Wednesday, May 16, 2018

Redang Excursion Part III

Assalamualaikum..

Nak masuk puasa dah, tak setel lagi kisah Redang. Hahahaha. Sorry laaaaaaaaaaaa. I memang bizi bizi bizi bizi menyelamatkan dunia. Kain I semalam dah setel 3 trip and tu yang menanti ada lagi dalam bag OMG bila la masalah kain I ni akan selesai. Ni dah nak masuk puasa. Maksudnya Raya lagi sebulan la kan? Tak sangka macam baru je kurus raya tahun lepas, tahun ni dah gemok balik aperhal??? Hahahahaha. Oklah, untuk entry ni I share gambar-gambar kitorang dekat Wisana Village. untuk entry yang lepas-lepas boleh bacak dekat sini and sini. I ada share semua harga package dekat sana. Ok? Ingat eh? Time Monsun dorang tutup dari Oct - Mac every year. Time tu ombak laut kuat. Kalau nak fe-feeling Titanic boleh la pergi. I bagi 4 bintang untuk Wisana Village ni. Banyak kali I cakap, tak sangka Malaysia ada tempat cantik macam ni. Serious. Air laut biru Ok? Memang cantik + murah. Kalau orang KL nak datang sefamily pon berapa RM je cost sebab dekat Wisana Village ni kalau korang bayar untuk package dah termasuk makan + activities so datang goyang tetek je. Duit sesen pon tak keluar. Sediakan duit minyak/tol and duit makan kalau rasa macam tingin nak makan dekat Pok Nong on the way balik KL tu. Takyah la beria nak pergi Krabi bagai, Malaysia pon dah cantik OK? Kalau nak Honeymoon boleh duduk dekat The Taaras Beach & Spa Resort. Tapi situ mahal sikit la. Huda haritu pergi duduk sana sebab dia kaya. Hahahahaha. Takpe Aliah, CT, kita doa banyak-banyak and one day kita come back to Redang and stay at The Taaras OK? Time tu kita baru balik dari holiday dekat London and New Zealand. Gitewwwww dia punya berangan. Hahahaha. Oh, one more thing yang buat this Redang Excursion ni best sebab I have a very nice company. Atig, Aliah, CT, Zairie dorang dah macam my own brother and sister. Kita takde heart feeling apa and semua jenis easy going cuma kepala family lagi 2 orang tu I tak boleh nak ikut sangat la. Nak dinner dekat Melaka balik hari ON. Pagi turun Genting makan dekat Burger and Lobster lepas tu balik dinner dekat Melaka pulak. Gitu punya selamba hidup. I selalu la absent dorang punya activity now. Entah ada group lain apa. Pundek. Hahahahaha.


Atig and Aliah ni kalau nak pergi mana-mana dorang setel semua dari makan + minum, tidur, accommodation semua. Tinggal sediakan duit je and tak payah dah sebok nak google apapa. Ni la agent kitorang. Hahaha. Kalau Sazli cakap 'Aaaah, agent tak bagus ni. Makan rasuah!' Lepas tu menjerit la CT, 'Wei Shaz, ko jangan laaaaaaaa. Dorang OK la'. Disokong oleh suami beliau dengan muka serious cakap agent ni Ok. Allah tu memang adil. Selenga kawen selenga. Dapat la macam Zairie and CT. Hahahahaha.



Ajlaa ni comel la. Pandai melawan dah dia sekarang. Asyik la gaduh dengan Aliah. Haritu dia marah Aliah, dia balingnya Mummy dia punya spek Dior selamba je dekat lantai sebab protes. Hahahahaha.


Ko tengok Agent punya bagus. Takot client lapar, maggie pon siap bawak ok? Siap ada periuk. Cili Padi siap. Ni Maggie hebat ni. Dalam dia ada sotong besar. Sotong tu, Si Zairie beli buat umpan ikan. Punya gemok sotong tu. Si Atig cakap, 'Kaya betul umpan ikan dengan sotong Gred besau'. Hahah.


Ni la bilik kitorang. Ni je I ambik gambar. Haha. Nak tau bilik macam mana, google la sendiri. Selesa la. Yang penting aircond sejuk. Tu je penanda aras bilik pada I. Katil queen size. 

Si Shein dedua malam tido dengan I, bengang je Sazli. 'Shein sleep (with) Mama, Abah you cry'. Ada satu malam, I keluar kedepan sikit nak cari signal nak draf blog, so Shein baring dengan Abah dia sekejap. I ingat dia akan tido dengan Abah dia sekali bila I masuk dia cakap 'Bye Abah, Shein sleep (with) Mama'. Sazli frust Shein taknak tido dengan dia (sebab Shein ni sedap peluk dia) terus malam tu ikut Atig and Zairie memancing dekat Jetty. Nasib malang berganda, jatuh pulak dekat tangga, tersagat kaki dekat teritip kerang tu. Oooucccch! Naseb la ada bebudak dekat Cafe tolong sapu ubat kuning tu. Kata Atig, Saz macam nak nanges tapi cover la macho depan aweks hahaha. Dorang pon sama bongok, masa Saz jatuh, ketawa 10 minutes baru tolong. Imagine Sazli terjatuh tersagat kaki dekat 4 anak tangga. Adoi, ngilu I dengar. 


Petang sebelum kejadian. Dorang snorkeling dekat depan chalet kitorang ni je. Depan tu je air dah cantik, takyah naik boat pon.


Main Frisbee yang berakhir dengan tragedy pergaduhan. Biasalah. Ni Atig ada hati kata beli satu share 3 orang. Hahahaha.


Baju je salin, mandi lautnya tak. Hahaha. 


Tengok kaki Sazli kena cengkerang teritip yang tersagat dekat tangga tu. Penuh darah. Ni I ambik gambar masa hari kedua. Hari pertama kejadian dia lebih ngeri. Adik-adik pekerja dekat sini bagi Minyak Gamat Original. Cepat je dah Ok luka dia.


Day 2 - Shein dah tanned dah.  Rambut keras je sebab mandi laut. Tu pon pakai conditioner. Hahaha. Ya Allah Shein, besarnya ko ni. Umur 10-11 tahun confirm lebih tinggi dari Mama. Shein ni 5 years Old tau? Tapi badan dia besar ikut Abah dia.


Si Adrieyl memang suka belenggeng tak pakai baju. Antara Shein and Altaav dia la Abang. Paling banyak mengalah. Korang tengok la pasir dia, putih dah halus. Pantai dekat Wisana Village ni memang bersih. Takde sampah sarap apa.


Make friend dengan Wisana Village punya pekerja. Yang duduk sebelah Atig tu is The Chef. Yang sebelah Sazli tu bawak boat. I dah tua, lupa dah nama adik-adik ni. Dorang cakap happy duduk dalam pulau. Tenang je. Balik kampung setahun sekali je. Malam belajar mengaji ramai-ramai. Alahai.... :) Dorang berkawan and live among dorang je but semua pon happy and I nampak dorang happy dekat sini. I duduk pulau ni 5 hari boleh la, masuk hari keenam mungkin dah meroyan. Hahahaha.


Snap photo sebelum balik. Family CT.


Atiq, Ajlaa, Altaav and Aliah.


Siti Nohaliza, Shein and Sazli.


Yang in between I dengan Aliah tu is adik-adik yang kerja dekat cafe. Pon baik-baik jugak. I suka borak dengan dorang, tanya experience macam mana duduk dekat dalam pulau. Betul la kata pepatah, jauh berjalan luas pemandangan... Kita jumpa ramai orang and dengar macam-macam cerita lepas tu kena belajar bersyukur dan muhasabah diri.


Ni pemandangan dekat Jetty. Cantik kan? Sini signal paling kuat. Patut masa bebudak ni berebut game dekat iPad, I datang sini download. Tak teringat pulak.


Breathtaking view. Spectacular. Mengagumkan. SUBHANALLAH. 


InsyaAllah, we will come back to you Wisana Village.


Beach Boy


Cantiknya...

Cantik kan Wisana Village, Redang ni. Harga untuk 3D2N is only RM675.00/person termasuk 2x boat transfer, makan 4x sehari, snorkeling and hiking. Kids 7-12 years old is RM295.00 sahaja. Murah kan? So korang boleh la plan nak datang sini bawak family. Ni pon kitorang tak buat hiking sebab semua jenis bontot berat, pemalaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaas. Asyik nak makan je. I rasa Wisana ni la titik tolak kepada I menjadik gemok. Tak pon sebab Geng Kunyit ni la. Dah kerja-kerjanya asyik ajak makan. Acane? Tu naseb tak melayan sangat. Si CT and Aliah tu jangan beria sangat makan eh? Gemok padan muka. Hahahahaha. Oh, lupa nak cerita sebab Aliah pesan 'Maksu, ni ko kena tulis dalam blog'. I kan selalu la borak-borak dengan Atig tanya dia macam mana dia boleh pandai carik flight ticket murah, accommodation best-best semua tapi muraaaaaaaaaaaaaaaaaah. Semua menda dorang tau. Kerjanya asyik berjalan jeeeeeeeeeeeeee macam kaya kan? Tapi kata Atig 'Aku tak kaya la Maksu. Aku pandai cari lubang. Macam nko ni, kaya tapi bodoh'. HAHAHAHAHA. Vavi la Atig. Selamba je dia bahasakan I. Lepas tu Sazli keluar dia cakap 'Ha, tu sekor lagi'. HAHAHAHAHA. Mind our language OK? Ni baru sikit. Tak masuk dengan Apai dengan Galak. Semua mulut sawan Azwan Ali. Ni puak-puak ni kalau holiday bawak Azwan Ali sekali bagus. Habes semua kena carut. Kitorang memang jenis kaki kutuk je semua. Kecuali CT kalau kitorang kutuk, mintak maaf balik. Sebab dia kaya and anak orang kaya. Lepas tu dia ada rumah dekat London. Langkawi pon ada. Tu yang kitorang tau, yang taktau entah dekat mana-mana lagi. Kalau dengan CT, lepas kutuk je terus cakap 'Tapi CT ko bagus, cantik....' HAHAHAHA. Semua cover line.

Sekian cerita Redang. Next mana? (Soalan carik pasal)

-eNd-

No comments: