Monday, May 21, 2018

Puasa Ke Tu?

Assalamualaikum..

Amacam semua orang yang berpuasa, OK semua? I Ok je. Takde la beria lapar sangat. Tapi macam ada dahaga sikit. Haritu ada sapa entah hantar video air sirap bandung ice cream soda, I rasa macam nak nanges pon ada. Telan ailio. Lepas tu semalam masa balik kampung, Shein tu makan Butterfly Ice Cream macam sedap je. Dia kekadang saja nak bakar I tu. Jilat bunyik slurrrrrrrrrrrrrrrp macam tu. Lepas tu I tanya dia ‘Izzit nice Shein? It sour right?’ Lepas tu dia jawab ‘Its nice Mama, you want some?’ Huwaaaaaaaaaaaaaa!! Lepas tu Sazli tengok I dah gelak-gelak. Dia cakap ‘Siaaaaaaaaaaaaaaaan Mama’. Sian pon tak ikhlas tu. Sian nganjeng. Hahaha. Nanti petang I nak beli la Butterfly Ice-cream tu 4. Nak makan sorang. Taknak bagi Shein. Tapi kita ni kalau bulan puasa apa pon nampak sedap je. Nanti time berbuka minum air sebesen lepas tu dah kenyang air. Bloated. Hahaha. Now kurang panas kan? Dulu masa zaman I kanak-kanak, punyaaaaaaaaaaaaaalah panas. Dah la puasa, kekadang kena balik jalan kaki dari sekolah ke rumah dalam 3km. Panas lagi Ya Allah hazab sangat rasa. Balik rumah, mandi sebab nak pergi Sekolah Agama pulak. Sambil jirus air atas kepala, I minum sekali air. Konon tak sengaja la. Manis je rasa tu. Kekadang kumur-kumur lepas tu sekali telan. Ada hari tak tahan sangat I minum terus air kolah segayung. Legaaaaaa. Hahaha. Bongok la kalau ingat balik. Baik makan je nasi takyah puasa. Dah kalau hari-hari kumur buat tertelan samadengan tak puasa la jugak kan? Hahahah. But effort tu penting. I ingat I sorang je buat kerja minum air kolah, tapi De pon sama. Lepas mandi rasa lega and segar je. Mak cakap ‘Segar je lepas mandi? Minum air kolah ke?’ HAHAHAHAHHA. But dulu masa kecik bila bulan puasa memang mencabar sangat. Seriously panas giler. I rasa I macam cool sikit puasa pon lately je. Dulu masa tak kawen lagi pon perangai boleh tahan jugak time puasa. Melepek je. Ya Allah sabar je la Pwincess sorang ni tau?



Mahal kan Cherry ni? Ni dekat Cold Storage ni. I tingin nak makan Soup Ikan Merah. So sebelum beli ikan, cuci mata la dulu tengok buah-buah. I suka jugak Cherry ni. Usually beli time sale dekat iSetan je. CS ni kekadang mahal melampau. Geram je.



Pisang Kaki. Rasa lebih kurang buah Mencepu je ni. Dulu masa dekat Kampung Kuala Paya, ada banyak pokok ni belakang rumah Arwah Teh. I biasa jugak makan. Kekadang arwah ayah beli dekat Tongkiat jugak tapi size kecik je. Kalau kat Korea, buah ni ada dekat tepi-tepi jalan je. 


Haaaaa ada ikan merah. Cun! Beli 2 kelar RM28.00 (Murah ke mahal?)


Kepah pon ada. Tingat dekat Dyba. Dia suka ni Kepah, Kupang, Etok. Semua dia suka. Yang dia tak suka is daging. Steak tu semua dia tak makan. Dia cakap geli tengok daging kaler merah. I ni untung Sazli, semua menda I taram. Ikan, Udang, Ketam, Daging, Telur semua ON.


Ni favorite Izzy ni. Kalau ada sale dekat office I, sure dia je beli sampai 2-3kg. I phobia la Ikan Talapia ni. Semua Intan punya pasal. Korang ingat tak kisah I and Ikan Talapia? Kalau tak ingat boleh baca dekat sini.


Dekat area Concierge KLCC tepi Uniqlo tu ada Kaunter Pembayaran Zakat tau? I dah bayar untuk GF. Lepas tu I suruh Intan bayar untuk Papa, Mama, Dia and adik dia Zati. RM7.00 satu kepala. Kata GF, afdal kalau bayar malam raya. Sunat kan? Tingat masa kecik, Arwah Ayah bila malam raya baru bayar zakat untuk Mak, Dia, De and I. How time flies. Now dah almost 11 tahun Ayah takde. Rasa macam baru semalam main dukung-dukung dengan dia. Macam baru semalam dengar dia ketawa-ketawa dengan Kaklong pasal Ayam-ayam dia.


Ni Intan, obsess dengan GOLD. Ferrero GOLD pon ok je dia nak ambik gambar. Haha. Tu Intan pegang tu is Chocolat World Cake. Ada jual now dekat iSetan KLCC. Now ada size kecik, tapi I tetap beli yang size besar. Size kecik tu buat gaduh dengan Shein je kalau beli.


Sebok nak masuk Instastory and out of focus. Sudahnya Daun Sup dengan Limau ni tertinggal dekat Kaunter. Lepas bayar, terus blah. Adeh.

Intan tolong pegangkan cake I tu, lepas tu masa dekat kaunter I almost terlupa bayar. Tu yang dok focus dekat cake sampai lupa nak ambik daun sup and limau nipis dekat atas kaunter. Kata Arwah Ayah, ‘Limau Nipis takde, Limau Bulat ada’ ‘Dah tu Ayah beli tak?’ ‘Ko kata Limau Nipis, ayah tak beli la’. Gitu Arwah Ayah punya level bergurau. Dapat macam Kaklong memang dia melayan ketawa. Kalau I, mau I meroyan. HAHAHAHA. I kan garang? Ada pulak tu masa dia nak pergi balik kedai. Ayah ayah… Memang rajin bergurau. Nanti Ayah masuk syurga la sebab dia baik dengan binatang, suka bagi orang happy, susah nampak dia marah. Eh, I ni taktau lah. Nak citer pasal lain, pusing-pusing teringat jugak dekat Ayah. Ayah special. Dia baik, kelakar… Penyabar sangat. Tak sangka masa 2007 tu last dapat beraya dengan Ayah. Rindu pulak dekat dia. Takperlah, kita semua pon akan mati jugak one day. Betullah kata orang, Rindu pada yang dah takde ialah rindu yang paling menyiksakan. I miss you ayah.

Love,
Anak Ayah Yang Paling Cantik (Ayah yang cakap ni, tapi dengan De and Kaklong pon dia cakap yang sama. Nanti dekat ‘sana’ nak kena clarify balik dengan dia). HAHAHA.

-eNd-

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...