Tuesday, May 22, 2018

Berbuka Puasa Dengan Juadah Selera Melayu Di 9 Kedondong

Assalamualaikum..

Hari semalam I share gambar makanan dekat 9Kedondong dalam IG and FB lepas tu ramai la yang terliur. Hahaha. Siannnnnn. Tapi makanan dekat sini memang sedap pon semua. Sesuai dengan orang yang suka masakan melayu. Bagi I, makanan semua dekat sini just nice. Takde la pedas berdesing and kids pon boleh makan dengan gembira. Takde hal. I sambil taip ni tengok balik gambar pon telan ailio. Tingat Sambal Tumis Udang dengan Laksa Johor, peeeeerrrrrghhh! Kuih Tepung Pelita pon sedap, lembut and kena dengan tekak I. Masa haritu pulak ada Pulut Mangga memang I sorang je 2 3 kali ngulang. Best! Ni first time I bawak Aliah and Atig makan dekat sini, dorang suka la sebab child friendly, gated area, ada tempat solat selesa and siap ada Terawikh. Sini paling sesuai untuk nak bawak anak-anak sebab dari parking boleh tolak stroller, terus ke tempat makan. Untuk ongtue pon Ok jugak sebab takde renyah nak naik lift, takyah naik tangga semua. Anyway, kalau korang nak datang sini boleh Call 9Kedondong and mention surayax9kedondong boleh dapat 10% from total bill. Kata la ada sesiapa loser nak bukak puasa sorang kan, pooooooooooooooooon boleh dapat discount ni hatta nak book entire dewan pon boleh dapat tau discount ni. Ni betul-betul tau? Bukan cobaan. Ada yang tanya ‘Kaksu, kalau saya bagi code SURAYA lepas tu dorang tanya apa hubungan nak jawab apa?’ T____T Jawab la kita sedara tak pon Call I terus nanti I marah dorang Ok? Hahahaha. Don’t worry, code tu boleh digunakan tanpa was-was. Nak lagi jimat? Book 1 meja for 10 orang and bayar for 9 orang je. Dah tu DAPAT lagi 10% LESS. Waaaaaaaaaaaaa bagusnya. I know Malaysian suka free gift and discount (sama la macam I, pantang nampak S A L E terus bergoncang dada). Hahaha. Jom check out harga Ramadhan Buffet dekat sini.

0 - 6 years old = FOC
7 - 12 years old = RM28.00 nett
13 – 59 years old = RM55.00 nett
60 years old keatas = RM28.00 nett

Dekat sini ada lauk pauk, ada grilled station. Jangan lupa serbu kambeng bakar Ok? Makan dengan coleslaw. Ada Noodle Station and this year ada pulak Yong Tau Foo. Dessert sedap-sedap, buah pon ada and air ada hot and cold drinks. Macam Noodle station tu everyday akan ubah la makanan dia. Ikut naseb. Ada hari tu ada Laksa Johor, hari lain pulak Laksa. Ikut naseb la but jangan risau, apa pon jenis hidangan confirm semua sedap. Jom tengok antara lauk-lauk and makanan yang I sempat snap.



Sambal Udang Petai. Why are u so kejam?



 Lala Masak Thai


Ayam Percik


Mee Goreng ni rupa macam ala kadar tapi rasa memang layan wei


Sayur Broccoli. Kemain tetiba sayur nak hi-end. Hahaha. Kangkung mana kangkung?


Siput Masak Lemak Cili Padi. Ni Sazli saja 2 3 kali ngulang. Rasa dia terbaik sangat. Kuah pekat!


Ikan Keli Berlada


Daging Goreng Kunyit ni makan dengan Nasi Putih + Sambal Belacan dengan ulam peria katak celur. Ya Allah, Simple macam ni pon sedap, ko apa masalah 9 Kedondong?!!


Kuih-muih ni semua sedap. S E M U A.



Ni la Laksa Johor biadap ni. Sedap giler!


My Favorite. Pulut Mangga. Mangga dia manis!


Yong Tau Foo Station


Buah-buah untuk kasik perut chill sekejap


Deco tahun ni pon cantik jugak. 9 Kedondong memang buat kasik kita makan macam suasana kampung. Selesa and feel just like home. Sini ada aircond so jangan risau ketiak basah. OK? I suka la Deco dia. Rasa macam ada satu perasaan damai. Takde la dull and boring. Kita ni pon kadang-kadang bila nak makan, nak jugak tengok suasana macam mana. Ye dak? Untuk sesapa yang datang sini, solat Maghrib and Isyak berjemaah also ada Solat Terawikh. Ayat pendek-pendek je. By 10.00pm dah siap dah pon. Jangan risau. Hahahaha. Siap solat, kita moreh. Makanan kat sini, sentiasa di topap. Habes je letak lain. Jangan risau tak cukup makanan. OK?


Bestmyaaaaa. Selesa je nampak.


Aliah, Atig and Ajlaa. Altaav mana?


Ni Deco atas stage


Ooo sini eh kau Altaav. Dah jadik Ultraman dah dia atas ni dengan Si Shein.



Suasana dalam tempat solat. Selesa dan sejuk ada aircond. Jangan risau, takkan ada adegan berpeluh dalam spenda. Haha


Ok la I belanja gambar I sekeping. Ni Comel. Nama dia memang Comel. Tak tipu.


Nova and kakak dia.


Dari Kiri : Nova Leeza, Mimi Hamid (mata bersepah ko Mimi, pandang mana tu), Anil, Comel and Syafiqah. Ni semua kawan-kawan blogger yang always support I untuk apapa event.


Ni pulak dari kiri : Ayue Idris, Ayu Rafikah, Suria Amanda and Mimi Hamid. Belakang Mimi tu Siti Nohaliza.


Mimi ni memang tinggi lampai orangnya.


Moon tanya I, ‘Suraya, ko dari office ke?’ T____T


Ni anak Moon, comel giler. Sutan Zulkarnain. Camera friendly. Kemain tau? Umur berapa umur? Awak baru 5 bulan Ok? Jangan nak dewasa sangat.

Kata Moon, dia suka dekat sini sebab as a breastfeeding mommy and baby duduk dalam stroller, 9Kedondong memang sangat selesa bagi dia. Takyah nak dismantle stroller. Dari kereta, tolak je sampai tempat makan, takde hal. Kekadang I faham emak-emak ada anak kecik fikir banyak kali nak bukak puasa dekat luar sebab malas nak bawak turun stroller, naik lift, lepas tu kadang-kadang tempat makan lantai dia bukan semua rata. Susah nak handle kan? Tapi dekat 9 Kedondong takde masalah pon. Untuk yang terliur boleh book sekarang. Jangan lupa mention surayax9kedondong boleh dapat 10% from total bill. Buffet Ramadhan di 9 Kedondong beroperasi setiap hari bermula dari pukul 6.00pm – 10.00pm. Start dari 18 Mei sehingga 10 Jun 2018. OK? Untuk info lanjut boleh check out dorang punya latest updates dalam Instagram. Pada yang taktau tempat ni dekat mana, it located dekat Ampang Hilir. Ampaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang! Hahahahaha. I love Ampang (tetiba).

Contact Person : 016 – 886 8311 (Miss Rabia) or 017 – 2250705 (Mr Haziq)

Waze : 9Kedondong
Alamat : 9 Jalan Kedondong of Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur

 -eNd-

2 comments:

Emma Lina said...

siss nie kt area tasik ampang tu ke?

Chooyaya! said...

Emma Lina : Ha a, dekat area tu. Waze je OK? Jangan lupa mention code surayax9kedondong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...