Thursday, May 17, 2018

Makan Apetu?

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa semua! Tak sangka harini kita dah start berpuasa and ada 29 hari lagi Raya Aidilfitri untuk tahun 2018. Hahahaha. Over tau dah cakap pasal raya? Baru puasa sehari, Kaklong dah bagi dalam WhatsApp Group cakap selamat hari raya.  I lagi over, Rabu dah up status dalam FB 'Raya lagi 31 hari'. Padahal puasa pon belum. Hehe. Semalam I dah ada dengar orang pasang lagu raya. Melampau sangat. Sabar ajer la.  Kot yer pon semangat nak raya, puasa dulu. OK? Menurut firasat I, tahun ni puasa tak struggle sangat dengan weather sebab nampak macam tak berapa panas. KL la. Kalau dekat Jengka memang panas lit-lit. Malam pulak sejuk sampai ke tulang. Untuk bulan puasa, routine macam biasa la bagi kitorang anak beranak. Balik kerja, I balik rumah untuk mandi kemas umah semua lepas tu pergi rumah Mak and Bapak, bukak puasa dekat sana. Kalau takde any program memang kitorang ke sana la. Dah berbuka, balik rumah sendiri. Biasa bulan Ramadhan Sazli akan pack la program dia. Dia suka Tarawih dekat surau bawah ni. Kata dia surah baca pendek-pendek so takde la penat sangat. Macam malam semalam, pre-ramadhan tired (pon ada ke?) 10.00pm I dah gone sampai Hongkong. Tak sedar pon pukul berapa Sazli balik. Sedar-sedar dah 4.30am tu pon sebab bunyi alarm Sazli. Pagi tadi sahur, I buatkan dia Nasi Goreng Kampung je. Saz suka makan Nasi now untuk sahur. Dulu dia suka makan burger. Pagi tadi sekali kejut dah bangun. Tengok lagi seminggu, nak kejut Sazli ada 3 tahap. 3 kali kejut baru nak bangun. Dah la nak hisap rokok lagi. Geram je. I ada mengadu last time dekat Kaklong, dia cakap 'Ko pon masa kecik macam tu' EH? Tak ingat pulak yang I susah nak kejut. Kata De, kekadang dia kejut pakai kaki je. Sebab meyampah nak kejut banyak-banyak kali. Yang I ingat dulu, makan sahur mata pon tak boleh nak bukak and sempat tido dekat depan makanan. Dulu Arwah Ayah yang panaskan semua lauk and setelkan preparation sahur. Nanti kita semua anak dara tak berguna (De and I) tau bersila je makan. Sweet kan Ayah?


Nampak sedap kan? Memang sedap pon. Sempat kitorang lunch hour makan Nasi Daun dekat area PJ. Ayam dia tu peeerghhhhhhhhhh!!



Siap makan Nasi Daun, singgah makan durian pulak. Ni Musang King. RM70.00 sekilo harga dia (termasuk kulit). Haha.


Kedai area SS2, nama Durian Specialist. Waze je la. I tak familiar sangat area sini.


Gonna miss you, Nasi Air Dingin. Yang ni Nasi daging kunyit + kuah gulai. Subhanallah sedapnya. Yang ni I beli sebab terliur tengok boss I makan. Jari dia dah la debab. Dia gaul tu nampak sedap je. *telan ailio

Amacam, ada yang terliur tak? Kalau ada maafkan I Ok? I pon terliur jugak (padan muka). Rasa macam nak makan durian pulak tetiba. Tapi nak Musang King je. Haritu ada jugak makan durian masa dekat Teambuilding tapi tak berapa puas sebab durian dia tak oren. Tapi kata Intan sedap je. Dia tu apa pon sedap. Tingin nak makan tempoyak fresh yang dekat kampung GF buat. Kalau orang Kelantan dia makan nasik dengan durian kan? Dulu pernah nampak Mak and Bapak makan Nasi + Air Garam + Durian. Dorang makan nampak sedap, I cuba tapi tak boleh nak telan. Masa zaman sekolah dulu, I ada nampak kawan makan Nasi + Air Teh O. Pelik jugak. Pagi tadi nampak ada orang post makan Nasi + Milo Panas. Macam-macam kan? Macam sekarang I tingin nak makan Nasi + Asam Pedas Ikan Kembong campur Daun Kesom + Kicap Manis. Tu je. Menda lain tak tingin. usually bulan puasa, tekak I nak Masakan Melayu je. Kalau tak bulan puasa, Nasi seminggu sekali pon Ok. Belagak sikit. Haha. Anyway, Selamat Berbuka Puasa semua. Share la apa menu korang.

-eNd-

2 comments:

ain.ya.nun. said...

Kata diet takmo makan nasi :p

Selamat berpuasa =)

Chooyaya! said...

ain ya nun (ain) : maybe ada hari boleh cheat day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...