Sunday, May 20, 2018

Maggi Pedas Giler - Betul Punya Pedas

Assalamualaikum..

Sapa pernah makan Maggie Pedas Giler? I dah pernah makan 2 flavor. 1 is Tomyam, 1 is Ayam Bakar. Both sedap and pedas level pundek punya pedas. Yang Tomyam tu makan sesudu je sebab tak tahan. I tak sangka athlete macam I boleh tertewas. Pedas dia macam lagi biadap dari Ssamyang tau? Lepas tu yang Ayam Bakar punya pon pedas. I makan dengan Intan last time masa belum puasa laaaaaaaaa (cecece). Lepas tu I tampar-tampar lantai and bila bukak mulut tis tis tis keluar ailio. Euuwwww grossssss hahahahha tapi kata Intan, tu air bisa dia. Memang kalau pedas sangat air bisa dia akan keluar. Dah macam ular pulak rasa sebab ada air bisa. Betul la wei. Lepas keluar air bisa dia tu, kurang la sikit rasa pedas. Ni pedas memang level buasir bunga kelopak lapan ni. So kepada penggemar masakan pedas, boleh la try makan ni. Confirm puas hati. Kalau rajin, boleh goreng telor goyang. So far I tak pernah abeskan sebekas macam ni sebab ada je yang cakap ‘Kaksu makan dulu, tak abes nanti kasik I’. E! Nak makan pon takde kebebasan tau? Padahal yang last tu la yang sedap. Macam makan Maggie Pedas Giler ni la. Cara nak mintak balik tak payah guna perkataan, guna kuasa mata je. Kasik signal mata, InsyaAllah dapat balik. Hahaha. Untuk bulan puasa ni I tak rekemen la sebab takot perut tak tahan sebab memang pedas giler. If tingin nak makan pon, tunggu makan trip kedua lepas trawikh tu at least perut takde la terkejut sangat. Ada orang cakap Ssamyang lagi sedap tapi bagi tekak melayu I, semestilah yang ni lagi sedap. Ada rasa melayu sikit. Sebelum makan standby terus air manis or buah dekat sebelah sebab nanti kang ada pulak yang tendang-tendang meja. Nanti next time I nak try letak cheese pulak untuk kurangkan pedas. Pada yang berpuasa harini, diharap janga terliur OK? Kalau terliur jugak, diucapkan padan muka. Hahahaha.



Maggi Pedas Giler Perasa Ayam Bakar. Kalau yang Ayam Bakar ni kaler dia takde la horor sangat macam Tomyam punya. Tapi level kepedasan, sama je.




Macam ni rupa dia. Maggi Pedas Giler tau? Sebab packaging macam ni ada banyak jenis now. Jangan silap.

I ada cerita lawak masa first time nak rasa Maggi Goreng ni ha. Tetiba jadik soup sebab I tak paham instruction. I ingat masukkan air, lepas tu dia akan absorb semua and later masukkan perencah. Sekali dah jadik soup. Nasib baik sedap jugak. Maggi I jadik soup sebab dekat penutup dia tu ada 2 bahagian yang boleh bukak. 1 part besar, 1 part kecik. Yang part kecik tu dia tulis 'Tuangkan air disini' or something like that. Lepas tu I fikir, dah kenapa nak susah payaah keluarkan air dari tempat kecik ni sedangkan yang depan tu lagi besar. Rupaaaaaanya Intan cakap, keluarkan air ikut situ. Eh, bongokla. Lainkali tulis kasik terang, cakap la 'keluarkan air disini', bukan 'tuangkan air disini'. Kalau tuang tu maksud dia masukkan. Bukan keluarkan. Suka tau Maggie ni kasik I confuse. Kata Intan, orang lain elok je faham. Kaksu sorang je yang tak paham. I tak jawab apa pon, tengok je Intan. Lepas tu dia senyum and sambung makan. HAHAHAHAHAHA. Tapi lepas tu dah expert la. Nanti nak makan sorang-sorang la dekat rumah sebab kalau makan dekat office ni I biasa tingat je dekat bebudak ni. Apa pon nak kena share and rasa sorang sikit. Tapi now nak makan tak boleh la sebab pedas sangat. Nanti tunggu lepas raya. Harga tak ingat berapa sebab I kalau beli apapa bayar je, takde dah tengok harga so kekadang kalau orang tanya harga macam tu mahal ke murah, I tak tau. Malas. Bak kata Intan masa keputusan PRU14 'Banyak lagi menda lain Intan nak fikir Kaksu'.

-eNd- 

4 comments:

CikLa Shahril said...

Cikla pernah nmpk mee ni tp belum pernah try..

farae al-farafisya said...

Kak Su, sy ingat sy sorang je rasa pedas dia biadap lagi daripada Ssamyang tu, rupanya Kak Su pun. Memang tahap tepuk lantai, nak tendang orang semua lah. Hahaha.. Lepas ni nak cari yang perasa ayam bakar. Susahnyalah nak jumpa.

Fairuz Iranie said...

Sepatutnya kak su dorg kena tulis tuangkan air DARIPADA sini. Ehehehe

Chooyaya! said...

cikla shahril : cuba la sebab sedap

farae : mmg lg pedas dari samyangg la kaksu rasa. tp mmg susah nak jumpa menatang ni. dah tau sedap, jual la kt banyak2 tempat

fairuz : ha a! hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...