Assalamualaikum..
Masa cuti Labour Day haritu, kitorang pergi ke Kasturi Cabin dekat Hulu Langat. Check in sehari je pon. Hahahaha. Jadiklaaaa dari takde apa. Patut minggu tu plan nak gather dengan John, Apit, Pidaus and Cikgu Khairy punya family dekat Utara tapi lupa yang Shein ada Concert Peter Pan Sabtu tu.. Memula fikir, takperlah... Concert tu takde apa kot? Pergi je lah ke Utara but tengok Shein excited practice semua so kitorang decide to stay in KL and pergi Peter Pan Concert Shein tu. Nanti dengan depa, kitorang plan lain lah. Anyways, harini nak share pasal Kasturi Cabin. I buat partly la eh? Kang gambar cecah lantai kang, korang bukan baca pon. Scroll-scroll je, penat I bebel bulan-bulan puasa ni. Dahaga tau? Cecece. Actually kitorang plan nak ke Gerimis Senja Villa. Tapi Agent CT cakap, sana dah full. Dia pon dah takde masa nak cari tempat lain. Agent CT now dah kerja office hour. Siap ada assistant laagi tau sekarang ni? Kemain. So tugas di serahkan kepada Agent Khatig the picky hairy bak kata Apai. Hahahaha. Apai, jangan la merajuk. Nanti next time kalau kitorang jalan-jalan, kitorang ajak la Apai (by invitation) HAHAHAHAH. So Agent Khatig pon pilih Kasturi Cabin untuk kitorang stay. Dengar je Cabin, si Aliah and CT dah buat muka. Princess dua orang tu mana la boleh kan nak stay dalam hutan ni semua tapi demi nak bagi support pada Sazli yang excited bagitau yang Kasturi Cabin ni dia and Architect Firm dia punya design and project, so kita semua macam yayyyyyy OK lesgo to Kasturi Cabin! Nak jugak stay dekat tempat yang Sazli buat selain dari Rumah Shein. Yang si Atig dah tumbuh tanduk dah. Ready je nak kutuk Kasturi Cabin ni. Masa dalam group Aliah cakap 'Eeeee apeni toilet macam ni? Takde dinding ke? Eeee taknak la. Arkitek mana ni buat? Taknak la datang sini, Arkitek kaki songlap duit ni. Kang tak cukup simen'. Hahahaha bongok kan? Tu baru conversation dalam group, ko tunggu sampai sana macam mana kisah dia pulak. Malam tu ada Kekatu tau? So bising la si CT dengan Aliah.' Apeni ada Kekatu??? Apeni Arkitek? Tak reti design ke???? '. Hahahaha pasal Kekatu yang takde kena mengena dengan design pon Arkitek kena jugak. Bongok la dorang ni. Conversation kitorang memang nampak bangang macam ni. Tapi CT belajar dekat London tau? Tapi tu la. Perth sebut Pet, Space sebut sepes, Secret sebut sikeret. Eh tu Altaav.
Altaav, memahal Mummy Daddy ko hantar International School, pronunciation tu jangan nak mengidolakan Auntie CT ko eh? Hahahaha. Kata Aliah, 'Aku nak check betul ke CT ni belajar dekat London. Sebut Perth pon Pet'. Skali zaaaaappp Zairie bawak keluar student card. Kepada Aliah, ko jangan nak persoalkan macam-macam. Kang nanti Condo 17 tingkat yang Bapak CT buat tu, dia taknak bagi kat kita sorang satu kang, sapa yang rugi? CT. Ko ni kaya macam dalam TV la. 'Wei, nanti Bapak aku nak buat Condo 17 tingkat, mana aku nak carik ID eh?' Ko tau CT cakap tu macam takde apapa. Macam kita kalau tanya mana nak beli pasu bunga. Cerita Nak buat Condo 17 tingkat tapi straight face je muka dia. OMG apeni CT? Kalau la I kaya macam CT, taktau lah macam mana dia punya eksyen. Hahahaha. I OK lagi, Aliah tu. Hahahahahhahahahah.
Welcome to Kasturi Cabin! Sini style Cabin tau? Ada 3 rooms. 1 room is extended dengan living area so boleh bukak jadik besar. 1 ruang menonton tepi kolam, ada dapur and dining area with kitchen. Tempat BBQ pon ada jugak. Bagi I, Kasturi Cabin ni sesuai untuk 3 family yang anak tak lebih 2 orang, kalau tak memang dah jadik sempit. Memperkenalkan Agent Khatig. Jangan tersalah dengan Black eh?
Pool pon ada dekat tepi dining area. Kecik je pool ni but jadiklah besar ni pon. Papa, nak satu kolam macam ni dekat rumah eh? TQ. Kat sini kalau bebudak terjun kecepur memang merecik la sampai dekat meja makan. Dapat pulak anak-anak pempuan ongkaya dua orang tu perangai Princess jatuh dari emaknya. Lantai ada air, taknak jalan. Nanges. Nak mandi kolam, tapi air tak boleh kena muka. Macam-macam hal! Hahahaha. Bila Si Altaav, Adrieyl and Shein mandi merecik sampai kat kitorang, bebudak ni pon bising. 'Apeni Arkitek???? Basah la kitorang macam ni!'. Saz jawab 'Memang sengaja aku design macam ni bagi korang basah'. Hahahahaha.
Ni view dari dining area. Nampak tak tu bilik and living area? Tu boleh jadik extended room. Ada sliding door in between. Nak kasik luas, tolak je sliding door tu and tutup sliding door belah sana, so jadik la 1 bilik luas.
Ni bilik kitorang. Kecik je eh bilik ni tapi katil, tilam dia bessssssst. Standard hotel la lembut dia. Katil size queen. Cermin belah sana tu ada je blind. Takde la melapang macam tu je. Tempat cermin makeup apa semua takde. Bilik semata-mata memang katil je. Sebab tu I cakap anak 2 je boleh masuk. Ni I tido bertiga dengan Shein, 2 kali I jatuh katil. Tengah-tengah tido kedebum! Bergegar satu kabin. Si Shein ni perangai suka menyempit dekat I memang tak habes-habes. Sazli elok je tido lapang dekat belah sana. Geram je I.
Sini BBQ Area. Depan kolam and dining area je.
Ni dekat belakang Cabin. Luas sangat sini kawasan dia. Ada pokok buah-buahan, ada ayam, ayam belanda semua. Caretaker punya rumah pon dekat sini jugak. Kasturi Cabin ni dalam compartment rumah owner. So takyah risau, sini walaupon dalam hutan tapi dia ada jiwa. Cecece. Hutan ada jiwa, macam mana tu? Haaaaa.
Tengok Si Shein dengan baju sekolah lagi. Balik dari sekolah terus straight ke sini.
Ni bilik CT and Zairie. Weh, I nak bagitau.. Kalau korang bercadang nak datang sini, check dulu dengan owner, bilik hujung ni aircond dah OK ke tak sebab masa kitorang datang, bilik CT ni aircond dia tak sejuk.
Toilet ada 2. 1 attach dengan bilik Aliah and 1 ni sharing bilik I and CT.
Size mini je toilet dia ni. Memang untuk mandi je. Dah nama pon cabin. But OK la. Bersih.
Ni view dari bilik CT. Ada blind. Jangan risau.
Ni pemandangan kasturi Cabin dari laman. Eh Atig, ko memang nak enterframe eh dalam semuaaaaa gambar yang aku amek?
OK. Harga untuk 1 malam is RM660.00 sahaja. Check in after 3.00pm, Check out 11.00am (tapi kalau takde orang nak masuk after that, boleh la extend sekejap lagi barang sejam). Nak book, boleh click link kat bawah ni. Agent Khatig charge kitorang RM200.00 je satu family, dia bayar lebih. Sebab dia kata dia kaya. Lantak la. Malas nak layan. Hahahah. Eh tapi Atig ni memang baik la. Makanan kat sana tu, ayam kambeng semua dia yang belikan. Kitorang datang goyang tetek je. Tapi haritu I bawak ikan bilis tau? Dah sampai sana, Atig cakap malam ni nko masak Nasi Goreng. Dia handle BBQ. Percutian kitorang ni kalau takde I dengan Atig, memang semua mati kebulur tak makan. Suami-suami keluar la petang tu nak beli bawang, minyak semua lepas tu I cakap kat Atig, 'Tig jangan lupa beli minyak'. Lepas tu Atig cakap 'Ko ingat aku ni macam laki ko ke taktau masak Nasi Goreng? Aku tau laaaaaa kena beli minyak.' Hahahahahah. Yerlaaaaaaaaaaaaaaaaaaa eksyen pulak. OKlah. sekian cerita Kasturi Cabin Part I, nanti Part 2 I sambung lain (kalau rajin). Untuk booking and more photo and info click sini.
Kasturi Cabin
Lot 1476 Jalan Pansoon, Kg Lubuk Kelubi
Bt 20 1/4, Ulu Langat.
Waze: Villa Nur Raihan
Lot 1476 Jalan Pansoon, Kg Lubuk Kelubi
Bt 20 1/4, Ulu Langat.
Waze: Villa Nur Raihan
-eNd-
No comments:
Post a Comment