unless ada Industrial punya oven yang tu lain citer. Kan?
Ni
la Florentine Cookies kitorang. Yang ni second batch buat dalam paper cup,
dapat la bentuk comel macam ni. Nak patah-patahkan pon boleh tapi tengok CT
buat macam cantik, kita pon dengki, terus tiru.
Meh I share resepi nak buat Florentine Cookies ni.
Senang, kacang Mak Enon. Sambil goyang tetek pon boleh buat. Hahaha. Ikut je macam ni sebijik-sebijik InsyaAllah jadik. If oven 180' bakar 8 minutes cukup, kalau 160' boleh bakar 10 minutes. OK?
FLORENTINE COOKIES / CRUNCHY CARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
Rujukan : Kak Patmah Aspar
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit to Azlita Aziz
Campur je semua macam ni.
Yang ni version guna paper cup. Nak letak dia jangan tebal,
jangan nipis. Ngam-ngam je.
First batch letak dalam baking tray
Rangup sikit (padahal hangit hahahaha). Yang ni suhu 180’ 10
minutes. If nak guna 180’ 8 minutes cukup Ok?
Si Aliah la ketua actually, Ct datang on off sebab dia jadik
hakim untuk bebudak yang dekat depan tu. Penuh dengan kanak-kanak macam Nursery
pon ada. Adrieyl, Altaav, Shein, Ajlaa and Eva.
I tolong sebok-sebok je. Kata Aliah, tak boleh bawak balik
cookies ni. Kalau nak, makan dekat sini je. Hahahaha. Bila dah siap, nak bawak
balik pon tak sampai hati sebab cinonet je pon dapat. Tak larat nak tunggu.
Yang ni kitorang buat Nutty Butter Cookies. Pon sedap!
Ada kecik besaunya, ko dah kenapa? Hahahaha.
Yang Nutty Butter Cookies tu pon sedap jugak.
Cuma tak reti nak agak nipis tebal doh tu macam mana and kitorang potong-potong
je guna pisau, kalau guna acuan maybe semenggah la sikit rupa kejadian tapi
serious sedap. Ni I ajak Aliah buat Biskut Cornflakes tapi I nak bahagian makan
je. Buat taknak. Hahahahahaha. Actually baking cookies ni memang fun. Masa
cookies tengah masak, wangi je bau tapi kalau ada tukang kemas lagi best la. Ni
kang datang bebudak tu nak main dengan doh and buat macam main tanah liat
laaaagi la tambah sepah. Hahahaha. Yang nak buat cookies ni actually Aliah. I
sebok-sebok je tapi time dia canai doh and potong doh tu terkuis-kuis (masalah
OCD and buat kerja berhalus sangat) dah zaman bila yang nak siap?
Leeeeeeeeeeeeeembap! So I take over la. Rasa semua dah sedap cuma first batch
hangit hahahahahhaa. Adoi kecur air liur time taip ni. Imagine makan cookies
panas-panas keluar dari oven, dia punya feel different OK?
-eNd-
No comments:
Post a Comment