Assalamualaikum..
Korang harini kalau taktau nak bukak puasa kat
mana, pergilah bukak puasa dekat 9Kedondong. This year pon dorang buat Ramadhan
Buffet jugak macam tahun lepas but I believe this year akan lebih meriah sebab
9kedondong setiap tahun pon akan improvise semua menda dari menu – deco and
makin lama makin ada class. Harga murah and berbaloi tak berubah-rubah since
forever (TQ Very Much). Parking senang, kids friendly, ada tarawikh siap (lepas
tu kata Sazli ayat pendek-pendek so cepat abes hahahaha) and feel just like
home. Yang penting tak panas and child friendly. Boleh bawak masuk stroller
terus dekat sini takyah naik-naik lift. Orang-orang tua pon selesa kat sini
sebab takde tangga so korang boleh bawak Mak Ayah semua Ok? But among all yang
best, mestilah foods dia. Terpaling istimewa sebab dekat sini masakan dia
bertemakan ‘Selera Warisan Desa’. I
faham kita Melayu kacuk Jawa Scottish bila bulan puasa memang nak makan yang
tekak melayu je. Well, sinilah tempat dia. Menu istimewa ialah Siput Sedut
Masak Lemak Cili Padi. Kuah pekat and macam masak dekat rumah je. Sambal Udang
Campur Petai, Ikan Masin, Sambal Belacan With Ulam-ulam, Gulai Kari Ikan, Ayam,
Daging, Ikan masin, Kambeng Bakar, segala mala jenis Mee, Kuih Muih, Air
Kedondong and semualaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah ada. Mak Bapak je yang takde.
Hahahahaha. I know ramai readers I yang suka makan dekat sini lepas terliur
tengok gambar-gambar I and lepas tu bawak satu kampung datang. Macam I selalu
cakap, If I cakap sedap/selesa/berbaloi tu maksudnya korang kena percaya. Most
important berbuka dekat sini feel just like home. Harga Ramadhan Buffet is RM55.00 nett Dewasa, RM28.00 nett
kanak-kanak berusia 7-12 tahun. Senior Citizen 60 tahun keatas is RM28.00 as
well. Buffet Ramadhan akan bermula dari 18 Mei sehingga 10 Jun 2018 so
boleh plan dari sekarang. Untuk book boleh Call/WhatsApp 017-2250705 (Haziq) OR
018-7669065 (Rabia). Dah, jom mendera hati dah perasaan tengok gambar
lauk-pauk.
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Kuah pekat bukan macam sesetengah
restaurant. Tengok pon dah tau sedap. Terliur leteeewwwwww
Kambeng Bakar pon sodap.
Ni Mee goreng kering macam ni
memang I punya favorite. Sedap!
Makanan orang jawa ni. Sambal
Goreng. Ada tempe, tauhu, suhun, tauhu kering semua. Sapa pernah makan?
Very the healthy one. Simple
je. Sayur Goreng takde kicap, takde sos takde apa. Plain sahaja. Sesuai untuk
sesapa yang eat clean tapi gamak ke nak makan tumbuh-tumbuhan ajer? Hahah.
Lala pon ada. Susah nak dapat
ni.
Sambal Udang. Kekadang ada petai, kekadang takde. Tapi ada atau takde
memang dedua sedap. Jangan lupa makan dengan cucur bilis panas-panas ok?
**menyirap je….
Gulai pon ada. Kuah pekat macam ni I suka. Ambik Cucur Ikan Bilis buah
cicah kuah kari + sambal belacan samadengan pengsan
Masak Kurma Ayam untuk yang perut manja tak tahan pedas
Kari Ayam u’olls. Ni betul
punya kari ni
Apeni Cream Caramel sedulang? Huwaaaaaaaaa
Ayam Bakar!
Sebelum
continue share gambar, I nak bagitau 9Kedondong juga menyediakan tempat solat
lelaki dan wanita berasingan. Lepas tu siap ada trawikh so tak payah kelam
kabut nak balik untuk solat trawikh berjemaah sebab dekat sini pon ada. Sangat
convenience untuk yang ada anak-anak kecik dan jugak selamat sebab dekat sini
gated area. Pulak tu senang nak parking and bila makan tu memang rasa best
sebab sini dia punya deco ala-ala kampung so bila makan tu dia punya feel lain
la. Damai je rasa. Kawasan pun luas dan selesa. I suka dekat sini sebab Shein
boleh main lari-lari dengan gembira and I tau dia selamat. Yang tak selamat
kalau main terajang-terajang atas stage. Tu jer. Yang tu kalau cedera sendiri
la tanggung…. Ok?
Cantik kan Deco? Macam dekat kampung
Siap ada pondok + bubu
Food Station dia pon convenience and usually tak
beratur panjang pon
Eh, Siti Nohaliza!
Sebaris ni semua sedap-sedap sampai taktau nak ambik
yang mana dulu
Gerai Bersusun. Dekat sini ada buah/rojak, air panas, makanan goreng and
pelbagai nasi dan mee. Semua ada disini, mak pak je takde. Hahaha.
Luas dalam ni. Most important tak panas.
Eh, Macam kenal je (^-^)
Hi dua orang tu, kusyuk makan?
So amacam, best kan? Kalau
best boleh ajak kawan, sedara-mara sahabat handai satu kampung makan dekat
sini. If korang book 1 table (10 orang) bayar untuk 9 orang sahaja and tempahan
yang ke sepuluh is FOC. Yang penting ada Solat Tarawikh. Nanti sambil kaum Bapa
solat, kita emak-emak boleh la chit chat menggemukkan badan. Anak-anak nak
bermain lari-lari pon selesa. Sini gated area and selamat untuk kanak-kanak.
InsyaAllah Ahad nanti, I sekeluarga akan buka puasa dekat sini. So sesapa yang
bukak puasa dekat sana, boleh la jumpa I. Apa I ingat I artist orang nak datang
jumpa? Hahahahahaha. Buffet Ramadhan di 9Kedondong beroperasi setiap hari bermula dari pukul 6.00pm – 10.00pm. Start
dari 18 Mei sehingga 10 Jun 2018. Dorang pon ada provide untuk
Private Iftar Function or Ramadhan Gathering jugak. Untuk info lanjut boleh
tengok dekat bawah ni.
Contact Person : 016 – 886
8311 (Miss Rabia) or 017 – 2250705 (Mr Haziq)
Waze : 9Kedondong
Alamat : 9 Jalan Kedondong of Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur
-eNd-
No comments:
Post a Comment