-Sebab tetiba teringat, kita up lagi sekali resepi ni. Semoga semua orang pon terliur. Okbye-
Publish asal : 22 June 2015. Republish : 25 Mei 2018.
Assalamualaikum..
Kelmarin I ada share gambar I punya cucur udang
dalam IG I kan? Lepas tu ada yang mintak resepi. So harini I nak share dengan
nkorang resepi Cucur Udang I. Mintak maaf la kalau perasan, tapi this is cucur
udang paling sedap yang I pernah makan. Resepi dari Kaklong I. Masa makan tu,
semua diam je. Sebab sedap sangat. Lawan pulak dengan Kuah Kacang Mama. Lantak
la kalau korang nak cakap I perasan. Tapi memang sedappppppppppppppp giler.
Rasa dia rangup and tak muak. Dalam dia ada rompong -rompong so memang rangup.
Nak masak dia kalau resepi dah ikut pon, tak kena gaya goreng nanti akan jadik
soggy. So, korang kena baca betul-betul and ikut sebijik-sebijik macam yang I
share ni. Paham?
Cucur Udang Terpaling Sedap dalam dunia, masak sendiri dekat rumah. Rangup diluar, tak soggy. So makan pon tak muak.
Bahan-bahan
- Setengah packet tepung gandum Cap Sauh
- Telur sebijik
- 1 peket yis segera + gula sesudu + air suam suku gelas
- Air (agak-agak sendiri)
- Garam
- Serbuk kunyit
- Taugeh segar buang ekor (kalau rajin)
- Kucai (potong seinci)
- Lada Besar (belah dua, buang bijik and potong memanjang)
- Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya
- Memula korang bancuh yis dengan suku cawan air suam and sesudu gula. Jangan letak air panas nanti yis tu mati. Korang dah jadik pembunuh. Berdosa. Lepas tu masukkan sesudu gula. Yis tu dia makan gula. So nak bagi dia hidup kena la letak gula. Makesure yis tu naik berbuih. Tu maksudnya dia hidup la. Paham?
- Dalam bekas besar, masukkan tepung + serbuk kunyit + garam. Garam I letak sesudu kecik. Serbuk kunyit terpulang la korang nak dia kuning tahap mana. I letak sesudu kecik. Gaul gaul gaul.
- Lepas tu masukkan sebijik telur + bancuhan yis tadi + 2 cawan air. Air tu agak-agak la. Korang tau la kan batter cekodok macam mana. Jangan kental sangat.
- Lepas dah tadek ketul-ketul then masukkan la sayur-mayur semua. Set aside sampai keluar bubble atas bancuhan tepung tu
- Panaskan minyak. Goreng jenis rendam tau? Pastu masukkan sekali senduk untuk korang masukkan bancuhan cucur udang tu nanti. Penting ni supaya nak elakkan dari melekat
- Bila minyak dah betul-betul panas (guna api sederhana), ambik senduk tu yang rendam dalam minyak tu tadi, and makesure ada minyak dalam senduk tu sikit and letakkan bancuhan cucur udang tadi
- Lepastu letak la seekor udang. Tekan sikit supaya melekat. Nak bagi rangup dekat tepi, korang leper-leperkan bancuhan dengan sudu sampai penuh satu senduk tu. Paham?
- Lepas tu masukkan dalam minyak. Tunggu sekejap lepas tu goyang-goyang and keluarkan cucur udang tu dari senduk
- Makesure jaga api. Jangan kecik sangat nanti minyak tak panas, cucur jadik serap minyak (soggy), jangan panas sangat nanti hangit. Balikkan dua kali je. Jangan banyak-banyak kali.
- Lepas tu angkat. Toskan.
- Letak atas landchop and potong empat
- If bukak puasa pukul 7.25pm, korang goreng pukul 7.05pm
- Nanti makan panas-panas perrrrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Bancuhan tepung tu kena bagi sampai ada buih-buih macam ni baru goreng ok?
Udang buang kepala and buang kulit. Kulit dekat ekor je tak buang.
Goreng terendam. Jaga api.
Sebelum dipotong 4
Selepas dipotong empat
Makan pulak dengan Kuah Kacang Berapi. Cengginiiiiiiiiiiiiiiiiii sedap dia!
Lawan pulak dengan Kuah Kacang Berapi. Ni I beli dari
Safiyyah Osman. I bancuh dengan air panas lepas tu untuk buat Kuah Kacang Cucur
Udang, I masukkan 1 sudu sos cili + 2 sudu sos tomato. So dia rasa masam-masam
sikit. If korang nak order, boleh Call/WhatsApp Safiyyah. 019-2609886
Seriously Kuah Kacang Berapi ni memang thorbaekkkk!! Takyah adjust apa dah rasa dia. Yang penting kacang dia tau hapak. I suka makan dengan kuah yang cair. So I buat cair sikit. Kalau korang suka pekat, terpulang. Ikut tekak sendiri.
Harga
200 gram RM12.00
405 gram RM20.00
420 gram RM22.00
Seriously Kuah Kacang Berapi ni memang thorbaekkkk!! Takyah adjust apa dah rasa dia. Yang penting kacang dia tau hapak. I suka makan dengan kuah yang cair. So I buat cair sikit. Kalau korang suka pekat, terpulang. Ikut tekak sendiri.
Yang masak setengah packet tepung ni cukup la
goreng 5 kali. Satu kuali dapat 5 ketoi Cucur Udang. Now, sendiri tengok gambar,
sendiri terliur. Korang percaya la, lepas korang try resepi yang I bagi ni,
lepas ni korang akan rasa cucur udang lain tak sesedap yang korang buat sendiri
dekat rumah. If korang letak soda bikarbonat, dia takkan serangup macam ni. And
if tak letak yis pulak, cucur udang korang akan rangup kat luar tapi dalam dia
mampat. So guna serbuk roti yang paling terbaik sekali. Bahan-bahan pon senang
nak dapat. Good luck bercucur udang!
Oh btw, I guna yis segera yang jenis mauri-pan macam ni. Guna sepeket ok?
-eNd-
18 comments:
Sue... serbuk roti apa you guna? nak follow sebijik-bijik ni. kalau x jadi jgk x tau la...
eh chup... serbuk roti ka serbuk yis?
haniza : serbuk roti dengan yis tu lain ke? lol
ala... i guna yang biasa jual dekat kedai tu. jap i carik gambar
Hoih...meleleh dah ayor liur ni weh....mohon amik resepi eh...
haniza : ok, i dah letak dalam entry gambar yis segera jenis mauri-pan yang i guna. i confuse serbuk roti dengan ibu roti. hahahahaha
amanda suria : nak uweeeeeet
mula mula baca serbuk roti..ku dah konfius..udah kenapa kena buh gula...mcm yis..pas tu google kot serbuk roti ade pesen yang hidup....hahha...
bukak lagi sekali...yis..baru betul..tq su...
zarina taharim : ibu roti sebenarnya. hahahahahha. sorry buat awak kompius
Hahahha.. tak pa.. thank you for sharing! now nak order kuah kacang mama sbb nak buat sendiri x reti ;-)
Kene tepung cap sauh ye k su, tak blh derhaka yek 😬😬😬
da lama tak makan cucur udang...bole la try ni...
dah buat pagi tadi. sedaaap. thanks sharing the receipi.
Dear Chooyaya
Buat video for this pleaseeee? goreng rendam tu mcm tak reti plsss pretty plsss
Bukan selera saya..
aida azizan : kot ye pon bukan selera tak payah komen pon takpe 😊
bukan selera ...diam2 la
hi puan...mohon restu nak copy resepi..ptg ni nak buat...doakan..haha
oh..saya nak share yang saya pembekal sambal kacang #pecalwakIna..cuma tambah air panas je...
ada 3 perisa
1. cekur -
2. limau purut
3. biasa-biasa aja - ini paling sesuai utk cicah dengan cucur udang...
tq da try...mabeles...saya tambah serbuk kari sesudu...kasi lg umphh...alhmdulillah jd juadah berbuka arini
Aduh...bini suruh buat...trpksa la mngugel...mohon share puan
Post a Comment